Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

26 October 2010

PENGURUSAN GEREJA SECARA SISTEMATIK

Artikel Disumbangkan Oleh: Ckg. Malijon Malajad (Kota Belud)

Pengenalan

     Terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan tentang kepimpinan, misalnya Warren Bennis, menganggap bahawa inti kepemimpinan ialah melakukan hal yang benar. McGregor Burns pula mengganggap kepemimpinan adalah memuaskan dan mengembangkan potensi atau kebolehan diri pengikutnya. Manakala Zakaria Ahmad memberikan tafsiran sebagai satu proses perhubungan di antara dua atau lebih manusia di mana seseorang individu itu cuba mempengaruhi yang lain ke arah pencapaian sesuatu matlamat atau tujuan.

     Menurut Dr. P. Octavianus (Manajemen dan Kepemimpinan Menurut Wahyu Allah), Pemimpin gereja atau lebih tepat pemimpin pergerakan kerohanian dalam Alkitab dan sejarah gereja, adalah mereka yang dipenuhi Roh Kudus. Standard pendidikan belum cukup kalau tidak sungguh-sungguh dipenuhi oleh Roh Allah.

     Berdasarkan kepada Buku Panduan dan Peraturan SIB, seorang pemimpin harus memimpin orang ke suatu arah tertentu. Ia harus mengetahui di mana tempatnya sekarang, tempat mana yang ditujuinya dan jalan-jalan yang harus diikutinya untuk mencapai tempat yang ditujuinya itu.

     Berdasarkan kepada pernyataaan di atas,  kepimpinan dan pemimpin adalah saling berkaitan rapat. Pemimpin adalah individu yang berpengaruh bagi melaksanakan pengurusan di dalam sesebuah organisasi.


Definisi Pengurusan
     Menurur Robbins dan Decenzo (2001 ), pengurusan bermaksud proses menyempurnakan sesuatu tugas dengan cekap dan berkesan dengan individu lain. Mankala Dessler (2001) pula mendefinisikan pengurusan dalam dua deminsi iaitu pengurus dan apa yang dilakukan oleh seorang pengurus.

     Professor Syed Othman-habshi pula berpendapat bahawa pengurusan ialah satu proses mendapat dan mencantumkan sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Pengurusan itu sebenarnya melibatkan dua faktor iatu modal, tenaga manusia dan alam digabungkan dengan kos, teknologi, kecekapan, jumlah hasil dan jualan serta keuntungan.

     Berdasarkan kepada takrifan di atas, dapat dirumuskan bahawa pengurusan ialah sebagai kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan untuk mencapi sesuatu matlamat.

Definisi Sidang
Berdasarkan Buku Panduan Dan Peraturan Sidang Injil Borneo, memperincikan sidang seperti berikut;
“Sidang dapat diperhatikan dari dua segi: iaitu sidang Umum dan Sidang Tempatan. Erti dasar daripada Sidang ialah SIDANG UMUM yang merupakan tubuh Kristus yang terdiri dari semua orang yang bersungguh-sungguh percaya kepada Tuhan Yesus Kristus, dari segala negara dan bangsa, pada segala jaman, dan bentuk tempatan daripadanya ialah SIDANG TEMPATAN yang merupakan segolongan orang percaya yang biasa berhimpun di suatu tempat tertentu. Sungguhpun begitu, bukan setiap golongan orang percaya yang terbentuk sebuah sidang. Rumusan sidang tempatan di dalam SIB ialah persekutuan orang percaya di suatu tempat tertentu, dengan beberapa orang diantaranya yang sudah dibaptis, mempunyai pemimpin-pemimpin sendiri dan yang berkumpul secara teratur untuk berbakti, mendengan Firman Tuhan dan mengadakan perjamuan Tuhan”. (Sidang Injil Borneo; Panduan Dan Peraturan SIB).

Berdasarkan buku panduan dan peraturan Sidang Injil Borneo terdapat tiga prinsip dalam Firman Tuhan yang menjadi dasar pengurusan sidang iaitu;

  1. Kristuslah Kepala Sidang (Kol 1:18). Dialah yang mempunyai sidang; Ia mendirikannya (Mat 16: 18), memerintahahinya dan menyempurnanya (Ef 5:26-27). PengepalaanNya dilaksanakan oleh kuasa FirmanNya yang tertulis (iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baharu) dan oleh kuasa Rohnya dalam kehidupan orang percaya.

  1. Semua orang yang sungguh-sungguh percaya adalah anggota tubuh Kristus, yang telah diberiNya bermacam-macam karunia untuk membangun Sidang (1 Kor 12:4-31; Ef 4:4-16). Supaya sidang dapat melaksanakan tugasnya dengan sepatutnya, karunia-karunia semua anggotanya harus dipergunakan dengan teratur, dengan lemah lembut dan dengan merendahkan diri seorang terhadap yang lain.

  1. Pelayan-pelayan sidang atau jikalau dikehendaki penatua-penatua (termasuk gembala) dipilih untuk memimpin sidang supaya pekerjaan sidang itu dapat dijalankan dengan selayaknya dan supaya sidang dipelihara dari ajaran palsu (Kis 6:1-6; 1Tim 3:3-13; Tit 1: 5-9; 1Pet 5: 1-4)

      Berdasarkan kepada  prinsip-prinsip ini, setiap sidang tempatan harus diurus sesuai dengan ajaran dalam Firman Tuhan, dipimpin oleh pegawai sidang yang terpilih, serta mempergunakan karunia-karunia rohani yang telah diterima oleh anggota masing-masing.

     Tidak dinafikan bahawa pengurusan geraja yang mantap adalah hasil daripada pengurusan yang sistematik dan berlandaskan kepada Alkitab sebagai bahan rujukan dan panduan yang utama. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh memacu pertumbuhan gereja yang lebih mantap.

Misi dan Visi
     Gereja yang bertumbuh adalah gereja yang berkeupayaan untuk melihat peluang dan cabaran yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Setaiap gereja seharusnya berkeupayaan untuk menyatakan Misi dan Visi dengan jelas agar pengurusan gereja atau sidang mempunyai hala tuju yang jelas. Perkara ini amat membantu untuk mencapai  sasaran dengan jelas dan cara-cara atau perancangan strategik untuk mencapainya.  Seorang pemimpin merumuskan visi bersama, menggerakkan orang bersamanya dan menghasilkan transformasi. Bagi seorang Kristen, seorang pemimpin adalah seorang yang memotivasikan dan menghasilkan seseuatu  perubahan terhadap komuniti yang dipimpinnya.


Pentadbiran Organisasi Yang Mantap

Organisasi
     Organisasi boleh dilihat dari dua sudut iaitu sebagai satu entiti dan sebagai satu proses. Sebagai satu entiti ianya boleh dimengertikan sebagai satu kesatuan atau susunan yang sistematik terdiri daripada bahagian-bahagian di dalam sesuatu pertubuhan atau perkumpulan atau perbadanan untuk tujuan-tujuan tertentu demi kepentingan bersama (Zakaria Ahmad; 1990). Oleh yang demikian sesebuah organisasi yang dinamik dan sistematik adalah dianggotai oleh sekumpulan individu yang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang diketui oleh seorang pemimpin.

Prinsip-prinsip Organisasi
     Kejayaan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada beberapa prinsip. Di antara prinsip-prinsip organisasi adalah seperti berikut;

i.                    Memiliki objektif
Tiap-tiap organisasi yang diwujudkan mesti mempunyai objektif atau beberapa objektif. Pada kebiasaan organisasi akan dibahagikan kepada beberapa unit dan unit-unit ini akan bergerak menyumbang ke arah pencapaian objektif organisasi secara menyeluruh. Tiap-tiap unit hendaklah diberi objektif yang jelas supaya matlamat bersama tercapai.

ii.                  Keselarasan Arahan
Organisasi mesti mempunyai seorang ketua dan aktivitinya di atur berdasarkan kepada objektif yang sama. Perkara ini penting untuk menjamin keselarasan arahan.

iii.                Keselarasan Perintah
Prinsip ini menyatakan bahawa tiap-tiap individu menerima perintah atau arahan dari seorang ketua dan bertanggungjawab kepadanya. Jika tidak, akan berlaku konflik dikalangan orang yang dipimpin atau anggota yang dipimpin.. Jika situasi ini akan berlaku akan menimbulkan salah faham dan menambah kesilapan dan kerja yang kurang produktif.

iv.                Pengkhususan Kerja
Bagi menjamin kecekapan dan mengurangkan pembaziran serta mengelakkan pertindihan dan perulangan tanggungjawab, tiap-tiap individu, unit atau bahagian akan diberikan tugas yang tertentu. Di dalam pengurusan gereja secara umumnya terdapat empat pengkhususan kerja yang jelas iaitu Majlis Sidang, Persekutuan Wanita, Persekutan Pemuda Pemudi dan Persekutuan Sekolah Minggu. Setiap cabang persekutan ini haruslah memainkan peranan yang dinamik dan mengenali dengan jelas kebolehan setiap anggota yang terdapat di dalamnya.

