Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

Showing posts with label sabah sarawak keluar malaysia. Show all posts
Showing posts with label sabah sarawak keluar malaysia. Show all posts

01 November 2015

40% Rakyat Sabah Mahu Keluar Dari Gabungan Persekutuan Malaysia

Benarkah Pilihan Raya Umum Malaysia
Adalah Jalan Penyelesaian Masalah Sabah?

   Ramai rakyat Sabah yang sepintas lalu agak terkilan dan membantah bila melihat peratusan yang dibuat seperti gambarajah di atas. Bantahan ini sudah pasti berlaku pertindihan cara fikir kerana yang pastinya pemikiran rakyat Sabah memang terbahagi kepada golongan-golongan seperti yang disenaraikan. Golongan membantah pastinya berada di dalam golongan 30%, 15% dan 10% kerana mengambil kira kepentingan Malaysia dan memikirkan banyak faktor tentang kemampuan Sabah untuk berdiri sendiri.

   Isu Sabah dan Sarawak mahu keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia bukanlah satu isu yang baru. Hal ini sudah lama berlaku. Sekitar tahun 1962, banyak parti-parti politik tempatan tumbuh bagai cendawan yang mewakili golongan masyarakat tertentu kerana isu yang timbul dan panas pada masa itu adalah 'Pembentukan Persekutuan Malaysia" yang mana akan melibatkan negara Sabah. Parti-parti politik tempatan tersebut muncul kerana ingin membantah pembentukan tersebut dan tidak mahu Sabah terlibat, kerana rakyat Sabah mahukan kemerdekaan di tangan British pada ketika itu.

   Akhirnya pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia berjaya juga dibentuk kerana usaha keras dari Tunku Abdul Rahman memujuk pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak dengan pelbagai cara, termasuklah membawa beberapa pemimpin Sabah memperlihatkan kemajuan di tanah Malaya dan dan Sabah dijanjikan bahawa itu akan berlaku di Sabah. Namun apa yang dapat dilihat pada masa kini, sudah 52 tahun Sabah berada di dalam Persekutuan Malaysia namun keadaan isnfrastruktur Sabah sangat jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri dalam jajahan Tanah Melayu. Walhal Sabah mempunyai banyak sumber kekayaan bumi dan boleh menjadi antara negara terkaya di dunia sekiranya tidak menyertai pembentukan Malaysia akibat tipu daya pemimpin Malaya.

   Saban hari keadaan politik di Malaysia semakin merunsingkan dan Malaysia dipermalukan di mata dunia. Daripada lima orang Perdana Menteri Malaysia yang pernah ada, era kepemimpinan Najib Razak lah yang paling buruk terjadi kepada Malaysia. Di mana rakyat terbellenggu dengan kemerosotan ekonomi
dan kejatuhan nilai ringgit yang amat teruk. Hutang negara semakin hari meningkat. GST diperkenalkan dengan tujuan memungut cukai dipelbagai peringkat yang sebenarnya setiap rakyat membayar tidak kurang RM19.90 setiap hari dan melalui BR1M kadar pemberiannya kepada rakyat kononnya dinaikkan dalam belanjawan 2016, jika diteliti kerajaan hanya memberikan nilai pulangan kepada rakyat hanya dalam beberapa sen sahaja.

  Akibat kemelut dan masalah yang berlaku pada Malaysia, rakyat Sabah dan Sarawak sudah ditahap hilang sabar. Ini ditambah lagi dengan sikap beberapa pemimpin Melayu Umno yang bersikap provokasi, diskriminasi terhadap agama dan bangsa, hanya mementingkan bangsa Melayu dan hampir setiap hari rakyat disodorkan dengan berita-berita yang kelihatannya bodoh seperti kenyataan Ahmad Maslan, Rahman Dahlan, Salleh Said Kuruak termasuk perdana menteri sendiri. Perkara yang jelas terjadi, rakyat yang bersuara tentang hak-asasi, kebenaran dan demokrasi dilabelkan sebagai pengkhianat negara dan akan dikenakan tindakan undang-undang, malah akan dibunuh dengan pelbagai cara. Tetapi menteri-menteri serta kroni-kroni kerajaan yang didapati dengan jelas melakukan kesalahan, kesnya ditangguhkan dengan begitu lama di mahkamah sehinggalah kes tersebut diabaikan atau dilupakan.

