Tulisan ini tidak bermaksud membawa pembaca kepada suatu sikap menilai dan menghakimi orang lain, melainkan memberikan suatu pemahaman tentang keadaan orang lain yang kiranya bermanfaat dalam berkomunikasi dan di dalam membimbing orang lain. Tulisan ini juga tidak bermaksud untuk mendorong kita pada usaha untuk mengubah orang lain, tetapi bagaimana memahaminya.
Pengertian
Kepribadian atau “personality” merupakan sifat dan tingkah laku yang membezakannya dengan orang lain. Keperibadian seseorang dibentuk dan terbentuk oleh faktor internal dan eksternal. G.W All port (1897) yang menyelesaikan Ph.D-nya di bidang Psikologi pada tahun 1922 di Harvard University, mengemukakan bahwa, “personality is the dynamic organization within the individual those psychological system that determine his unique adjustment to his environtment.” (Kepribadian adalah organisasi dinamik yang ada pada seseorang di dalam suatu sistem kejiwaan yang menentukan keunikan penyesuaian dengan lingkungannya).
Dari pemahaman tersebut kita dapat melihat bahawa kepribadian itu adalah suatu organisasi yang tersusun dari banyak unsur yang saling ketergantungan. Ketergantungan ini mempunyai sistem pengaturan dalam hubungan fungsional. Sistem pengaturan inilah membuat keperibadian itu menjadi kesatupaduan pola-pola pengaturan tingkah laku.
Kemudian dikatakan bahwa keperibadian itu bersifat dinamis. Bererti, keperibadian itu adalah sesuatu yang berubah dan berkembang membentuk suatu sikap dan tindakan tertentu. Perubahan ini sesuai dengan waktu dan pengalaman yang dilaluinya. Dari sini kita boleh memahami mengapa seseorang boleh berubah, misalnya dari seorang yang tadinya berpendirian teguh menjadi seorang yang mampu berubah-ubah. Boleh saja hal ini terjadi jika pada saat ia berpendirian teguh, maka pengalaman pahitnya yang diterimanya. Dan itu terjadi berulang-ulang. Atau, boleh sebaliknya, orang yang tadinya berubah-ubah menjadi seorang yang teguh pendiriannya. Kerana ia belajar bahawa kalau bersikap berubah-ubah maka ia akan mengalami kesulitan. Lalu ia pun mengubah sikapnya.
Dari definisi Allport tentang keperibadian, ia menyebut sistem kejiwaan. Jadi, aspek jasmani dan rohani saling bertautan dalam satu sistem. Selain itu, keperibadian itu terikat dengan lingkungan. Setiap individu mempunyai ciri khasnya di dalam berinteraksi dengan lingkungan. Dengan demikian, keperibadian itu bila didefinisikan adalah sebagai pola tingkah laku yang khas bagi seseorang yang menyebabkan orang itu dapat dikenali dari perilakunya. Dan oleh kerana itu, tidak mungkin ada dua orang yang sama. “Serupa, namun tidak sama”.
Sering kali orang menyamakan antara temperamen, watak dan keperibadian. Namun, Dr. Tim La Haye dalam bukunya “Temperamen Anda Dapat Diubah” (Diterjemahkan dari dari buku Spirit Controlled Temperament), memberikan perbezaan di antara ketiganya. Ia mengatakan bahawa temperamen merupakan gabungan dari ciri-ciri pembawaan yang secara tidak sedar mempengaruhi tingkah laku seseorang. Ciri-ciri ini diturunkan berdasarkan bangsa, suku (orang Cina berbeza dengan orang Melayu), seks (beza antara lelaki dan wanita) dan faktor- faktor keturunan lain. Ciri-ciri ini diteruskan oleh gen (plasma pembawa sifat). Beberapa ahli ilmu jiwa mengemukakan bahawa kita lebih banyak mendapat gen datuk dan nenek kita daripada gen orang tua kita. Hal ini nyata pada beberapa anak yang lebih mirip dengan datuk atau nenek daripada kedua orang tuanya. Ciri-ciri temperamen itu tidak dapat ditentukan lebih dahulu, sama seperti mata, rambut dan ukuran tubuh.