v.                  Delegasi
Pengagihan kerja atau tugasan oleh ketua kepada orang-orang yang dipimpinnya berdasarkan kepada kebolehan dan kemahiran masing-masing. Kebiasaanya ketua akan mewakilkan beberapa kerja kepada individu-individu yang layak untuk menjalankannya. Walau bagimanapun ketua masih bertanggungjawab mengenai hasil kerja dan implikasi-implikasinya.

vi.                Kuasa dan Tanggungjawab
Kuasa dan tanggungjawab hendaklah digunakan atau diberikan secara berpatutan apabila tugas diberi kepada pekerja-pekerja bawahannya supaya tanggungjawab dapat dijalankan dengan lancar.

vii.              Kemampuan kawalan
Mengikut prinsip ini seseorang ketua mampu bertanggungjawab dan menyelia beberapa orang pekerja di bawahnya. Bilangan ini adalah tertakluk kepada jenis kerja yang dijalankan. Setiap kerja atau sasaran yang telah ditetapkan haruslah di pantau atau diselia untuk mengenal pasti kemajuan yang berjaya dicapai di samping mengenal pasti halangan atau cabaran yang di hadapi.

viii.            Hiraki
Organisasi dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu atasan, pertengahan dan bawahan. Pembahagian kerja dan kuasa adalah berdasarkan kepada kedudukan dimana individu itu berada.

ix.                Perseimbangan
Ketua organisasi adalah bertanggungjawab untuk memberikan perhatianya yang adil kepada semua fungsi pengurusan dan memberi layanan yang adil kepada semua pekerja di bawah jagaannya.


x.                  Latihan Kepimpinan
Setiap individu yang terdapat di dalam pentadbiran atau organisasiu perlu diberi kursus atau orentasi bagi memberikan kefahaman terhadap peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Latihan kerohanian hendaklah diberikan penekanan. Latihan yang berterusan adalah diperlukan supaya pendidikan kemanusiaan diberi penekanan. Kursus kepimpinan perlu diberi dari masa ke semasa.

xi.                Hubungan Kepimpinan Dan Organisasi
Tidak dinafikan bahawa perhubungan atau komunikasi di kalangan kepimpinan di dalam sesebuah organisasi memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan keharmonian bagi mengelakkan salah faham. Organisasi diwujudkan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kerja mesti diurus secara bertanggungjawab dan dedikasi. Tercapai atau tidak matlamat yang telah ditetapkan bergantung kepada keberkesanan corak kepimpinan yang diamalkan oleh organisasi tersebut. Semua ini memerlukan kerjasama dan pemimpin-pemimpin yang berkesan.

Strategi  Pelaksanaan Memantapkan Pentadbiran Gereja
Kristus adalah kepala kepada semua perkara di dalam hal-ehwal gereja. Akan tetapi di dalam pelaksanaannya faktor atau sumber manusia juga memainkan peranan yang penting. Berikut adalah beberapa langkah atau saranan bagi memantapkan lagi pentadbiran gereja.

i.        Memantapkan Sumber Manusia
Pemimpin itu penting untuk mengetuai sesebuah organisasi. Seorang pemimpin bukan saja berkamahiran didalam selok belok pengurusan akan tetapi ia juga memerlukan pemantapan rohani. Bersandar kepada kekuatan manusia adalah usaha yang sia-sia. Kerana apa yang dilakukan atas dasar manusia akan mengharapkan sesuatu ganjaran yang nyata secara material terhadap usaha-usaha yang dilakukan. Pekerjaan atau pelayanan terhadap Tuhan adalah berlandaskan kepada penggilan daripada Tuhan untuk melaksanakan misinya di muka bumi ini.

Ilmu pengetahuan yang mantap terhadap kerohanian amat diperlukan oleh setiap pemimpin gereja kerana kepimpinan duniawi dan kepimpinan rohani adalah berbeza sebagaimana yang dijelaskan didalam firman tuhan berikut;

  Tetapi Yesus memanggil mereka lalu berkata: Kamu tahu, bahwa mereka yang disebut pemerintah bangsa-bangsa memerintah rakyatnya dengan tangan besi, dan pembesar-pembesarnya menjalankan kuasanya dengan keras atas mereka.
 (Markus 10:42-44)

     Seorang pemimpin duniawi  memerintahkan dan manaruh kuasa atas rakyat atau pengikutnya dan sering menggunakan kuasa untuk kepentingan diri. Seorang pemimpin rohani melaksanakan kepimpinan di bawah pengepalaan Kristus serta melayani orang yang dipimpinnya dengan kasih. Mengamalkan keperibadian yang baik dan bersedia menyerhkan diri untuk melayani dengan rendah hati dan berusaha bersungguh-sungguh memperdalamkan pengetahuan para jemaat yang dipimpin terhadap kerohanian.

ii.      Menilai Kemajuan Sidang
Seorang peimpin haruslah berkebolehan menilai kemajuan atau perkembangan sidang yang dipimpin dari masa ke semasa. Segala kelemahan diperhatikan dan diambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasinya. Kemajuan sidang bukan semata-mata diukur kerana banyaknya harta akan tetapi kemajuan sebenar sesebuah gereja adalah kualiti Iman bagi setiap anggotanya. Kebajikan anggota sidang harus diperhatikan  agar mereka merasakan diri dihargai.

iii.    Bersikap Terbuka
Seorang pemimpin sidang yang baik bukan saja berwawasan akan tetapi bersedia menerima teguran atau kritikan  yang membina daripada anggota yang dipimpinnya. Sikap ini akan mendorong jemaat untuk memberikan cadangan-cadangan yang membina demi kebaikan bersama.

iv.    Mempunyai Perancangan Jangka Pendek dan Jangka Panjang
Perancangan adalah panduan bagi kepimpinan gereja untuk menggerakkan aktiviti. Setiap perancangan dirancang dengan teliti agar tidak terlalu membebankan dari segai masa dan tenaga. Perancangan boleh dibuat secara berperingkat seperti 10 tahun, 5 tahun, 1 tahun atau bulan mengikuti kesesuaian dan persetujuan daripada anggota-anggota yang lain.

v.      Memiliki Keperibadian Yang baik
Seorang pemimpin haruslah memiliki sifat-sifat yang baik agar menjadi contoh teladan yang baik kepada jemaatnya. Antara sifat yang perlu ada bagi seorang pemimpin adalah seperti berikut;

a.       Tidak Bercacat  (1 Tim 3:2). Secara harfiah, ungkapan itu bererti “tidak ada pun yang herus diperbaiki” , iaitu seharusnya dalam kehidupannya sama sekali tidak ada yang digunakan oleh Iblis atau orang yang belum diselamatkan untuk mengkritik atau menyerang jemaat – Warren W.Wiersbe (1981).

b.      Memiliki Kawalan Diri Yang Baik (1 Timotius 3:2) agar mempunyai kesabaran  tidak bertindak secara terburu-buru di dalam membuat sesuatu keputusan.

c.       Bijaksana (1 Timotius 3:2) didalam membuat keptusan dan kemahiran yang tinggi terhadap firman Tuhan. Perkara ini penting agar pengajaran yang disampaikan kepada jemaat dapat dilaksanakan dengan betul.

d.      Bukan Pemarah (1 Timotius 3:3), Tidak suka bertangkar atau suka mencari-cari kesalahan orang lain.

e.       Tidak Rasuah atau Tamak (1 Timotius 3:3),  tidak menggunakan pelayanan untuk mengumpul kekayaan untuk kepentingan sendiri.

f.        Peramah dan Sopan (1 Timotius 3:3), mengamalkan sikap ramah dan sopan kepada jemaat atau sesiapa sahaja semasa melakukan urusan dan pada masa yang sama bersedia untuk mendengar pendapat orang lain.

g.       Tidak Bercabang Lidah (1 Timotus 3:8), merupakan sikap suka menipu, berbohong atau memfitnah orang lain. Seorang peimpin seharusnya jujur di dalam segala perlakuannya.

h.       Bukan Pemabuk (1 Timotius 3:8), perkara ini bukan saja tidak sopan akan tetapi banyak mendatangkan keburukan terhadap kesihatan rohani, mental dan fizikal. Orang yang mabuk tidak mempunyai kawalan diri dari segi tingkahlaku atau pertuturan.

i.         Dapat menyampaikan ajaran yang benar (1 Timotius 3:2) terhadap jemaah yang dipimpin. Mengajar firman Allah adalah salah satu pelayanan yang utama bagi seorang pemimpin. Oleh itu seorang pemimpin seharusnya memiliki keinginan yang tinggi untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dari masa ke semasa.

j.        Suka Memberi Tumpangan (1 Tim 3:2), memiliki kasih. Ini adalah suatu pelayanan yang penting dalam jemaat yang mula-mula kerana orang-orang percaya yang mengadakan perjalanan jauh memerlukan tempat penginapan
      (Rom 12:13)


Kesimpulan
     Sesungguhnya pemantapan pengurusan gereja amat diperlukan untuk melaksanakan pembangunan dan perkembangan gereja pada masa depan. Komedenan dan kecanggihan teknologi maklumat telah memberikan cabaran yang lebih berat kepada para pemimpin kerana melalui perkembangan ini manusia lebih bersikap individualistik dan materialistik yang menyebabkan mereka lupa kepada Tuhan. Oleh itu setiap pemimpin pada setiap peringkat perlu berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan pemantapan kerohanian bagi mengatasi segala cabaran yang mendatang.