   Satu kumpulan suara rakyat Sabah dan Sarawak dalam laman web sosial Facebook yang dinamakan 'Sabah Sarawak Keluar Malaysia' (SSKM) yang tertubuh sejak 9hb. Ogos 2011 cuba untuk memberikan dan menyebarkan info-info berkaitan Sejarah yang benar bagi Negara Sabah dan Sarawak. Sebab apa yang dipelajari oleh masyarakat Malaysia selama ini dalam pendidikan Malaysia, khususnya mata pelajaran Sejarah semua kandungannya telah dimanipulasi dan
banyak penipuan yang dilakukan. Menyedari hal ini, pihak SSKM gabungan anak-anak muda Sabah dan Sarawak telah berusaha dengan sedaya-upaya memberikan kesedaran kepada rakyat. Sejak tahun 2011 hingga 2012, jumlah ahli kumpulan facebook itu sudah mencapai 20 ribu pengikut. Tetapi kesilapan telah berlaku, di mana akaun kumpulan ini digodam sehinggalah group tersebut ditutup. Dengan tidak berputus asa, sekali lagi kumpulan ini membuat akaun baru dengan nama yang sama dan sehingga pada hari ini 01hb. November 2015 ahli kumpulan SSKM ini berjumlah 22,571 orang.

     Daripada jumlah 22,571 orang ahli, dapat disimpulkan bahawa 85% ahli dalam kumpulan ini sangat bersetuju agar Sabah dan Sarawak keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia. Kumpulan SSKM ini juga membuat satu petisyen online yang mempunyai hubungan dengan perundangan antarabangsa untuk memungut tandatangan rakyat bagi persetujuan agar kedudukan Sabah dan Sarawak disemak semula dan akan mengambil satu kaedah baru melalui Perjanjian Malaysia 1963, samada mahu kekal dalam gabungan Persekutuan Malaysia atau Sabah dan Sarawak akan keluar untuk menjadi sebuah negara yang berdaulat.

   Melalui pungutan suara rakyat mengenai isu Sabah dan Sarawak keluar Malaysia, ada beberapa perkara yang perlu dilihat bagi membuktikan bahawa rakyat Borneo pada masa kini ingin keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia. Jika dalam masa terdekat ini ada peluang atau akan diadakan satu pungutan suara (referendum) untuk menentukan bahawa rakyat mahu Sabah khususnya mahu keluar atau tidak dari gabungan Malaysia, pastinya 65% atau lebih rakyat Sabah akan memilih untuk keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia.

  • Dalam kumpulan facebook SSKM, tidak dapat disangkal lagi bahawa 85% daripada ahlinya yang sehingga kini berjumlah 22,571 orang mahukan Sabah dan Sarawak keluar Malaysia.

  • Satu laman web khusus sebagai tempat mendapatkan info-info yang bernas dan benar mengenai isu Sabah dan Sarawak serta fakta-fakta sejarahnya iaitu http://www.sabahsarawakmerdeka.com  m e m b u a t  satu pungutan undian khas, samada rakyat bersetuju atau tidak agar Sabah dan Sarawak keluar Malaysia, dengan mengambil jumlah 200 orang pengundi yang memberikan respon bagi perkara itu, 89% daripadanya bersetuju bahawa Sabah dan Sarawak keluar dari gabungan Malaysia.

  • Satu lagi laman web rasmi yang dibuat untuk menarik reaksi rakyat tentang perkara ini adalah adalah laman web rasmi 'Sabah Sarawak Union - United Kingdom (SSU-UK)', iaitu pertubuhan NGO yang didaftarkan khas di negara United Kingdom. Keputusan undian menunjukkan bahawa 96% bersetujua agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Lihat: http://www.ssuuk.com menunjukkan bahawa 3 soalan yang diminta; a) Kekal di dalam Malaysia 3%, b) Berpisah dari Malaysia 96%, dan c) Tidak dapat buat kata putus 2%. 