Watak seseorang menyatakan keadaan yang sebenarnya. Barangkali inilah yang disebut sebagai “manusia batiniah yang tersembunyi” (1Petrus 3:4) Watak adalah hasil dari temperamen pembawaan seseorang yang dibentuk oleh pendidikan pada masa kanak-kanak, pendidikan di sekolah, sikap dasar, agama, prinsip-prinsip dan motivasi. Kadang-kadang watak itu disebut sebagai “jiwa” manusia yang terdiri atas fikiran, emosi dan kehendak.
Sedangkan keperibadian, menurut La Haye, adalah ekspresi yang keluar dari diri kita, yang mungkin sama dengan watak kita atau mungkin juga tidak, bergantung pada ketulusan kita. Sering kali keperibadian itu merupakan suatu topeng yang baik dari watak yang buruk atau yang lemah. Ramai orang bertindak berdasarkan apa yang menurut fikirannya patut dilakukan, bukan berdasarkan keadaan dirinya yang sebenarnya. Inilah rumus dari kekeliruan mental dan rohani. Hal ini terjadi bila seseorang mengikuti rumus-rumus manusia tentang tingkah laku yang baik itu, maka akibatnya ialah kekacauan mental dan rohani.
Tipe Keperibadian
Di dalam bidang kedoktoran pada zaman Yunani kuno, Hippocrates telah melakukan suatu usaha penelitian di dalam tipologi keperibadian. Ia menyimpulkan bahawa temperamen (darah, flegma, empedu hitam, empedu kuning) berhubungan dengan keperibadian yang mudah terserang berbagai macam penyakit. Ia menyatakan bahawa mereka yang pendek dan gempal mudah terserang apoplexy dan mereka yang tinggi dan kurus mudah terserang penyakit tuberclosis. Kecuali Galen (130-200 AD) membahagi tipe keperibadian itu berdasarkan temperamen tersebut menjadi:
1. Sanguine – tipe yang cergas, bersemangat.
Sekali pun pembahagian tipe keperibadian ini dinilai tidak ilmiah, namun istilah-istilah tersebut masih dipakai hingga hari ini. Kemudian Ernst Kretschmer (1888-1964) dalam bukunya “Physique and Character” membahagi keperibadian atau tempramen atas 4 tipe:
3. Tipe piknik.
4. Tipe displastik.
b. Mesontorphy.
c. Ectomorphy.
Pada tahun 1971, C.G. Jung menulis sebuah buku yang berjudul “Psychological Types”. Ia membahagi keperibadian itu atas introvert dan extrovert. Kedua tipe itu ditandai dengan sikap seseorang terhadap objek. Seorang yang introvert pada dasarnya selalu ingin melarikan diri dari objek, seakan-akan objek itu harus dicegah agar tidak menguasainya.
1. Tipe pemikir ekstrovert.
2. Tipe perasa ekstrovert.
3. Tipe sensasi ekstrovert.
4. Tipe intuitif ekstrovert.
5. Tipe pemikir introvert.
6. Tipe perasa introvert.
7. Tipe sensasi introvert.
8. Tipe intuitif introvert.
Pembahagian Jung ini disempurnakan lebih lanjut oleh Isabel Briggs Myers dalam bukunya “Gifts Differing”. Dia membahagi ke 8 tipe Jung menjadi dua sub tipe yang berkaitan dengan penilaian dan pemahaman. Dialah yang menemukan tipe Myers-Briggs yang merupakan indikator terhadap pengukuran preferensi keperibadian, kapasiti dan keterbatasannya. Ia yakin bahawa setiap sub tipe itu mempunyai kekuatan. Hal ini sangat menolong kita sebagai pelayan. Suatu pendekatan yang baru terhadap analisa tingkah laku dari tipe keperibadian ini terdapat dalam “The Diagnostic and Statistical Manual III”, yang menghuraikan 11 gangguan keperibadian yang di kelompokkan dalam tiga bahagian:
Kelompok A: Orang-orang aneh dan eksentrik.
