11 September 2011

MEDSUSUPU


SEDUTAN TELEMOVIE 
"MEDSUSUPU"


Sinopsis
  Supu adalah seorang Penginjil yang mempunyai kemahiran membuat parang (Medsusupu). Ia menggunakan kemahirannya bagi mendekati penduduk kampung untuk memberitakan Berita Baik, namun ia terpaksa berhadapan dengan karenah seorang pemuda yang sangat nakal bernama “Buhog” dan beberapa orang rakannya yang sering membuat onar di kedua kampung tersebut. Di Samping gangguan oleh anak-anak muda itu, Supu juga mempunyai suatu kesulitan besar dalam meneruskan Berita Baik, di mana ia dibenci oleh seorang Bobolian jahat bernama Tinggur yang memperalatkan ilmu santetnya untuk suatu keuntungan. Supu berusaha mendekati penduduk kampung dengan berbagai cara. Bagaimanakah keadaan Buhog? Bagaimanakah keadaan misi penginjilan Supu dan keadaan Bobolian bernama Tinggur?


   "Medsusupu" diambil dari bahasa Dusun (Ranau-Sabah) yang membawa maksud 'tukang / pembuat parang'. Pengertian ini lebih tepat bagi seseorang pembuat parang yang mengamalkan peralatan tradisional tanpa menggunakan bahan-bahan canggih.


http://www.youtube.com/user/awis72?feature=mhee

2 comments :

Puji Tuhan, satu usaha creative yang bagus untuk memberita injil Tuhan melalaui alam maya. Walaupun kekurangan instrument saya tetap solute kualiti hasil telemovie ini. Terlebih lagi mesej yang disampaikan sangat jelas. Ini akan mengerakan gereja2 Tuhan yang lain untuk bangkit memberitakan kasih Tuhan di akhir zaman ini. Boleh pasarkan VCD/DVD tersebut ke sarawak dan juga ke semenanjung. Tuhan memberkati segala usaha kalian. Tuhan memberkati gereja anda.

anton
Universiti kebangsaan malaysia
selangor

syalom.. terima kasih Anton, walaupun sya x mngenali kmu namun komen kmu mmberkati dn sngt mndorong...doakan kmi...ini adalah telemovie yg kedua dri gereja ini. Sebelum ini sudh diterbit telemovie pertama brtajuk 'tinggorudon'. Kmi sdang berdoa utk menambah peralatan agar dpt hasilkan yg baik.

Post a Comment

Sila Berikan Komen ATAU Sumbangan Artikel/Bahan Anda:-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...