  • Laman Web Free Malaysia Today (FMT) mengeluarkan satu artikel khas mengenai perkara ini, di mana kajian-kajian dari pihak tertentu menunjukkan bahawa 97% rakyat Sabah dan Sarawak mahu keluar dari gabungan Malaysia. Kenyataan ini menyatakan bahawa ramai rakyat Borneo yang bersetuju negara dari Borneo itu mahu keluar walaupun dinafikan oleh banyak pihak.

  • Berikutnya adalah laman web tulisan daripada blogger Malaya yang memberikan ulasan mengenai kaji selidik rakyat Sabah dan Sarawak tentang isu bagi keluar dari gabungan Malaysia. Menurut tulisan dan rumusan yang dibuat oleh blogger ini bahawa 70% rakyat di Borneo ini mahu menuntut kemerdekaan dan seterusnya keluar dari gabungan Malaysia. (http://gajahmenta.blogspot.my/2014/08/malaysia-timur-akan-keluar-malaysia.html)

  • Laman web 'The Malaysia Insider' juga membuat kenyataan bahawa 72% rakyat Sabah dan Sarawak mahu keluar dari gabungan Malaysia bagi menyelesaikan ketidakpuashatian rakyat di kedua tempat ini
   Banyak lagi artikel yang berkaitan tentang undian atau mengambil kata putus dari rakyat samada Sabah dan Sarawak mahu keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia, rata-rata rakyat mengatakan bersetuju atau jika ada peluang semuanya menjawab 'YA SETUJU'. Terdapat juga posting-posting di dalam laman Facebook atau Tweeter mengenai perkara ini dan secara bergurau atau serius membuat pertanyaan "Siapa setuju Sabah dan Sarawak Keluar dari gabungan Malaysia, sila jawab A atau B". Melalui tanya jawab ini saja pun menunjukkan bahawa daripada jawaban yang diperolehi hampir 90% rakyat menjawab 'A'.

  Satu petisyen yang dibuat dan sedang rancak berjalan pada masa kini (2015), ialah "GoPetition - Changing The World" (Call for Sabah Sarawak Rights), di mana satu ruang untuk rakyat Sabah dan Sarawak serta masyarakat global menurunkan tandatangan secara online dengan bersetuju bahawa Sabah menuntut hak-hak yang dimanipulasi dan menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyamar dan berselindung dengan nama "MALAYSIA" sebenarnya telah menjajah Sabah dan Sarawak. Dalam petisyen ini setakat bulan November 2015, sebanyak 62890 jumlah tandatangan yang diperolehi dan dapat diambil satu rumusan bahawa 80% daripada mereka yang telah menurunkan tandatangan mereka di sini adalah bersetuju bahawa Sabah dan Sarawak mahu keluar dari Gabungan Persekutuan Malaysia.

   Melalui peratusan gambarajah di atas menunjukkan bahawa peratusan ini hampir tepat untuk menunjukkan bahawa 40% rakyat Sabah khususnya, mahu keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia atau dengan kata lain rakyat Sabah mahu keluar dari bellenggu penjajahan kuasa Malaya yang telah mencengkam Sabah selama 52 tahun. Kesedaran rakyat semakin hari semakin meningkat mengenai penipuan pemimpin-pemimpin Malaya sejak tahun 1963 melalui buku-buku teks, risalah-risalah pemerintah, media massa dan semua saluran rasmi untuk memanipulasi semua perkara berkaitan Sabah dan Sarawak.

   Golongan rakyat Sabah bagi 30%, 15% dan 10% adalah mahu kekal di dalam Malaysia tetapi semua perkara diselesaikan melalui politik, iaitu dengan cara Pilihan Raya Umum Malaysia. Golongan ini kebanyakkannya adalah ahli fikir yang mempertimbangkan banyak perkara. Bagi ahli-ahli politik pro parti Malaya, mereka tentunya mahu bertahan kerana suatu peluang yang diperolehi melalui
cara politik. Ahli-ahli politik pro parti tempatan pula yang mahu kekal di dalam Malaysia adalah mereka yang mahu memperjuangkan pelaksanaan kuasa autonomi penuh kepada Sabah yang sepatutnya sudah dilaksanakan sejak tahun 1963. Bagi golongan 5%, iaitu rakyat yang tidak suka dengan gaya berpolitik individu yang sentiasa korup, menipu dan mementingkan diri sendiri. Oleh itu mereka malas untuk mengambil tahu dan terlibat dengan apa-apa juga yang berkaitan dengan politik.