Rujukan
SIB Sabah (1989). Buku Panduan Dan Peraturan Sidang Injil Borneo.SIB Sabah dan Sarawak: Sidang Injil Borneo

Warren W.Wiersbe (1981). Setia Di Dalam Kristus. Bandung: Yayasan Kalam Hidup.

Richard Samporoh (1999). Sejarah Gereja Sidang Injil Borneo: Nipuhawang Publishing:
Kuala Lumpur

Robert E Coleman (1972). Perancangan Pelan Induk Untuk Penginjilan. National
Evangelical Christian Fellowship Malaysia: Malaysia.

Robert H.Schuller (1992). Keuletan Kunci Keberhasilan. PT BPK Gunung Mulia:
Jakarta.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran Akses Kendiri. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan
Misi. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.




Kebebasan Beragama Di Bawah Perlembagaan Malaysia (RUKUN NEGARA)


By: Mr. Lim Heng Seng


          KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  
          KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

          KELUHURAN PERLEMBAGAAN

          KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

          KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Keluhuran Perlembagaan
  • Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang dasar negara Malaysia
  • Merupakan undang-undang utama atau pun undang-undang agung.
  • Undang-undang lain yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah tidak sah.
  • Sumpah yang dikehendaki digangkat oleh  ahli Parlimen, menteri kabinet dan hakim: Memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia.
 Hak Asasi 
  • Hak asasi merupakan hak seseorang individu yang penting untuk kehidupan demokratik dan bebas.
  • Hak asasi menjamin kehormatan seseorang individu sebagai insan yang dicipta oleh Tuhan.
  • Hak asasi dijamin dari dilanggar atau diketepikan oleh undang-undang lain atau penyalahgunaan oleh pemerintah.
 Hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan 
  1. Kebebasan diri;
  2. Kebebasan bergerak dan bermastautin di seluruh Persekutuan;
  3. Kebebasan bercakap;
  4. Kebebasan berhimpun secara aman;
  5. Kebebasan menubuhkan persatuan;
  6. Hak pendidikan;
  7. Hak terhadap harta;
  8. Kesamarataan disisi undang-undang;
  9. Kebebasan beragama.
 Agama dan kebebasan beragama 
  • Perkara 3  (1): Agama Islam  agama Persekutan; agama lain boleh diamalkan dengan aman di seluruh Persekutuan
  • Perkara Article 11 (1):  Kebebasan untuk menganuti, mengamalkan dan mengembangkan agama
 Malaysia negara sekular 
  • Malaysia dibentuk sbg negara sekular dan bukan negara Islam
  • Islam merupakan agama resmi
  • Undang-undang negara adalah undang-undang sivil dan bukan undang-undang agama
  • Syariah dan Mahkamah Syariah untuk orang beragama Islam

Malaya ditubuhkan 
  • “There has been included in the proposed Federal Constitution that Islam is the religion of the Federation.  This will no way affect the present position of the Federation as a secular State…”  [White Paper on the Constitutional Proposal for the Federation of Malaya (Legislative Council Paper No. 41 of 1957) tabled in the Legislative Council] 

Kenyataan PM Malaya yang pertama 
  • “I would like to make it clear that this country is not an Islamic State as it is generally understood, we merely provided that Islam shall be the official religion of the State"  [Tengku Abdul Rahman (Hansard, 1st May 1958].
 Malaysia ditubuhkan 
  • “Taking these points fully consideration, we are agreed that Islam should be the national religion for the Federation.  We are satisfied that the proposal in no way jeopardizes freedom of religion in the Federation, which in effect would be secular”.  [Malayan Members of the Cobbold Constitutional Commission when proposing that Article 3 be retained]
 Tiga Aspek Kebebasan Beragama 
  • Kebebasan menganuti
  • Kebebasan mengamal agama
  • Kebebasan mengembangkan agama
 Untuk semua rakyat 
  • Semua insan mempunyai hak ini samada rakyat warganegara atau pendatang kecuali kanak-kanak iaitu insan yang belum mencapai umur dewasa (18 tahun).
 Pengamalan bebas di seluruh Malaysia 
  • Semua agama boleh diamalkan di seluruh Malaysia iaitu; di semua negeri dan daerah, dan di semua tempat termasuk, di rumah, di gereja, di sekolah dan tempat-tempat kerja kita.
 Aman dan damai 
  • Dua aspek penting dalam pengamalan agama secara aman dan damai.
  • Yang pertama, kita harus mengamal agama kita dengan aman dan damai, bukan dengan menganggu atau mengancam rakyat lain.
  • Yang kedua, semua penganut agama dilindungi daripada perbuatan orang lain yang tidak bertoleransi, seperti perbuatan menghina agama yang dilarang oleh Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
 Tanpa diskriminasi 
  • Semua orang tanpa mengira agama mereka berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang [Perkara 8(1)].
  • Diskriminasi di antara warganegara semata-mata atas dasar agama dilarang [Perkara 8 (2)].             
Tanpa paksaan/diwajibkan mengamal agama lain 
  • Perkara 12(4) melarang seseorang dikehendaki menerima ajaran dalam sesuatu agama dan mengambil bahagian dalam upacara sesuatu agama selain daripada agama sendiri
  • Agama kanak-kanak ditentukan oleh ibubapa penjaga 
Hak menganuti agama 
  • Bebas mempunyai agama sendiri yang sesuai kepada kepercayaannya
  • Berhak mengisytiharkan agamanya samada secara lisan atau dengan memakai tanda/simbol agamanya menukar agamanya.
  • Berhak menukar namanya sekiranya nama itu mempunyai ciri-ciri keagamaan/maksud
 Hak mengamalkan agama 
  • Kebebasan diberi secara luas dan maknanya tidak disempitkan kepada beberapa keperluan agama sahaja.
  • Beribadah, kebaktian, mengajar, mengurus, mengumpul, mengabung dan menubuh badan kegamaan dan kebajikan
 Ciri-ciri hak & kebebasan mengamalkan agama 
  • Hak menjalankan ibadah keagamaan samada secara persendirian atau kumpulan
  • Hak bergabung untuk tujuan kegamaan dan kebajikan;
  • Mempunyai dan memperolehi bahan-bahan untuk tujuan keagamaan seperti kitab-kitab suci serta buku-buku, tulisan, pita audio-visual keagamaan dan sebagainya;
  • Memberi dan menerima ajaran agama, samada secara persendirian atau kumpulan iaitu bersama-sama dengan saudara seiman:
  • Melatih dan melantik ketua-ketua agama serta menubuhkan sekolah dan institusi untuk pendidikan agama.
 Hak kumpulan agama 
Hak kumpulan: Menurut Perkara 11 (3) tiap-tiap kumpulan agama berhak:

  • Menguruskan hal-ehwal agama sendiri
  • Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi termasuk untuk pendidikan agama
  • Memperolehi, memiliki, memegang dan mentadbirkan harta menurut undang-undang.

Hak kumpulan agama dlm pendidikan agama 
  • Article 12 (3) memberi hak kepada tiap-tiap kumpulan agama mendirikan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam agama sendiri  
Hak ibubapa 
  • Ibubapa berhak menentukan agama anak mereka
  • Pengasuhan dan pembimbingan anak hendaklah berdasarkan kehendak ibubapa

Hak mengembangkan agama 
  • Menyebar dari seorang ke orang lain, dari tempat ke tempat umpamanya menginjil untuk orang Kristian, berdakwah untuk orang Islam.

Batasan terhadap Kebebasan Beragama
Semua kebebasan mempunyai batas-batas tertentu. Kebebasan beragama tiak bermakna seseorang boleh melanggar undang-undang am berkaitan:

  • Ketenteraman awam
  • Kesihatan awam
  • Kesopanan dan kesusilaan
 Had dalam hak mengembangkan agama 
  • Perkara 11(4): Undang-undang negeri boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang-orang Islam.
  • Tidak memberi kuasa kepada negeri melarang sama sekali apa-apa bentuk pengembangan agama, hanya untuk mengawal atau menyekatnya.