a. Paranoid:
b. Schzoid:
c. Schizotypal:
a. Anti-sosial:
b. Borderline:
c. Histronie:
d. Narcisstic:
a. Avoidant:
b. Dependent:
c. Obsessive-compulsive:
d. Passive-aggressive:
Tipe-tipe Kepribadian Berdasarkan Temperamen
Lagi pula, pembahagian temperamen seperti yang diusulkan oleh Galen itu tidak bermaksud bahawa setiap orang ditandai dengan satu temperamen, tetapi di dalam diri seseorang boleh terdiri atas beberapa jenis tempramen. Memang, ada satu jenis temperamen yang menonjol.
Catatan lain yang perlu diperhatikan di dalam memahami orang lain lewat perbezaan temperamen itu, bahawa ada orang yang sebenarnya mempunyai temperamen choleric, tetapi dalam perjalanan waktu dan pengalamannya, boleh berubah menjadi seorang yang phlegmatic sehingga penilaian dan penetuan itu boleh meleset.
Choleric
Seorang yang disebut choleric biasanya ditandai dengan semangatnya yang berapi-api, cekatan, aktif, mempunyai kemahuan keras, mampu untuk mandiri dan berfikir praktis. Ia selalu puas dengan dirinya sendiri, tanpa harus ditentukan orang lain. Ia tidak perlu diajar berfikir positif, sebab ia mudah menanggapi segala sesuatu itu positif. Sikapnya optimis. Di kala semua orang telah menyerah diri kepada keadaan, orang choleric tetap memandang kepada masa depan yang penuh harapan. Bagi dia tidak ada langkah menyerah. Hal ini berhubungan dengan sikapnya yang berani, tidak kenal takut.
Kerana itu orang choleric hampir tidak menemui kesulitan untuk ‘memimpin’. Potensi itu sangat besar di dalam dia. Dialah yang sering menyulut massa (agitator). Ia juga dikenal sebagai ‘pengarah’ yang bijaksana, kerana ia tidak mengalami kesulitan untuk mengambil keputusan sendiri.
Namun di balik semua kemampuanya itu, ia juga seorang yang kejam, sadis, kasar, tidak sensitif atau kurang mengerti perasaan orang lain. Kemungkinan satu hal yang sulit bagi dia adalah mengasihi orang lain. Kerana bagi dia, orang lain hanya alat untuk mencapai segala tujuan. Ia selalu melihat dirinya sebagai pusat aktivitinya dan orang lain harus menyokong tujuan-tujuan dan rencana-rencananya. Ia tidak akan berurusan dengan mereka yang tidak menyokongnya. Tugas dan projeknya adalah pusat perhatiannya, kerana itu ia bukanlah seorang yang mudah bergembira. Sebegitu aktif dan “rajin”nya orang ini, sehingga sulit baginya untuk menyediakan waktu untuk bersaat teduh (membaca Alkitab, berdoa, memuji dan menyembah Tuhan dalam waktu-waktu khusus).
Orang sanguine berbeza dengan choleric. Ia mampu membuat suasana menjadi hangat. Ia terkesan tidak memikirkan hari esok. Hari ini adalah hari yang berbahagia, hari esok lain urusannya. Ia begitu ramah dengan semua orang, simpatik, lemah lembut dan punya perhatian yang besar terhadap orang lain. Oleh sebab itu ia sangat disenangi orang, apalagi ia termasuk orang yang tidak pernah kehabisan kata-kata, ia dapat memukau orang banyak dengan cerita-ceritanya yang menarik. Ia manusia yang tak pernah bosan dengan hidup ini.
Sayangnya, orang sanguine memiliki emosi yang tidak stabil. Ia boleh jatuh cinta dengan seorang hari ini, kemudian dengan seorang lagi pada hari yang lain ‘playboy’. Pendiriannya tidak tegas, dan kerana itu ia tidak segan-segan untuk berbohong. Kerana senang dengan memukau orang, sehinggakan sebuah fakta dilebih-lebihkan. Pintar membuat sensasi. Kalau orang sanguine melihat basikal berlanggar dengan basikal, ia akan menceritakannya seakan-akan kapal terbang berlanggar dengan kapal terbang. Sifat keanak-anakannya sangat menonjol, dan suka mendominasi perbualan.
