16 February 2015

MISKIN DI BUMI SENDIRI

“Jika Sabah adalah sebuah negara yang merdeka , maka ia akan menjadi pengeluar ketiga terbesar di dunia bagi minyak kelapa sawit"


   S e p a n j a n g  perjalanan merentasi daerah Telupid dan Beluran, pemandangan kami mulai disajikan dengan sebuah pemandangan tumbuhan yang menghijau yang seakan akan sebuah pemandangan hutan belantara hijau di setiap lereng-lereng bukit dan juga tanah rata. Namun demikian, sangkaan kami meleset sama sekali kerana tumbuhan yang subur menghiasi kiri kanan perjalanan kami itu adalah tanaman Kelapa Sawit. Gambaran pemandangan ladang kelapa sawit itu dapat kami gambarkan seperti “jauh perjalanan luas pemandangan”. 



Mungkin bagi kebanyakkan mereka yang sudah pernah menjejakkan kaki ke kawasan pantai timur, keadaan kiri kanan perjalanan yang bermula dari daerah Telupid sehinggalah menuju ke daerah Lahad Datu sudah semestinya telah maklum akan situasi keadaan jalan raya yang masih belum dinaiktarafkan kepada lebuhraya, jalan raya yang masih bertampal, serta terdapat jalan ‘gravel’ yang berlaluan kira-kira beberapa kilometer sepanjang perjalanan hendak menuju ke daerah Lahad Datu. 


   Sepanjang perjalanan dari Telupid ke Beluran, kami sempat mengambil beberapa gambar di ladang kelapa sawit, dan saya difahamkan bahawa kebanyakkan ladang kelapa sawit itu dimiliki oleh syarikat-syarikat gergasi dari seberang tanah semenanjung Malaysia. 

   Kami juga sempat untuk berhenti seketika untuk memerhati keadaan sebuah kilang pemprosesan kelapa sawit sekadar dari kejauhan, kerana kepulan asap hitam yang diterbangkan di sebalik bukit telah menarik minat kami untuk memahami situasi yang berlaku. Jam kira-kira pada masa tersebut menunjukkan jam 4 lebih petang, mungkinkah kilang-kilang pemprosesan kelapa sawit hanya akan mulakan operasi pada waktu lewat petang dan sebelah malam bagi tujuan untuk menyembunyikan kepulan asap hitam tidak ditapis yang dikeluarkan menerusi cerobong asap kilang?

   Berdasarkan perangkaan dan kajian yang telah dibuat, Negara Malaysia merupakan Negara utama di Asia Tenggara yang menjadi penyumbang utama terhadap pencemaran udara. Jerebu yang dihasilkan menerusi pembakaran terbuka bagi proses penananam semula pokok akan menimbulkan masalah kesihatan yang serius kepada pekerja ladang dan orang ramai di seluruh Asia Tenggara. 

   Selain pencemaran udara, pembakaran hutan mengeluarkan CO2 ke atmosfera dan seterusnya menyumbang kepada perubahan iklim. Penggunaan sembarangan racun perosak dan baja boleh mencemarkan permukaan dan air bawah tanah sumber, dan juga tanah, juga secara langsung boleh membunuh spesies bukan sasaran.

   Sikap tamak haloba pengusaha syarikat dari tanah semenanjung Malaysia secara langsung telah meletakkan nyawa rakyat Sabah dalam bahaya. Penanaman kelapa sawit secara berleluasa di Sabah yang memberikan keuntungan berjuta juta ringgit kepada syarikat-syarikat gergasi yang sudah lama bertapak di Sabah. Hilang hak kawalan tanah kepada Kerajaan Negeri Sabah, oleh yang demikian sering kali berlakunya kes rampasan tanah penduduk kampung oleh Syarikat-syarikat dari tanah semenanjung Malaysia. 

   Situasi atau keadaan yang sebenar saya dapat lihat apabila saya dan kawan-kawan sendiri telah berkunjung ke sebuah perkampungan di Tungku yang menyaksikan orang-orang asal Bangsa Borneo kita sendiri yang berbangsa Dusun telah menjadi hamba atau kuli di tanah sendiri. Deretan rumah-rumah penduduk di kiri kanan jalan sepanjang kawasan estet berkeadaan daif. 


   Saya mulai membuat analisis yang mendalam terhadap situasi kehidupan yang berlaku antara kawasan Pantai Barat dan Pantai Timur Sabah. Kurangnya pendedahan dan perkongsian sebenar terhadap situasi seharian yang melanda orang-orang asal Sabah di kawasan Pantai Timur. Tidak ada pendedahan ekslusif untuk dikongsikan kepada dunia luar. Situasi masyarakat seakan akan sengaja disembunyikan dari pengetahuan luar. Saya percaya bahawa jika Sabah adalah sebuah negara yang merdeka, maka ia akan menjadi pengeluar ketiga terbesar di dunia bagi minyak sawit. Timur Sabah telah dikenal pasti sebagai lokasi yang sangat baik untuk kelapa sawit, khususnya di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan. Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pada tahun 2009, Sabah mempunyai kawasan terbesar penanaman kelapa sawit daripada mana-mana negeri, pada 1.36 juta hektar daripada jumlah keseluruhan negara daripada 4.69 juta hektar (ha).

   Penanaman komersil kelapa sawit di Malaysia bermula pada tahun 1917. Skala besar penanaman hanya bermula pada tahun 1960-an berikutan kepelbagaian tanaman strategi teras Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap getah. Getah pada masa itu adalah salah satu dari dua rukun ekonomi Malaysia.