Isu-isu semasa 
  • Negara Islam dan pengIslaman
  • Kebebasan beragama
 Negara sekular atau Islam
  • Najib Abdul Razak [sebelum ini Dr. Mahathir]: Malaysia adalah negara Islam
  • Bernard Dompok: Pengasas negara tidak bertujuan membentuk negara sebagai negara Islam
  • Lim Kit Siang: Negara Malaysia ia lah sebuah negara secular
  • Abdullah Badawi: Malaysia bukan negara sekular dan kan “theocratic state like Iran and Pakistan”; Malaysia mengamalakn sistem demokrasi berparlimen; pemerintah mengamalkan  ciri-ciri pentadbiran yang mencerminkan komposisi penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan agama

Kebebasan MI 
  • Kebebasan beragama juga bermaksud kebebasan daripada dikehendaki atau dipaksa memeluk, menganuti dan mengamal sesuatu agama.
  • Polisi kerajaan dan keputusan Mahkamah dalam soal keluar agama
  • Undang-undang murtad yang menyekat, melarang dan menghukum sesiapa yang ingin memeluk dan mengamal agama yang dipilih olehnya bercanggah dengan hak ini.
 Kebebasan M2 
  • Kitab agama dan bahan percetakan
  • Tempat-tempat beribadah
  • Penggunaan Bahasa Malaysia dalam pengamalan agama bukan Islam/Larangan penggunaan istillah tertentu
  • Pengajaran agama bukan Islam di sekolah
  • Kumpulan agama bukan Islam di sekolah
  • Pendidikan Islam kepada pelajar bukan Islam
  • Kegiatan dakwah di kalangan pelajar bukan Islam
  • Penyekatan aktiviti dan pengamalan agama bukan Islam di sekolah
 Kebebasan M3 
  • Negeri tidak berkuasa melarang sama sekali apa-apa bentuk pengembangan agama, hanya untuk mengawal atau menyekatnya.
  • Beberapa negeri telah menggubal undang-undang yang melarang sama sekali sebarang penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam.
  • Juga melarang penggunaan istillah tertentu dlm agama bukan Islam 

HUKUMAN MATI DARI SUDUT ETIS DAN ALKITAB

Oleh: Awis

Pendahuluan              
     Hukuman mati ialah hukuman yang diputuskan oleh pihak mahkamah membabitkan pesalah dibunuh sebagai balasan jenayahnya, sama ada secara pancung, tembak, gantung, suntikan maut dan sebagainya.
     Hukuman mati mempunyai sejarah yang lama dalam masyarakat manusia, dan pernah berlaku di hampir semua masyarakat. Biasanya, hukuman mati itu dilaksanakan demi menegakkan keadilan di dalam masyarakat. Tetapi dari segi ketenteraan, hukuman mati adalah satu cara untuk mengawal disiplin tentera. Contohnya, askar yang enggan bertempur atau lari daripada tugasan boleh dihukum mati. Tindakan ini adalah supaya tiada askar yang enggan bertempur kerana takut. Selain itu, hukuman mati juga merupakan satu cara untuk mengadakan kawalan sosial. Di negara yang autokratik, mereka yang mempunyai perbezaan pendapat dengan kerajaan mungkin akan dihukum mati. Contohnya di negara komunis, seseorang itu akan dibunuh sekiranya ia dianggap "anti-revolusi" ataupun pemikirannya itu "berbahaya kepada masyarakat".

     Cara melaksanakan hukuman mati sebenarnya mengalami banyak perubahan. Pada masa sekarang hukuman mati biasanya dilaksanakan dengan kesakitan yang minimum. Cara yang melibatkan perdarahan dan mengambil masa yang lama biasanya tidak digunakan. Ini adalah kerana hukuman mati bermaksud menamatkan nyawa seorang penjenayah, dan tidak bermaksud menyeksanya.

     Di negara yang bertamadun, hukuman mati adalah satu pendekatan untuk menghapuskan jenayah. Biasanya hukuman ini hanya dikenakan kepada penjenayah berat sahaja. Contoh bagi jenayah yang membawa kepada hukuman mati adalah seperti berikut:
·   Membunuh
 Kebanyakan negara akan mengenakan hukuman mati kepada mereka yang membunuh secara segaja. Ini adalah berdasarkan prinsip pembalasan: "hutang harta dibayar harta; hutang darah dibayar darah".

·   Penyeludupan dadah
Di negara Asia seperti Malaysia, Singapura, dan juga China, sesiapa yang melakukan penyeludupan dadah boleh dikenakan hukuman mati. Ini adalah berdasarkan bahawa dadah memberi kesan yang mahaburuk kepada masyarakat.


·   Penjual-belian manusia
Di negara China, penjual-belian manusia adalah satu jenayah yang membawa hukuman mati.


·   Jenayah seks/rogol
Di negara Islam, penjenayah seks boleh dikenakan hukuman mati. Keadaan yang sama juga berlaku di Vietnam yang mengenakan hukuman mati terhadap pesalah yang merogol kanak-kanak.

·   Jenayah-jenayah lain
Menderhaka, menculik, penyalahgunaan senjata api, malah rasuah adalah antara kesalahan  yang dikenakan hukuman mati di beberapa negara.[1]
..
Dalam sejarah, dikenal beberapa cara pelaksanaan hukuman mati:
A.  Hukuman Pancung
      Hukuman dengan cara potong kepala.

B.  Hukuman Renjatan Letrik
Hukuman dengan cara duduk di kerusi yang kemudian dialiri kuasa letrik bertenaga tinggi.

C.   Hukuman Gantung
Hukuman dengan cara digantung di tiang gantungan.

D.  Hukuman Gantung
Hukuman dengan cara disuntik obat yang dapat membunuh.

E.  Hukuman Tembak
Hukuman dengan cara menembak jantung seseorang, biasanya pada hukuman ini terpidana harus menutup mata untuk tidak melihat.

F.   Hukuman Rejam
Hukuman dengan cara dilempari batu hingga mati.[2]

     Menurut Wikipedia edisi bahasa Indoensia, dijelaskan beberapa kategori hukuman mati dan dilakukan menurut negara tertentu.[3] Saya memetiknya sebagai rujukan tambahan yang berhubung dengan hal-hal hukuman mati. Berikut adalah kategori yang dimaksudkan:-

 

Guillotine

     Guillotine adalah sebuah alat untuk membunuh seseorang yang telah divonis hukuman mati dengan cepat dan 'manusiawi'.

     Guillotine menjadi terkenal pada Revolusi Perancis, tetapi sebenarnya sebelumnya sudah ada alat seperti ini. Guillotine dinamakan menurut Joseph Ignace Guillotin (1738 - 1814), yang menyarankan supaya memakai alat ini sebagai alat eksekusi. Ironisnya ia sendiri sebenarnya tidak setuju dengan hukuman mati. Ia berharap bahwa alat'nya' akan menghapuskan hukuman mati.

     Pada Revolusi Perancis, dibutuhkan sebuah alat yang mampu mengeksusi para terdakwa secara cepat. Guillotine ini mencukupi persyaratan ini, maka di setiap desa di Perancis di tengah pasar lalu ditempatkan.

     Pada tanggal 25 April 1792, Nicolas Jacques Pelletier adalah korban pertama guillotine. Secara total pada Revolusi Perancis puluhan ribu orang dieksekusi menggunakan alat. Di Paris sendiri saja diperkirakan 40.000 orang dibunuh dengan guillotine, antara lain Raja Louis XVI dan istrinya Marie Antoinette.

     Guillotine dirancang untuk membuat sebuah eksekusi semanusiawi mungkin dengan menghalangi sakit sebanyak mungkin. Terdakwa disuruh tidur tengkurap dan leher ditaruh di antara dua balok kayu di mana di tengah ada lubang tempat jatuhnya pisau. Pada ketinggian 7 meter, pisau dijatuhkan oleh algojo dan kepala terdakwa jatuh di sebuah keranjang di depannya.

     Pemenggalan kepala dengan guillotine hanya berlangsung beberapa detik saja. Pendapat para dokter pada awal yang katanya orang baru kehilangan kesadarannya setelah 30 detik dihiraukan. Menurut pendapat para dokter modern, otak seseorang maksimal hanya bisa sadar selama 10 detik saja.

     Eksekusi dengan guillotine kala itu menjadi tontonan umum, tetapi kemudian guillotine ditaruh di dalam penjara karena dianggap kejam. Terdakwa terakhir yang dihukum mati dengan alat ini adalah Hamida Djandoubi. Ia dieksekusi di Marseille pada tanggal 10 September 1977.

  

Hukuman gantung

     Hukuman gantung adalah menggantung seseorang dengan menggunakan tali gantungan ("simpulan hukum gantung") yang dibelitkan di sekitar leher yang mengakibatkan kematian. Cara ini telah digunakan sepanjang sejarah sebagai suatu bentuk hukuman mati, pertama kali diterapkan di kerajaan Persia kurang lebih 2500 tahun yang lalu.[1], dan sampai saat ini masih digunakan di beberapa negara. Cara ini juga merupakan suatu cara yang umum dipergunakan untuk bunuh diri.

Hukuman mati

     Hukuman mati ialah suatu hukuman atau vonis yang dijatuhkan pengadilan (atau tanpa pengadilan) sebagai bentuk hukuman terberat yang dijatuhkan atas seseorang akibat perbuatannya.

     Pada tahun 2005, setidaknya 2.148 orang dieksekusi di 22 negara, termasuk Indonesia. Dari data tersebut 94% praktek hukuman mati hanya dilakukan di empat negara: Iran, Tiongkok, Arab Saudi, dan Amerika Serikat.

 

Hukuman pukulan rotan

     Hukuman pukulan rotan adalah sebuah hukuman tindak pidana yang berlaku di Malaysia dan Singapura.