Kelemahan lain yang dimiliki orang sanguin adalah tidak disiplin. Terlalu banyak waktu yang dibuangnya, sehingga banyak pekerjaan yang tidak selesai. Tidak teratur, kerana ia mudah beralih perhatian kepada hal-hal yang tidak menjadi keutamaan. Ia tidak terdesak dengan ‘target’ waktu. Tidak hairanlah kalau orang jenis ini selalu datang lambat dan tidak menepati waktu. Ia boleh memasuki sebuah mesyuarat dalam keadaan tenang tanpa merasa “bersalah”, ‘make don’t know’ saja.
Melancholic
Melancholic terkenal sebagai manusia sensitif. Jika orang choleric tidak suka dengan hal-hal yang kecil, melancholic jauh berbeza dengannya. Ia terlalu sibuk dengan hal-hal kecil, di mana kadangkala tidak sepatutnya untuk difikirkan. Ia adalah orang yang sulit mengambil keputusan. Seorang wanita yang melancholic akan sulit memberikan respon kepada seorang lelaki yang menyatakan cinta kepadanya. Ia mampu untuk memikirkannya sehingga bertahun-tahun untuk membuat keputusan.
Ia adalah seorang yang berfikir dalam dan analisis. Ia sangat menghargai karya-karya muzik, sastera, seni. Dalam pekerjaan, ia selalu melakukan yang terbaik. Ia tidak akan menerima suatu tanggungjawab apabila yang lain belum juga ia selesaikan. Kalau seorang choleric, yang penting banyak pekerjaan, bagi melancholic, yang penting selesai dengan sempurna ‘terarah’ pada sikap ‘perfectionist’.
Akan tetapi, berbeza dengan choleric, ia adalah seorang yang pesimis dan selalu melihat segala sesuatu dari sisi negatif. Orang mengenal dia sebagai Si Pemurung. Setiap hari dilewatinya hanya dengan memikirkan dirinya sendiri. Ia terlalu khuatir akan kehidupannya, dengan demikian ia mudah stress dan depresi.
Terhadap orang lain ia sering mengkritik, kalau ia melihat ada sesuatu yang tidak sesuai dengan keinginannya. Selalu curiga pada hal-hal yang baru, termasuk pada orang lain. Kerana itu ia sulit mendapat kawan. Ia terlalu idealis dan teoritis. Kerana terlalu banyak pertimbangan, akibatnya untuk mengambil keputusan pun sulit.
Phlegmatic
Tenang, damai dan baik hati adalah ciri khas orang phlegmatic. Orangnya adalah yang paling stabil di antara semua temperamen. Ia seorang yang setia, pendengar yang baik dan boleh mempunyai humor yang menyenangkan. Ia bekerja tanpa adanya suatu tekanan, rapi dan tetap teguh dalam mempertahankan apa yang telah menjadi peraturan. Ia sangat berhati-hati di dalam mengambil tindakan.
Cuma, orang akan merasa kesal dengan orang phlegmatic. Ia adalah orang yang sulit bergerak. Pasif adalah ciri khas orang ini. Di saat semua orang panik, ia tenang. Ia kurang percaya pada dirinya sendiri. Dan yang lebih menjengkelkan lagi ialah sikapnya yang suka kompromi.
Dalam kegiatan bersama, ia lebih memilih untuk abstain daripada terlibat dalam suatu urusan. Ia tidak begitu antusias dalam segala hal. Kalau semua orang tertawa, ia tidak. Malahan ia sinis, dan suka mengejek. Acuh tak acuh, dan merasa dirinya lebih benar dari orang lain. Sebenarnya ia seorang pemalas dan sukar didorong. Sikapnya sangat tertutup, penakut dan terlalu berhati-hati.