   Pada tahun 2001 sahaja kawasan penanaman kelapa sawit telah dikenal pasti iaitu, 59.9 % atau 2.096.856 hektar berada di Semenanjung Malaysia, 29.4 % atau 1.027.329 hektar di Sabah dan 10.7 % atau 374.828 hektar di Sarawak.

   Dekad yang lalu telah menyaksikan pengembangan yang pesat di kawasan tanaman di Sabah dan Sarawak; manakala penanaman di Semenanjung Malaysia telah berkurangan kerana ketersediaan berkurangan tanah baru untuk tanaman.

   Penyiapan lebuhraya Tawau - Kalabakan pada tahun 2000 meningkatkan nilai ladang kelapa sawit di sepanjang lebuh raya baru di barat Tawau. Kelapa sawit adalah tanaman emas di Sabah dan tulang belakang ekonomi utama Negara Malaysia. Urus niaga untuk ladang kelapa sawit di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu merupakan yang paling aktif di Sabah. 

   Tanah gunung berapi di sekitar Tawau yang ideal bagi koko yang merupakan tanaman tunai pertama Tawau. Dengan penurunan harga koko di pasaran estet koko antarabangsa telah berubah kepada minyak sawit dan hari ini persekitaran Tawau yang agak seragam menyeluruh dengan pemandangan ladang kelapa sawit sejauh mata boleh mencapai.

   Adakah selama ini rakyat Sabah dan pemimpin-pemimpin itu sendiri telah memilih untuk terus menerus diperbodohkan oleh mereka? Apakah yang akan terjadi kepada anak cucu dan generasi Sabah akan datang, setelah semua tanah habis dirampas, orang-orang asing mulai berkedudukan tinggi sebaliknya orang-orang asal Sabah ditindas dan hak-hak kita dimansuhkan. Penghapusan senyap yang dilakukan oleh mereka harus disedari ataupun mungkin kelak sudah terlambat sama sekali.

******************************************************************************************
NOTA KAKI

Anggaran Hasil Negeri Sabah 2013

  Hasil Negeri Sabah dianggarkan berjumlah RM3.828 bilion pada tahun 2013 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 3.73 peratus dibandingkan dengan anggaran asal tahun ini berjumlah RM3.690 bilion. Dengan mengambilkira bahawa hasil purata Negeri Sabah bagi tempoh tiga tahun yang lalu (2009-2011) yang berjumlah dalam lingkungan RM3.8 bilion setahun, maka Kerajaan Barisan Nasional Negeri yakin bahawa sasaran kutipan hasil yang ditetapkan pada tahun hadapan adalah munasabah. Oleh yang demikian, Kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan cukai baru atau meningkatkan kadar cukai sedia ada. 

  Berdasarkan prestasi kutipan hasil negeri setakat ini, anggaran hasil disemak bagi tahun 2012 dijangka mencapai RM4.022 bilion iaitu meningkat sebanyak 8.97 peratus berbanding anggaran asal. Royalti Petroleum yang merupakan salah satu sumber utama hasil negeri telah merekodkan penerimaan berjumlah RM941.25 juta berbanding anggaran asal berjumlah RM774.6 juta. Di samping itu, beberapa sumber hasil yang dijangkakan dapat menyumbang lebih daripada anggaran asal termasuklah Cukai Jualan, Hasil Tanah, Terimaan Daripada Pejabat-pejabat Daerah dan Pemberian daripada Kerajaan Persekutuan. Sekiranya keadaan seperti ini berterusan ke tahun hadapan maka kerajaan berkeyakinan penuh bahawa Kerajaan Negeri akan terus menikmati kutipan hasil negeri pada tahap RM4 bilion. 

  Hasil Negeri Sabah diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Hasil Cukai dijangka menyumbang sebanyak RM1.225 bilion atau 32 peratus. Sumber utama dalam kategori ini ialah Cukai Jualan atas Minyak Sawit Mentah yang dijangka menyumbang sebanyak RM1.05 bilion atau 27.43 peratus daripada jumlah keseluruhan hasil negeri pada tahun 2013. Hasil Bukan Cukai dianggarkan berjumlah sebanyak RM2.26 bilion atau 59 peratus. Dua penyumbang utama dalam kategori ini ialah Royalti Petroleum dengan anggaran sebanyak RM1 bilion atau 26.2 peratus serta Faedah dan Perolehan dari Pelaburan sebanyak RM691.56 juta atau 18.06 peratus daripada jumlah hasil. Selebihnya sebanyak RM343.28 juta atau 9 peratus lagi adalah dari kategori Terimaan Bukan Hasil yang sebahagian besarnya adalah Pemberian dan Sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan. 

  Sejak tahun 2008, penyumbang utama kepada hasil negeri Sabah adalah Cukai Jualan atas Minyak Kelapa Sawit dan Royalti Petroleum yang mana kedua-dua sumber ini dijangka menyumbang sebanyak 51.33 peratus pada tahun ini dan 53.63 peratus daripada jumlah hasil pada tahun hadapan. Usaha Kerajaan Negeri memberi lebih fokus dalam pengurusan pelaburan agar tidak terlalu bergantung kepada kedua-dua sumber tersebut, sedikit sebanyak telah membuahkan hasil. Ini terbukti dengan kutipan hasil sebanyak RM928.03 juta pada tahun 2011 melalui "Faedah dan Perolehan dari Pelaburan". Untuk tahun ini pula, hasil melalui sumber ini dijangkakan dalam lingkungan RM820 juta diikuti dengan anggaran sebanyak RM691.56 juta pada tahun hadapan.

Sumber: Ucapan Bajet Negeri Sabah 2013
Reactions:

0 comments :

Post a Comment

Sila Berikan Komen ATAU Sumbangan Artikel/Bahan Anda:-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...