   Setakat ini, belum ada suatu kajian yang rasional menunjukkan bahawa rakyat Sabah khususnya membantah dengan peratusan tinggi 70%-100% bahawa Sabah akan bertahan di dalam gabungan Persekutuan Malaysia. Yang pasti semakin hari rakyat Sabah mulai sedar dan bangkit bahawa akan tiba masanya Sabah akan berdiri sebagai sebuah Negara berdaulat dan secara perlahan-lahan peluang dicari untuk merealisasikan impian seluruh rakyat Sabah.

   Sabah sepatutnya dan sangat wajar lebih maju daripada Kuala Lumpur, bandar Selangor, bandar Johor dan negeri-negeri lain kerana memiliki aset kekayaan yang sangat banyak. Tetapi sebaliknya, sehingga kini Sabah adalah negeri yang diiktiraf dalam Malaysia sebagai "Negeri yang termiskin". Siapa pun anda yang telah membaca artikel ini, pendedahan info sejarah dan manipulasi kebenaran mengenai Negara Sabah jelas dan boleh diperolehi. Jika anda seorang rakyat Sabah, anda mungkin akan membantah Sabah keluar dari Malaysia kerana; 1) Anda mempunyai agenda peribadi dalam politik bagi suatu keuntungan dan peluang, 2) Anda tidak pernah mengambil tahu atau membaca fakta-fakta yang didedahkan, 3) Anda berada di dalam golongan 5% dalam graf di atas. Sudah tiba masanya kita memberikan peluang kepada rakyat Sabah sendiri mentadbir dan memajukan Negara Sabah dan akan berdiri sebagai sebuah negara di antara yang terkaya di dunia.
YB.Dtk Dr. Jeffrey Kitingan satu-satunya pemimpin yang memegang prinsip perjuangannya, iaitu memperjuangkan Borneonisasi. Walaupun mengalami pelbagai serangan dari musuh-musuh politiknya, ia tetap meneruskan agenda perjuangannya sehingga kini.
 Pengakuan fakta sejarah mengenai Sabah dan Sarawak oleh pemimpin Malaya yang telus dalam arena politik.

12 March 2015

NEGERI KENINGAU

Semasa Federasi Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 oleh 4 buah NEGARA, iaitu; Persekutuan Tanah Malaya, Singapura, North Borneo (Sabah), & Sarawak.
SABAH adalah berstatus sebuah NEGARA pada ketika itu, tetapi atas manipulasi kuasa dan mencabuli Perjanjian MALAYSIA, pemimpin politik Persekutuan Tanah Malaya telah menurunkan status Sabah kepada sebuah NEGERI pada 27.8.1976 dan dimasukkan bersama di antara 11 negeri jajahan Persekutuan Tanah Malaya sebelumnya di mana menjadikan "Sabah & Sarawak" sebagai "Tanah Jajahanya" sedangkan Sabah & Sarawak adalah "Rakan Kongsi" sama taraf dalam pembentukan Federasi Malaysia.

JELAS, RAKYAT SABAH & SARAWAK DITIPU, sehingga kini 2015 sudah 52 tahun Negara Borneo ini tidak dijadikan sebagai "Equal Partners" tetapi menjadi Tanah Jajahan Persekutuan Tanah Melaya bersama 11 Negeri di Semenanjung.

27 November 2014

SIAPA KATA SSKM BUKAN bercakap mengenai "Politik"?

SIAPA KATA SSKM BUKAN bercakap mengenai "Politik"??