Undang-undang mengenai pukulan rotan

     Jumlah pukulan rotan terbanyak yang bisa dikenakan kepada seorang terdakwa menurut undang-undang Malaysia ialah 24 kali pukulan rotan. Terdapat dua jenis rotan yang digunakan:

·         Rotan jenis tipis, yang digunakan untuk kasus sogok-menyogok, kesalahan
korupsi, dan kriminalitas kerah putih;
     Rotan jenis tipis tidak begitu merusakkan badan, tetapi lebih menyakitkan. Pukulan rotan dengan rotan tebal yang melebihi lima kali bisa mengakibatkan impotensi dan mati rasa dari punggung ke bawah, dimana hal tersebut sukar disembuhkan. Oleh karena sakitnya pukulan rotan yang begitu dahsyat, undang-undang Malaysia telah memberi pengecualian pada kategori-kategori di bawah terhindar dari hukuman tersebut:

·         Perempuan, karena pukulan rotan bisa mengganggu kesehatan kandungan;
·         Lelaki berumur 50 tahun keatas;
·         Orang yang disahkan tidak sehat oleh dokter; dan
·         Orang gila

Aturan hukum pukulan rotan (Merotan)

     Pada hari hukuman merotan dilaksanakan, para terhukum yang terlibat akan memperoleh pemeriksaan kesehatan. Mereka akan berbaris dalam sebuah barisan untuk giliran masing-masing di tempat yang mana lokasi pelaksanaan hukuman merotan tidak bisa terlihat oleh mereka.

     Pejabat Penjara Negeri Johor akan menyaksikan pelaksanaan merotan, bersama-sama dengan seorang dokter dari Rumahsakit Sultanah Aminah dan seorang pegawai penjara. Pemeriksaan teliti lalu diambil supaya hukuman merotan tidak dijatuhkan kepada orang yang salah.

     Petugas penjara akan membacakan hukuman kepada terhukum, dan memintanya mengesahkan adakah hukuman yang terbaca itu betul atau tidak. Ia juga akan menanyakan terhukum tersebut apakah pembelaan telah dibuat. Jika belum, hukuman merotan akan ditangguhkan sehingga keputusan pembelaan dinyatakan.

     Terdakwa masih dalam keadaan telanjang selepas pemeriksaan kesehatan, kecuali sehelai penutup yang diikatkan di pinggang. Sewaktu dirotan, tangan dan punggungnya diikat kepada suatu rangka berbentuk "A". Kepalanya diletakkan dibawah sebatang kayu melintang supaya badannya membungkuk.

     Algojo yang melaksanakan hukuman merotan haruslah kompeten dan disahkan melalui ujian/tes oleh pengadilan. Saat ini, mereka akan dibayar RM10.00 (atau sekitar 26 ribu rupiah menurut kurs sekarang) untuk setiap rotan, yang mana sebelumnya untuk tugas ini algojo dibayar RM1.00, atau sekitar duaribu enam ratus rupiah per satu rotan).

     Dalam pelaksanaan tugasnya, algojo harus diberi waktu yang cukup. Pegawai penjara yang bertugas menghitung jumlah pukulan rotan tidak boleh menentukan waktu untuk pukulan rotan selanjutnya. Tugasnya cuma memastikan terhukum tidak dikenakan rotan yang melebihi atau kurang daripada apa yang ditetapkan oleh pengadilan.

     Algojo akan memulai pelaksanaan hukuman dengan memegang rotan secara mendatar diatas kepalanya. Lokasi tempat pelaksanaan hukuman harus dalam keadaan tenang dan sunyi. Apabila algojo telah siap, maka ia akan melepaskan tangan kirinya dan mengayunkan rotan kearah punggung terpidana dengan sekuatnya, seperti pemain golf mengayunkan pemukul. Untuk mencapai akibat yang paling dahsyat, algojo perlu memastikan bahawa ujung rotan digunakan untuk memukul terhukum.

     Rotan yang direndam dengan cairan "Pemutih Clorox" untuk membunuh kuman, juga akan meningkatkan kesakitan terhukum. Kulit punggung akan lebam/memar bila dirotan satu kali. Dan jika pukulan rotan lebih dari lima kali dikenakan, kulit punggung terpidana akan terkelupas robek dan mulai berdarah.

Semua hukuman merotan harus dijalankan dalam satu kesempatan. Sekiranya terhukum pingsan, atau dokter memerintahkan agar pelaksanaan hukuman dihentikan karena terdakwa tidak bisa melanjutkan hukuman nya saat itu (jika terlalu berbahaya bagi terpidana dan dapat menyebabkan kematian), pelaksanaan hukuman rotan akan dihentikan. Sebuah permohonan akan dibuat kemudian pada pengadilan supaya sisa hukuman rotan digantikan dengan hukuman kurungan. Biasanya, setiap rotan disamakan dengan lima atau enam bulan pengurungan.

     Rotan yang sudah dipakai bisa digunakan kembali. Walaupun demikian, tindakan pencegahan perlu diambil untuk terpidana yang mengidap HIV/AIDS. Rotan yang baru akan digunakan untuk kasus tersebut, dan selesai digunakan, rotan itu akan dibakar. Algojo juga dikehendaki memakai alat perlindungan, sarung tangan dan topeng kaca penutup mata, ditakutkan daging dan darah terpidana yang menderita HIV/AIDS akan mengenai tubuh algojo.

     Selesai dirotan, terpidana akan diantarkan ke klinik penjara untuk mendapatkan perawatan. Terhukum akan dirumahsakitkan sehingga luka-lukanya sembuh, tergantung pada ketersediaan tempat tidur di klinik penjara. Sementara waktu, terhukum terpaksa berbaring dengan bagian perut menghadapi kasur, karena punggung yang telah cedera.

 

Iron maiden (alat)

     Iron maiden adalah alat penyiksa terbuat dari besi berbentuk tabung dengan engsel didepannya, ukurannya cukup untuk manusia. Biasanya memiliki semacam jendela kecil yang dapat ditutup sehingga penyiksa bisa menginterogasi si korban, menyiksa atau membunuh seseorang dengan menembuskan benda tajam (seperti pisau, duri atau paku) ke tubuhnya dan korban dipaksa untuk tetap berdiri. Sang terhukum akan kehilangan darah secara cepat dan perlahan-lahan melemah, akhirnya akan kehilangan darah atau kemungkinan sesak nafas.

Memancung
     Memancung adalah tindakan memisahkan kepala dari badan manusia atau binatang. Biasanya dilakukan dengan kapak, pedang, maupun guillotine. Kata lain dari memancung adalah memenggal dan seseorang yang mengeksekusi disebut Pemancung/ Pemenggal.

     Kalimat memancung bisa merujuk kepada sebuah acara/ upacara tertentu, untuk memisahkan kepala dari badan yang telah mati. Pemenggalan kepala ini biasanya untuk sebuah piala, sebuah peringatan, untuk menghilangkan identitas korban, krionik dan alasan lainnya. Pemenggalan leher sangat fatal akibatnya, dalam hitungan detik ke menit ketika terjadi adanya kematian pada otak tanpa sokongan salah satu anggota tubuh.

Menguliti
     Menguliti adalah sebuah aktivitas mengangkat sebuah kulit dan biasa dilakukan dengan sebuah pisau. Proses ini biasa dilakukan terhadap binatang yang telah mati, sebagai salah satu persiapan untuk mengkonsumsi daging dan kulitnya digunakan untuk keperluan lain.

     Menguliti bisa juga dilakukan terhadap manusia hidup sebagai salah satu bentuk hukuman. Ketika pengangkatan sebuah kulit terjadi terhadap seseorang, teramat sangat menyakitkan, ini adalah sebuah metode brutal dari sebuah eksekusi.

 

Etimologi

     Menguliti berasal dari sebuah kata benda yaitu kulit. Banyak makna dari kata menguliti ini, di antaranya adalah:
·         Membeset (membuang, mengambil),
·         Memberi kulit; membalut (menyampul) dengan kulit.

 

Hukuman menguliti zaman dahulu - Assyria

     Bangsa Assyria telah mempraktekkan hukuman menguliti terhadap tawanannya. Setelah dikuliti, korban lalu dibakar hidup-hidup. Kulit kemudian digantung di pintu gerbang kota, dengan maksud mendapatkan penghormatan dari bangsa Israel.

Penjara

     Penjara adalah tempat di mana orang-orang dikurung dan dibatasi berbagai macam kebebasan. Penjara umumnya adalah institusi yang diatur pemerintah dan merupakan bagian dari sistem pengadilan kriminal suatu negara, atau sebagai fasilitas untuk menahan tahanan perang.

Jumlah tahanan penjara di dunia

     Lebih dari 9 juta orang dipenjara di seluruh dunia saat ini. Populasi tahanan penjara di kebanyakan negara meningkat dengan tajam pada awal tahun 1900-an. Jumlah tahanan Amerika Serikat adalah yang terbanyak berdasarkan negara, melebihi 2 juta jiwa; 70%-nya merupakan tahanan dengan kasus narkoba. Di Rwanda, hingga tahun 2002, lebih dari 100.000 orang ditahan dengan kecurigaan mengenai keikut sertaan mereka dalam genosida yang terjadi pada tahun 1994.

     Rusia dan Republik Rakyat Cina (dengan populasi 5 kali lebih besar dari AS) juga mempunyai jumlah tahanan melebihi 1 juta pada tahun 2002. Tidak ada data yang tersedia untuk Korea Utara. Britania mempunyai 73.000 tahanan pada 2003, mirip dengan jumlah yang dimiliki Jerman dan Prancis.

