08 December 2014

TERSURAT DARI YANG TERSIRAT!

Peribadi yang saya anti dan tak suka dalam arena politik sebelum ini, kerana hanya melihat luarannya. Setelah menilai dengan hati terbuka dan memahami senario yang berlaku, barulah saya tau siapa peribadi ini..! Saya tidak menilai di mana parti politiknya, tetapi memahami apa INTI dari PERJUANGANNYA!

Anda bersetuju atau tidak, rakyat Negara Sabah & Sarawak sudah dan sedang merasakan perjuangannya! Dia bukan sekadar berjuang masa pilihanraya saja, tidak seperti politikus yang lain hanya hebat masa PRU atau hanya menunggu PRU baru menunjukkan kehebatannya. 

Dia sekarang sudah bergelar "YANG BERHORMAT", sepatutnya jika hal ini lah yang dia inginkan sebagai tujuan politiknya semata-mata, maka dia sudah boleh duduk goyang kaki dan menikmati percutian di Eropah atau jelajah dunia sambil mendagu dan menonton apakah yang akan berlaku kepada Sabah dan Borneo secara keseluruhan.

Untuk mendapat "keuntungan yang lebih", dia boleh tawarkan 'YB' nya kepada komponen BN, supaya asap cerut yang sebelum ini kecil, akan lebih besar dan semerbak wanginya.

Tapi BUKAN itu tujuannya, dia mempunyai strategi tertentu untuk dapatkan gelar YB itu, sebab parti politik sebelum ini TIDAK MAHU atau TIDAK SANGGUP memikul "agenda Perjuangan yang di bawanya", sebab para pemimpin parti itu bertujuan "politik untuk sara hidup dan keluarga". Rakyat Borneo khususnya, sudah dapat menilai apa sebenarnya yang dia perjuangkan dan bahangnya semakin terasa. Para lawan, pengkritiknya tidak mampu berkata apa lagi, kerana mereka tau cakap tapi tidur lebih!

Dia pernah dipaksa untuk membuat pegajian di Penjara Kemunting tanpa diwisudakan untuk suatu gelar tertentu, dia tetap akur dan berjaya melakukannya. Kendatipun olokkan dan sepak terajang pihak lawan dilancarkan kepadanya, dia tidak habis-habis berjuang dan tidak lari dari asas perjuangannya yang pertama. Ternyata apa kritikan terhadapnya selama ini hanyalah "propaganda politik" semata-mata kerana pihak lawan bukan menentang agenda yang dia perjuangkan, tetapi kerana suatu tujuan politik peribadi.

Melalui perjuangan yang dilakukannya, rakyat sudah mulai sedar, bangun dan bangkit menuntut hak yang telah dipertikai selama 51 tahun. Hal yang tidak pernah didedahkan selama ini telah terbongkar kerana dia dan para nasionalis yang lain telah melakukannya untuk rakyat. Sekarang ini telah muncul suatu gelombang kebangkitan rakyat yang sangat besar dan fenomena ini belum pernah berlaku sebelum ini. Teruskan perjuanganmu!

KAMI RAKYAT SABAH & SARAWAK BERJUANG BERSAMAMU!

Terima kasih YB. Datuk Dr. Jeffrey G Kitingan

0 comments :

Post a Comment

Sila Berikan Komen ATAU Sumbangan Artikel/Bahan Anda:-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...