Bila kita bercakap dan melibatkan interaksi antara pemerintah dan masyarakat dalam rangka proses pembuatan dan pelaksanaan keputusan yang mengikat tentang kebaikan bersama masyarakat yang tinggal dalam suatu wilayah tertentu, itu adalah bercakap 'pasal politik'.

Politik merupakan salah satu sarana interaksi atau komunikasi antara pemerintah dengan masyarakat sehingga apapun program yang akan dilaksanakan oleh pemerintah sesuai dengan keinginan-keinginan masyarakat di mana tujuan yang dicita-citakan dapat dicapai dengan baik.

"Politik ialah salah satu perjuangan untuk memperoleh kekuasaan atau sebagai teknik menjalankan kekuasaan-kekuasaan” (F.Isjwara, (1995:42). Ini memberikan maksud bahawa politik merupakan sebuah sarana memperjuangankan kekuasaan serta mempertahankan kekuasaan itu demi tujuan yang ingin dicapai.

"Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain." (Wikipedia)

Kembali kepada tujuan, di mana kita (SSKM) menafikan bahawa kita "bukan cakap mengenai hal politik". Jika bertahan dengan ideologi ini, maka golongan cerdik pandai akan senyum sinis kepada kita dan mereka melabelkan kita kepada suatu tahap tertentu dan berkait rapat dengan daya fikir, perkataan dan tindakan kita. Tanggapan tersebut sudah pastinya sesuatu hal yang negatif bagi mereka.

Kenapa Sabah & Sarawak boleh tertipu selama 51 tahun dan tidak pernah bangkit berbanding 4 tahun sebelum ini? Kerana rakyat Borneo mempunyai suatu pola fikir bahawa "Politik ini adalah kotor, jijik dan sumber dosa". Sehingga rakyat Borneo yang mempunyai kerukunan yang tinggi tidak akan mencampuri 'politik' yang dimaksudkan kerana pastinya akan merosak persafahaman antara sesama.

Dengan makna 'politik' yang dibawa sehingga ke hari ini, maka rakyat Borneo banyak ketinggalan dengan hal-hal perubahan, perkembangan dan masalah dalaman negara. Walaupun lahirnya golongan cerdik pandai di kalangan rakyat Borneo, tetapi budaya berfikir itu masih terbawa-bawa dengan pengertian 'politik' yang diwarisi, di mana "politik" adalah suatu yang kotor. Faktor-faktor pengertian ini juga sedikit sebanyak dibuktikan praktiknya di kalangan para politikus Borneo yang dijangkiti budaya politik Malaya, di mana "berpolitik bertujuan menghalalkan segala sesuatu, menindas, penting diri sendiri, memperalatkan rakyat dan sanggup menjual maruah diri". Dengan keadaan yang ada selama berpuluh tahun di kalangan politikus Borneo, maka rakyat fobia dengan hal 'politik' tersebut kerana gambaran dari kehidupan para pemimpin yang ada.
'Politik' sebenarnya suatu yang baik dan sangat bermanfaat kepada semua golongan masyarakat. Jatuh bangunnya sesebuah negara atau kelompok tertentu adalah didasarkan pada suatu pembawaan dan pemahaman politik tersebut.

Apa yang SSKM maksudkan mengenai hal ini, bahawa SSKM wujud bukanlah mewakili, menyokong mana-mana parti tempatan dan tidak mencanangkan ideologi serta agenda politik parti-parti tempatan yang ada, apa lagi parti penjajah. Sebab SSKM memahami kecenderungan masyarakat Borneo mengenai hal politik. SSKM wujud dengan suatu harapan yang tinggi untuk mendidik generasi baru dan masyarakat Borneo untuk kembali kepada makna politik yang sebenarnya.

Bila kita bercakap mengenai politik, pengertian kita adalah "Politik merupakan salah satu sarana interaksi atau komunikasi antara pemerintah dengan masyarakat sehingga apapun program yang akan dilaksanakan oleh pemerintah sesuai dengan keinginan-keinginan masyarakat di mana tujuan yang dicita-citakan dapat dicapai dengan baik." Generasi masa kini, khususnya rakyat Borneo sudah disedarkan, balok di mata pun sudah dileraikan dari pemandangan fantasi pemerintah kepada suatu hal yang nyata dan jujur yang berlaku kepada Borneo.