Penyaliban

     Penyaliban merupakan salah satu bentuk eksekusi yang terkejam yang pernah ada di dunia. Esensi dari penyaliban bukanlah kematian itu sendiri, melainkan penderitaan saat menjelang kematian. Dengan demikian, kematian merupakan suatu hal yang sangat diinginkan oleh orang yang disalib.

     Berbeda dengan cara eksekusi terpidana mati pada masa sekarang, proses penyaliban memerlukan waktu yang relatif lama sehingga saat-saat penderitaanpun terasa sangat berat. Bandingkan hukuman gantung, kursi listrik, suntikan mati, kamar gas, tembak mati, pancung, dsb. yang hanya membutuhkan waktu beberapa detik saja menjelang kematian dengan penyaliban yang kadang-kadang membutuhkan waktu berjam-jam.

 

Kebudayaan menyalib

     Penyaliban adalah salah satu bentuk hukuman yang diterapkan dalam Kekaisaran Romawi, dan orang yang paling terkenal karena hukuman salib oleh pemerintah Romawi adalah Yesus. Pada zaman Yesus para pemberontak dan pelaku kriminal dihukum dengan cara disalib.

Tata cara penyaliban

     Kedua tangan mereka biasa diikat dan kaki mereka diberi pijakan kayu dan mereka dijemur panas matahari dan menjadi tontonan orang-orang sebagai peringatan. Namun penyaliban Yesus seringkali dilukiskan kedua tangan dan kedua kaki Yesus dipakukan, yang menyebabkan Yesus kehilangan banyak darah ditambah dengan dijemur matahari.

Pandangan Orang Yahudi atas penyaliban
     Selain itu dalam adat istiadat Yahudi, ada tertulis bahwa terkutuklah orang yang digantung di atas pohon (kayu atau balok kayu), sehingga hingga saat ini banyak orang Yahudi yang menganggap Yesus mati secara terkutuk.

Pandangan Kristen atas penyaliban

     Dalam agama Kristen Yesus disalib untuk menebus dosa manusia, melalui Dia yang disalib, manusia yang berdosa digantikan atau ditebus dari penghukuman, sehingga semua dosa yang telah dilakukan digantikan melalui pengorbanan-Nya.

Rajam

     Rajam adalah hukuman melempari penzina dengan batu sampai mati dan yang berhak menjatuhkan hukuman rajam itu adalah pengadilan tinggi suatu negara yang menganut hukum agama Islam. Prosesi rajam dengan cara, para penzina ditanam berdiri di dalam tanah sampai dadanya, lalu dilempari batu hingga mati.

Hukuman rajam modern

Beberapa negara yang mengamalkan hukuman rajam sampai mati adalah:
1.      Iran
2.      Arab Saudi
3.      Sudan
4.      Pakistan
5.      Beberapa bagian Nigeria
6.      Afganistan semasa pemerintahan Taliban.

Suntik mati

     Suntik mati adalah suatu tindakan menyuntikkan racun berdosis tinggi pada seseorang untuk menyebabkan kematian. Penggunaan utamanya adalah untuk eutanasia, bunuh diri, dan hukuman mati. Sebagai metode hukuman mati, suntik mati mulai mendapat popularitas pada abad ke-20 untuk menggantikan metode lain seperti kursi listrik, hukuman gantung, hukuman tembak, kamar gas, atau hukuman pancung yang dianggap lebih tidak berperikemanusiaan, walaupun masih terus diperdebatkan sisi kemanusiaannya. Pada eutanasia, suntik mati juga telah dipergunakan untuk memfasilitasi kematian sukarela pada pasien-pasien dengan kondisi terminal atau sakit kronis. Kedua penerapan ini menggunakan kombinasi obat yang serupa.[4]

     Jika kita melihat daripada kepada keseluruhan maksud hukuman mati sehingga kepada kategorinya dan pelaksanaannya, maka muncul sebuah pertanyaan, “Adakah Hukuman Mati Ini Masih Relevan?”, menurut Ahmad Ibrahim (Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia-UIAM), sebagaimana tulisannya yang dipetik dalam artikel Berita Harian online,[5]

     ADAKAH Malaysia harus mengekalkan hukuman mati? Mungkin ada yang menganggap ini soalan klise kerana perdebatan mengenai hukuman mati sudah lama berlangsung dan banyak pendapat yang diketengahkan.

     Namun hakikatnya perdebatan ini tidak akan berakhir atas beberapa alasan tertentu. Alasan utama, termasuk tuntutan prinsip yang diketengahkan menerusi hujah hak asasi.

     Pihak yang memperjuangkan hak asasi menganggap hukuman mati sebagai satu penganiayaan dan ia adalah hukuman yang tidak berperikemanusiaan. Mereka juga menganggap hukuman mati adalah satu bentuk pembunuhan diiktiraf undang-undang yang juga bersifat kejam. Pada pandangan kelompok ini hanya Tuhan saja yang berhak mengambil nyawa seseorang, bukan seorang manusia yang lain.

     Ada juga yang berhujah bahawa seorang hakim mungkin melakukan kesilapan di dalam membuat keputusan menghukum dengan hukuman mati. Lantas, dihujahkan bahawa sekiranya seseorang itu dihukum mati, maka peluang untuk memberi remedi kepada kesilapan itu sudah tidak ada lagi.

     Namun, dengan bersandarkan alasan tersendiri, ramai masih menyokong pengekalan atau kewujudan hukuman mati. Hujah yang dikemukakan ialah, antara lain bagi mengenakan balasan ke atas perlakuan salah yang dilakukan pesalah. Penjenayah itu perlu dihukum atas perbuatannya yang menyalahi aturan sistem kemasyarakatan.

     Selain itu, hak mangsa jenayah hendaklah sentiasa diutamakan daripada hak penjenayah. Dalam kata lain, pendekatan yang perlu diberi perhatian ialah dengan memberi perhatian kepada hak mangsa jenayah dan bukan semata-mata hak pesalah seperti pendekatan yang diambil oleh pihak yang menolak hukuman mati.

     Dalam konsep undang-undang jenayah, kedudukan mangsa di dalam sesuatu perbuatan jenayah hendaklah sentiasa diambil perhatian dalam menentukan kadar atau bentuk hukuman yang ditentukan mahkamah. Saya lebih cenderung kepada pandangan ini.

     Perlu diingat bahawa apa jua hukuman dikenakan ke atas seorang pesalah ia sudah melalui proses perbicaraan dan proses pembuktian di mahkamah. Mahkamah mempunyai prosedur dan sistem keterangan yang tertentu. Proses ini seharusnya mengambil kira semua aspek berkaitan kesalahan yang didakwa. Selepas menjalani proses ini, mahkamah akan membuat keputusan berkaitan hukuman.

     Dalam menentukan jenis dan tahap hukuman, mahkamah semestinya mengambil kira kepentingan individu mangsa jenayah dan darjah kekerasan yang dilakukan penjenayah ketika melakukan perbuatan jenayah itu.

     Dalam banyak kes di Malaysia, mahkamah juga perlu mengambil perhatian kepada kesan perlakuan jenayah yang dilakukan ke atas masyarakat keseluruhannya, umpamanya dalam kes yang membabitkan pengedaran dadah.

     Sekiranya dikatakan seseorang hakim itu tersilap dalam menghukum seseorang masalah ini sepatutnya boleh diatasi dengan membuat perubahan yang perlu ke atas perkara berkaitan pembuktian, seperti tahap dan jenis pembuktian.

     Umpamanya dalam menentukan tahap pembuktian, seorang hakim hendaklah benar-benar yakin, tanpa sebarang elemen keraguan bahawa tertuduh, melalui bukti yang dikemukakan adalah bersalah. Keyakinan itu bukanlah sekadar melangkaui keraguan munasabah (beyond any reasonable doubt), tetapi seharusnya mencapai suatu tahap tanpa sebarang keraguan (beyond any shadow of doubt).

     Tahap pembuktian yang tinggi ini secara langsung dapat membantu hakim daripada melakukan kesilapan di dalam menentukan tahap dan sifat hukuman yang dikenakan.

     Walaupun ada banyak negara di dunia yang menolak atau menghapuskan hukuman mati, ia tidak semestinya menjadi ikatan atau ikutan ke atas Malaysia. Negara ini tidak perlu meniru atau mengikut saja tindakan atau pendekatan negara berkenaan. Malaysia adalah negara merdeka dan berdaulat. Malaysia mempunyai prinsip berkaitan perundangan yang tersendiri. Selepas lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan, Malaysia sudah berjaya sedikit sebanyak membentuk jati diri berkaitan aspek perundangan negara. Umpamanya, Malaysia berjaya menghapuskan rayuan ke Majlis Privy dan perbicaraan sistem juri. Oleh itu, Malaysia seharusnya yakin dengan sistem yang ada dan diamalkan selama ini.

     Sekiranya Malaysia perlukan perubahan berkaitan hukuman mati, ia mestilah berdasarkan kehendak masyarakat dan falsafah perundangan yang diamal di negara ini. Sebolehnya perubahan itu harus bebas daripada kontroversi yang berpanjangan.

     Walaupun banyak negara di dunia sudah menghapuskan hukuman mati, keperluan untuk mengamalkan hukuman mati tetap menjadi isu. Ramai rakyat di negara berkenaan yang masih lagi menyokong hukuman mati, terutama ke atas perlakuan keganasan yang melampau atau kejam dan juga jenayah kejam yang membabitkan kanak-kanak atau warga tua sebagai mangsa.