Generasi muda, bercakap politik bukan semestinya kita akan menyertai sesebuah parti politik tempatan dan mengikut budaya politik yang ada. Tetapi kitalah nadi politik yang benar di abad ini untuk memperbetulkan keadaan, menyatakan apa yang salah dan menegakkan yang benar. Jangan berfikir bahawa jika kita melakukan dan bercakap mengenai politik yang benar, maka kita akan seluruhnya menyelesaikan kemelut secara keseluruhannya. Mungkin kita hanya merintis dan ada generasi seterusnya meneruskan apa yang baik kita telah lakukan. Generasi SSKM bukanlah generasi yang cetek, tetapi terdapat ramai yang mampu berdiri dan berfikir bersama, malah mungkin lebih daripada mereka yang kini bergelar Datuk dan Yang Berhormat, cuma peluang bukan miliknya. Sekali lagi, tegakkan politik yang benar dan baik seturut dengan aspirasi rakyat.

* Dum Spiro Spero / Pergo et Perago 

19 November 2014

"Penghasut Baik VS Penghasut Jahat"?

"Sejarah Mesti Diajar, Walaupun Ia Pahit Untuk Diterima" (Quotes: Rainee Tee)
 Ramai yang tergamam, terkejut, terkilan, hairan dan hampir tidak percaya, malah ada orang yang memaksa dirinya untuk tidak mahu mempercayai fakta-fakta yang didedahkan oleh SSKM berkaitan dengan sejarah Negara Borneo (Sabah & Sarawak). Hal-hal yang selama ini kita tidak pernah tahu, tidak pernah diajar dan tidak jujur diceritakan di alam persekolahan dalam pendidikan Malaysia, SSKM bertindak berani mendedahkan kebenaran itu kepada rakyat agar rakyat Borneo sendiri menilai dan membuka ruang untuk mereka membuat penyelidikan secara peribadi. Sama ada sebaran fakta dan data yang SSKM lakukan "cakap kosong atau suatu penipuan". Siapa sebenarnya yang melakukan penipuan? Siapa sebenarnya yang memulakan penipuan dan menghasut rakyat secara terancang untuk menghilangkan sejarah yang benar?
   Bila SSKM dedahkan bahawa North Borneo dan Sarawak PERNAH MERDEKA (walaupun sangat singkat kerana dipengaruhi oleh pemimpin Malaya untuk membentuk 'Malaysia'), ramai yang masih tidak dapat menerima kenyataan tersebut walaupun disertakan dengan fakta dan data yang sahih.

   Bila SSKM membantah dan memboikot tarikh 31 Ogos 1957 yang selama ini ditafsirkan sebagai "Tarikh Kemerdekaan Malaysia" adalah SATU PENIPUAN, tetap saja segolongan rakyat menolak hal tersebut. Malah pertanyaan yang tidak terjawab bila SSKM mengutarakan soalan adalah, "Pernahkah MALAYSIA dijajah? Siapa yang menjajah? Apa sejarah KEMERDEKAAN MALAYSIA?". Sebab dalam gabungan "Persekutuan Malaysia", ada Negara Singapura, Negara Sabah dan Negara Sarawak serta Tanah Malaya - semuanya bekas jajahan British. Negara-negara ini bergabung untuk "membentuk" Malaysia. Dengan demikian, sejak Malaysia dibentuk, pernahkah Malaysia diserang dan dijajah?? (Orang Malaya katakan - kita dijajah oleh 'budaya Kuning')