     Malaysia juga akan menempuh masalah sama sekiranya hukuman mati dihapuskan sepenuhnya. Kita juga tahu dalam banyak kes ketika masyarakat Malaysia mahukan hukuman mati ke atas perogol, terutama yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa atau penjenayah yang menggunakan kekerasan atau senjata api.

     Walaupun menyokong pengekalan hukuman mati bagi kesalahan berat di negara ini, hukuman mati tidak semestinya menjadi pilihan utama. Mungkin juga hukuman mati mandatori bagi sesetengah kesalahan perlu dianalisis kembali.  Hukuman mati mandatori tidak memberi ruang kepada mahkamah untuk memilih tahap dan jenis hukuman selepas memberi perhatian yang sewajarnya kepada keadaan pesalah dan juga keadaan semasa kesalahan terbabit dilakukan.


      Selain itu, tahap pembuktian yang tinggi harus menjadi pokok perbincangan untuk meneruskan hukuman mati di negara ini. Dalam kata lain, sistem perbicaraan dan undang-undang keterangan di mahkamah juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Ini bagi memastikan hukuman mati yang dikenakan adalah hukuman yang wajar dan tidak dilihat sebagai satu pencabulan ke atas hak asasi seorang pesalah.[6]

Definisi dan Tanggapan Hukuman Mati Melalui Perspektif Etika
     Sebagai persoalan etis, perkara hukuman mati juga menimbulkan perdebatan yang sangat luas. Lebih-lebih lagi apabila hukuman mati itu berkaitan dengan hak hidup seseorang. Apakah legitimasi hukum boleh dijadikan ukuran moral untuk menghilangkan nyawa seseorang? [7]

     Ada pelbagai pandangan mengenai hukuman mati. kepelbagaian ini pun tidak lari dari pro dan kontra berhubung pelaksanaan hukuman mati sehingga tidak ada definisi baku yang dapat dijadikan sebagai ukuran tepat bagi menjelaskan hukuman mati. Menurut Robert Johnson hukuman mati adalah hukuman berupa kematian sebagai akibat atas pelanggaran terhadap hukum. Sehubungan dengan itu, Robert G. Caldwell memahami hukuman mati sebagai ganjaran berupa kematian terhadap orang-orang yang telah terbukti secara sah melakukan tindakan kejahatan. Dari sudat pandang yang lain iaitu dari segi fungsional, Nayla Widarma memahami hukuman mati sebagai hukuman yang ditujukan untuk menakuti masyarakat supaya tidak melakukan jenayah.[8]

     Dari beberapa pandangan yang dirujuk di atas, terlihat adanya sebuah hakikat yang melekat pada hukuman mati itu sendiri iaitu hukuman mati sebagai sebuah ganjaran. Ganjaran itu kemudian mengakibatkan pada kehilangan nyawa dari pelaku kejahatan yang telah terbukti bersalah dalam sebuah proses hukuman yang sah. Jadi, hukuman mati dari sudut perspektif etika yang pertama adalah, hukuamn ini dilakukan bertujuan untuk menakutkan masyarakat dan jalan memperbaiki tindakan sosial.

Hukuman Mati sebagai Dilema Etis
     Selayaknya perkara-perkara lain, khususnya yang melibatkan hak-hak asasi manusia, praktik hukuman mati juga menimbulkan perdebatan yang tidak hujung pangkalnya. Kes ini memetakan manusia ke dalam beberapa argumen etis yang cukup dilema. Secara umum, kelompok-kelompok yang sering berbeza pendapat dan pandangan mengenai pelaksanaan hukuman mati dikelompokkan sebagai berikut: 

A. Retribusionisme
     Pengikut gerakan ini sangat bersetuju bahawa hukuman mati harus dilaksanakan. Dalam pandangan mereka, seseorang yang melakukan kejahatan adalah pelaku dosa sehingga selayaknya dihukum. Para retribusionis dengan tegas menolak cara meringankan hukuman seseorang yang terlibat, contohnya hanya dimasukkan dalam penjara. Penjara menurut mereka bukanlah tempat yang sesuai untuk pelaku kejahatan berat. Penjara tidak akan memberikan kesan penyesalan kepada si pelaku. Selain itu, pengikut retribusionis menilai bahawa para pelaku kejahatan bukanlah orang sakit sehingga mereka tidak perlu disembuhkan. Para pelaku kejahatan adalah orang-orang yang sedar melakukan tindakan kejahatan dan layak untuk dihukum seberat-beratnya.

     Dalam model etika yang dikembangkan oleh Kant, hal ini dikenal sebagai ‘kewajiban kategoris’. Membiarkan kejahatan tanpa hukuman merupakan pengkhianatan terhadap jiwa yang otonom.[9] Dengan konsep seperti ini, kaum Retribusionis melihat hukuman mati sebagai sebuah cara untuk memberi kesan mendalam terhadap orang-orang yang berniat atau sedang merancang melakukan tindakan kejahatan.

B. Rekonstruksionisme
     Para rekonstruksionis beranggapan bahawa akibat dari sebuah kejahatan besar adalah hukuman mati. Prinsip yang digunakan dalam pandangan ini adalah lex talionis di mana kejahatan harus dibalas dengan hukuman setimpal. Gigi ganti gigi dan mata ganti mata. Dengan kata lain, ketika seseorang menghilangkan nyawa orang lain, maka balasan yang setimpal adalah orang tersebut harus kehilangan nyawa. Dalam hal ini aspek keadilan atau proporsionalistas sangat diutamakan.[10]


C. Utilitaririanisme
     Utilitarianisme membenarkan hukuman yang didasarkan atas motivasi yang bercorak preventif. Aspek penjeraan juga muncul dalam hal ini namun yang menjadi penekanan asas adalah aspek preventif sebagai akibat logik dari sebuah penghukuman. Dengan demikian,  apapun tujuannya, apakah itu untuk penjeraan, reformasi, rehabilitasi ataupun pendidikan moral, penghukuman harus bersifat preventif, iaitu jangan sampai kejadian atau kejahatan serupa terulang kembali.[11]  Dengan demikian, utilitarianisme tidak terlalu mempersoalkan aspek ‘ganjaran’ seperti yang difahami oleh teori retribusionisme, yang penting bagi mereka adalah kejahatan tidak terulang kembali.

D. Rehabilitasionisme
     Rehabilitasionisme menolak adanya praktik hukuman mati walau dengan apa cara sekalipun. Dalam pandangan ini, aspek keadilan tidak difahami dalam rangka proporsionaliti. Keadilan tidak difahami sebagai usaha untuk melakukan pembalasan yang setimpal. Keadilan menurut pemahaman rehabilisionisme adalah memberi kesempatan kepada pelaku kejahatan untuk memperbaiki kesalahan mereka. Dengan demikian keadilan lebih diarahkan sebagai usaha perbaikan daripada tindakan usaha penghukuman.[12]

     Hal senada juga diungkapkan oleh kaum Abolionis. Kaum abolionis menolak adanya praktik hukum mati dengan alasan: pertama, secara psikologi aspek jera, seperti yang dikatakan kaum retribusionis, tidak akan memberi kesan yang mendalam bagi masyarakat. Dengan demikian mereka mengusulkan bahawa penjara seumur hidup akan lebih efektif untuk menghasilkan kesan jera. Kedua, tidak ada yang berhak untuk mencabut nyawa seseorang, termasuk institusi kenegaraan, ketiga, praktek hukuman mati bertentangan dengan hak dan kesucian hidup seseorang.[13]

     Jika dilihat secara sepintas lalu, maka keputusan hukuman mati ini juga dibenarkan dalam Alkitab, hanya berbeza dari perkara hukuman tersebut. Bagaimanapun Allah seringkali menyatakan kemurahan tentang hal ini, contohnya Daud melakukan pembunuhan dan perzinahan, Allah tidak menuntut agar ia dibunuh (2Sam.11:1-5; 14-17; 2Samuel 12:13). Kisah seorang wanita pelacur (Yohanes 8:7) dan banyak hal sebenarnya yang harus Allah putuskan sebagai hukuman mati untuk manusia (Roma 6:23). Kita sangat bersyukur kerana Allah menyatakan kasih-Nya kepada manusia kerana tidak menghukum kita (Roma 5:8).

Mengapa Hukuman Mati Harus Ditolak?
Hukuman Mati bukanlah Kewajiban Moral
     Seperti yang telah sentuh sebelumnya, dalil-dalil utama dari kelompok-kelompok yang pro hukuman mati adalah alasan keadilan dan kepentingan masyarakat. Prinsip ini jugalah yang umumnya menjiwai hukum negara. Menjalankan keadilan dan melindungi kepentingan umum atau kepentingan masyarakat sering dilihat sebagai kewajiban moral yang harus dijalankan oleh sebuah negara. Termasuk dalam hal ini adalah legalistik hukuman mati.

     Jika merujuk pada sistem etika yang dikembangkan oleh Kant, hukum dilihat sebagai sebuah prinsip objektif dan rasional mengenai apa yang harus dilakukan. Dengan demikian, terlepas dari perasaan setuju ataupun tidak setuju, suka ataupun tidak suka, hukum adalah kewajiban yang harus dijalankan.[14]  Dengan pemahaman ini, sering muncul kesimpulan terburu-buru dengan mengatakan bahawa dalam kacamata hukum pelaksanaan, hukuman mati adalah kewajiban yang harus dijalankan. Pertanyaannya adalah, apakah menghilangkan nyawa seseorang dengan alasan legitimasi hukum dapat dibenarkan secara moral? Bukankah dalam kacamata hukum melindungi nyawa seseorang adalah kewajiban yang harus dilakukan? Jika prinsip prima facie-nya William Ross diikut sertakan sebagai solusi, bukankah melindungi nyawa seseorang lebih tinggi dari pada menghilangkan nyawa hanya karena alasan penjeraan?[15]

     Jika saya melihat dari sudut pandang etika moral, terlihat bahawa keputusan untuk menghukum mati seorang penjenayah bukanlah sebuah kewajiban moral yang mutlak harus dijalankan. Keputusan itu boleh saja dijadikan sebagai sebuah ‘kewajiban sementara’ untuk dibahaskan dengan pertimbangan-pertimbangan etis yang lain hingga dihasilkan keputusan-keputusan yang seboleh-bolehnya mungkin didasarkan atas penghormatan bagi nilai-nilai kemanusiaan.

     Dari pemaparan di atas, ada banyak pendapat mengenai hukuman mati. Semuanya tergantung dari sisi mana kita menilainya. Dari segi hukum, hukum mati merupakan proses pelaksanaan yang sah. Akan tetapi, dalam sudut pandang falsafah, hukuman mati pun bukanlah kewajiban moral yang secara mutlak harus diikuti. Alasan lain untuk menolak hukuman mati adalah untuk mematahkan usaha kekejaman. Sementara itu, sekalipun Alkitab memuat banyak praktik hukuman mati, theologi Kristian tetap menolak adanya hukuman mati. Secara umum, alasan penolakan hukuman mati didasarkan atas keyakinan bahawa nilai-nilai kemanusiaan terlalu berharga untuk dilenyapkan dalam sekelip mata.

Apa Kata Alkitab Mengenai Hukuman Mati
     Di dalam Alkitab beberapa perkara yang disentuh berkaitan dengan perkara ini dan
Peraturan yang diputuskan adalah hukuman mati, antaranya adalah:-

a)      Membunuh (Kel. 21:12)
b)      Perbuatan Menculik (Keluaran 21:16
c)      Hubungan seks dengan binatang (Keluaran 22:19)
d)      Berzinah (Imamat 20:10)
e)      Homoseksual (Imamat 20:13)
f)        Menjadi nabi palsu (Ulangan 13:5)
g)      Pelacuran dan pemerkosaan (Ulangan 22:4) [16]

     Ketika orang-orang Farisi seorang wanita pelacur kepada Yesus yang tertangkap basah sewaktu berzinah dan bertanya kepada-Nya apakah wanita itu perlu direjam, Yesus menjawab "Barangsiapa di antara kamu tidak berdosa, hendaklah ia yang pertama melemparkan batu kepada perempuan itu" (Yohanes 8:7). Ini tidak boleh difahami bahawa Yesus menolak hukuman mati dalam segala hal. Yesus hanya mengungkapkan kemunafikan orang-orang Farisi. Orang-orang Farisi ingin mengumpan Yesus untuk melanggar Hukum Perjanjian Lama, mereka sama sekali tidak peduli dengan wanita yang akan direjam itu (di mana laki-laki yang tertangkap basah dalam perzinahan?). Allah adalah yang menetapkan hukuman mati: “Siapa yang menumpahkan darah manusia, darahnya akan tertumpah oleh manusia, sebab Allah membuat manusia itu menurut gambar-Nya sendiri” (Kejadian 9:6). Yesus akan bersetuju hukuman mati dalam perkara-perkara lain. Yesus juga menunjukkan anugerah ketika hukuman mati seharusnya dijatuhkan (Yohanes 8:1-11). Rasul Paulus jelas mengakui kuasa dari pemerintah untuk menjatuhkan hukuman mati ketika diperlukan (Roma 13:1-5).

     Suatu pertanyaan dilontarkan, Adakah Alkitab membenarkan hukuman mat? Jawabannya ialah ‘Ya’, Allah mengizinkan hukuman mati. Namun pada saat yang sama Allah tidak selalunya menuntut hukuman mati. Kalau begitu bagaimana seharusnya pandangan orang Kristian terhadap hukuman mati? Pertama, kita mesti mengingat bahawa Allah telah menetapkan hukuman mati dalam firman-Nya, dan kerana itu adalah sombong bagi kita untuk menganggap bahawa kita dapat menetapkan ukuran yang lebih tinggi dari Dia atau dapat lebih murah hati dari Allah. Allah memiliki ukuran yang paling tinggi dari semua makhluk kerana Dia adalah sempurna adanya. Ukuran ini berlaku bukan hanya untuk kita namun juga untuk diri-Nya. Kerana itu Dia mengasihi secara tak terbatas, dan Dia memiliki belas kasihan yang tak terbatas. Kita juga melihat bahawa murka-Nya tanpa batas, dan semua ini terjaga dengan seimbang.

     Kedua, kita harus mengenali bahawa Allah telah memberi kuasa kepada pemerintah dunia untuk menentukan bila seharusnya hukuman mati dijatuhkan (Kej.9:6, Rm.13:1-7). Adalah tidak Alkitabiah menuntut bahawa Allah menentang hukuman mati dalam segala hal. Orang Kristian tidak boleh bergembira ketika hukuman mati dilaksanakan, namun pada saat yang sama orang Kristian juga tidak seharusnya melawan hak pemerintah untuk menjatuhkan hukuman kepada para pelaku jenayah yang kejam.[17]

Kesimpulan
     Daripada semua bahan dan fakta di atas, apa yang saya dapat simpulkan adalah bahawa hukuman mati telah ada dan ditetapkan oleh Allah sendiri (Kejadian 9:6). Sehingga tidak ada alasan untuk menolak hukuman mati. Dalam sepanjang jalannya hukuman baik itu untuk orang yang bersalah maupun sesungguhnya tidak melakukan kesalahan namun menerima hukuman tersebut, segala sesuatunya tidak lepas dari izin Allah.
     Allah telah memberi hak mutlak bagi pemerintah untuk melakukan kewajibannya dan menegakkan keadilan dalam negara sebagai soal-soal moral dan etika, namun kehendak Allah akan terus berjalan. Rasul Paulus jelas mengakui kuasa dari pemerintah untuk menjatuhkan hukuman mati ketika diperlukan (Roma 13:1-5).
     Allah tidak pernah lali dan lari dari segala tindak-tanduk manusia. Jika bagi orang sekuler, hukuman mati adalah kesan jera, namun dalam Kekristianan itu merupakan perintah Allah dalam usaha-Nya menunjukkan keadilan-Nya namun juga menunjukkan kasih-Nya.
     Kedatangan Kristus dan pengorbanan-Nya menggenapi hukum Taurat namun bukan bererti meniadakan hukum Taurat maupun hukuman mati yang telah ditetapkan-Nya. Verkuyl mengatakan: “sebagimana hukuman mati adalah tanda keadilan Allah yang menghukum, demikian pula kemungkinan grasi (ampun) dan amnesti (maaf) adalah tanda kasih kurnia atau rahmat Tuhan.”[18]


[1] http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukuman_mati
[2] http://id.wikipedia.org/wiki/Hukuman_mati
[3] http://id.wikipedia.org/wiki/Kategori:Metode_eksekusi
[4] http://id.wikipedia.org/wiki/Kategori:Metode_eksekusi

[5]http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelaksanaanhukumanmatimasihlagirelevan/Article/index_html

[6]http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Plaksanaanhukmanmatimasihlagirelevan/Article/index_html
[7] Akhiar Salmi, Eksistensi Hukuman Mati, (Jakarta: Aksara Persada, 1985), hal. 60
[8] Samuel S. Saragih, Hukuman Mati dan Hak Hidup Manusia,  (Jakarta: STT Jaffray, 2007), hal.16
[9] Lili Tjahjadi, Hukum Moral, (Jogjakarta
[10] Norman L. Geisler,  Christian Ethics: Option an Issues, (Appolos: Leicester, 1990) hal. 199-200
[11] Yong Ohoitimur, Teori Etika Tentang Hukuman Mati Legal,  (Jakarta: Gramedia, 1997), hal.33
[12] Norman L. Geisler, Op.cit hal. 194-195
[13] Yong Ohoitimur, Op.cit, hal. 91
[14] Lili Tjahjadi,  Petualangan Intelektual: Konfrantasi Dengan Para Filsuf Dari Zaman Yunani Hingga Zaman Modern, (Jogjakarta: KANISIUS, 2004) hal.288
[15] Ibid, hal. 289
[16] William Barclay, The Daily Bible Study: The Gospel of John Volume II, (Scotland: The Saint Andrew Press, 1975), Hal. 3-4
[18] J. Verkuyl, Etika Kristen,-Ras, Bangsa, Gereja dan Negara, (Jakarta: BPK Gunung Mulia, 1992)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...