   Bila SSKM dedahkan bahawa tragedi "Double Six" itu suatu hal yang dirancang secara jahat dan sabotaj oleh Pemimpin Malaya, ramai yang tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Jika para pemimpin Sabah sejak dari dulu jujur berjuang bersama dengan Tun Fuad Stephen, maka pemimpin-pemimpin Sabah boleh membuka 'Forensic Files' mengenai nahas kapal Nomad yang dinaiki ketika itu dan sampai sekarang fail tersebut masih dalam simpanan Kerajaan Australia. Dengan izin dan kesepakatan pemerintah Sabah saja melalui keputusan mesyuarat ADUN boleh membukanya. Tapi kenapa sampai sekarang hal itu dibekukan? (TAKUT!!?? Sebab dihasut dan diberi amaran keras oleh pemimpin Malaya??)
   Bila SSKM dedahkan bahawa, gelombang kebangkitan rakyat yang terjadi sekarang yang lebih sinonim dengan panggilan "Puak-puak pemisah" sudah pernah berlaku beberapa kali, malah pada era Tun Mustapha dan Tun Fuad pun sudah pernah berlaku dan juga ketika era pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) tetapi tetap saja golongan tertentu tidak percaya. Lebih percaya dengan dalil dan ugutan pemimpin Malaya yang sentiasa menggunakan taktik lapuk, iaitu perkataan "Serangan Filipina (Sultan Sulu)", yang sebenarnya tiada hak dan kuasa langsung terhadap tanah Sabah.
    Bila SSKM dedahkan bahawa semasa era pembentukan "Malaysia" sebahagian besar rakyat Sarawak, di mana lebih dari 110,000 ribu rakyat yang membantah dan tidak setuju dengan penyatuan itu, tetapi tetap saja hal ini tidak mau diakui - sedangkan fakta dan data jelas ada, rakaman video demonstrasi bantahan tersebut pun masih ada sampai sekarang.
SEJARAH GELAP SARAWAK - RUSUHAN ANTI-MALAYSIA DI SARAWAK 1961-1963

   Bila SSKM dedahkan dan tegaskan bahawa 'kembalikan status' Sabah sebagai sebuah NEGARA dan bukan "Negeri" seperti sekarang (sejak 1976), tetapi orang tertentu malah mencibir bibir mendengar tuntutan tersebut. Sedangkan data dan faktanya jelas ada dan tindakan menurunkan status tersebut jelas tidak berpandukan kepada konsep "Pembentukan Malaysia" yang sebenarnya.
   SSKM tidak akan berdiam! Kami akan terus mendedahkan apa yang sepatutnya perlu diketahui oleh rakyat Borneo untuk dinilai bersama, sama ada selama 51 tahun ini kita TELAH dilayan dan diperlakukan secara baik dan adil oleh kepemimpinan Malaya atau tidak?

   Kumpulan NGO SSKM bukanlah golongan peribadi yang mempunyai capaian peribadi dalam politik Malaysia, sebab SSKM BUKAN membawa agenda parti politik, BUKAN mewakili parti-parti politik dan BUKAN menyokong mana-mana ideologi parti politik tempatan untuk diketengahkan. Golongan SSKM BUKAN orang-orang yang berprofail dan berstatus tinggi, BUKAN lahir dari acuan politik, BUKAN orang-orang kaya, BUKAN bekas-bekas banduan atau pesalah undang-undang, BUKAN berasal dari hutan belantara yang tidak tahu dan tidak mengenal huruf serta nombor. TETAPI YANG JELAS; Mereka ini sangat "Mengerti apa yang DIBACA dan FAHAM apa yang dilihat, dan dapat mencernakan mana buruk dan mana baiknya".
   SSKM bukanlah penghasut/puak pemisah, tetapi membantu rakyat memberikan informasi berkenaan dengan Sejarah, Ekonomi, Pendidikan dan Pentadbiran Negara Sabah & Sarawak selama 51 tahun berada di dalam gabungan Persekutuan Malaysia yang telah dibentuk pada 16 September 1963.

Oleh: Awis Are-Wish

01 November 2014

SSKM AKHIRNYA TERPERANGKAP!

   GELOMBANG KESEDARAN rakyat Borneo semakin kelihatan dan dapat dibuktikan dalam keterlibatan mereka melalui perjuangan Pertubuhan Badan NGO “Sabah Sarawak Union, United Kingdom” (SSU-UK) atau lebih dikenali dengan nama “Sabah Sarawak Keluar Malaysia” (SSKM). SSKM ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011, di mana idea penubuhannya dimulakan oleh rakyat biasa yang tidak berlatar belakangkan politik. Gabungan idea dari rakyat Sarawak & Sabah bermula dengan mengambil nama “Sabah Sarawak Keluar Malaysia” bermula dengan cara merangkak dalam Group komuniti laman sosial Facebook. SSKM belum berpengalaman dalam soal-soal masalah rakyat, tetapi hasrat dan tujuan SSKM adalah untuk memberikan informasi dan data sejarah berfakta yang seharusnya diketahui oleh rakyat Sabah dan Sarawak, di mana hal-hal tersebut “tidak pernah didedahkan” dalam kurikulum Sejarah pendidikan di Malaysia. Banyak fakta sejarah Negara Sabah & Sarawak yang dimanipulasi dan disembunyikan selama 51 tahun oleh pemimpin-pemimpin politik Malaya. 

Kenapa SSKM bertindak berani melakukan ini? 
KERANA kita mempunyai bukti yang kukuh dan sahih dari segi fakta untuk menyuarakan dan mendedahkannya kepada rakyat. Rakyat Sabah & Sarawak yang melihat, membaca dan menilitinya SANGAT TERPERANJAT dengan pendedahan tersebut. Dengan demikian, rakyat yang sedar, telah bertindak menyedarkan yang lain dan seterusnya. Sehingga impaknya juga telah membukakan ‘mata dunia’ dan masyarakat global tertumpu pada Malaysia. 

Pemimpin politik tempatan bukan tidak tahu, mereka lebih arif dalam soal-soal ini. Mereka juga pernah bersuara dan bertindak, tetapi dengan mudah dan penuh bergaya pemimpin-pemimpin politik Malaya mematahkan semua tindakan mereka dan berjaya menghalang serta menutup agar tiada pendedahan dilakukan dari penipuan yang mereka telah lakukan kepada Negara Sabah dan Sarawak selama 51 tahun. 

Sehingga kini, pemimpin-pemimpin politik tempatan membiarkan penipuan ini berlangsung dan mereka hanya putih mata dan terkebil-kebil melihatnya. Kesilapan yang mereka telah lakukan mengakibatkan mereka kehilangan kuasa mutlak untuk menghalang aksi dan tindakan pemimpin-pemimpin Malaya merakus segalanya dari bumi Sabah & Sarawak. Kedua negara ini adalah negara yang mempunyai hasil bumi dan begitu banyak dan selayaknya disebut ‘kaya’. Tetapi KENYATAANNYA, kedua negara ini bergilir-gilir menggondol gelaran tiap-tiap tahun sebagai “Negeri Termiskin Di Malaysia”. 
Walaupun keadaanya berlaku seperti yang sudah dilihat dan dirasai sendiri oleh rakyat Negara Sabah & Sarawak, usaha-usaha tertentu tetap dilakukan oleh golongan politikus baru yang muncul, tetapi impaknya tidaklah sekuat mana yang diharapkan. Kerana nilai “wang ringgit” lebih besar daripada nilai “sebuah kebenaran”. Politikus ini hanya lantang pada kuntau pidatonya semasa pilihanraya, tetapi seperti pelangi sehabis hujan. Pilihanraya selesai maka reda dan sepi semuanya, kemudian menunggu lagi untuk 5 tahun akan datang untuk mencuba nasib. 

Selama 48 tahun Sabah & Sarawak bergumul dengan keadaan ini, tidak dapat memikirkan kaedah dan solusi terbaik sebagai jalan keluar dari masalah yang dihadapi. Tetapi dengan hikmat berfikir yang dimiliki oleh rakyat biasa, maka kesepakatan telah dilakukan untuk memperjuangkan hal ini ke peringkat antarabangsa, iaitu melalui kuasa hak asasi dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan demikian, maka tepatlah bahawa tindakan ini betul dan tepat masanya, kerana ada anak jati Negara Sabah yang duduk bersama di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai anggota rasmi yang mewakili Borneo. 

Hal ini tidak difikirkan oleh ahli-ahli politik yang ada, kerana sudah menjadi tradisi dalam pola fikir politikus - berpolitik untuk nama dan wang ringgit. Mengakibatkan hal-hal yang mendasar dan mustahak sebagai kepentingan rakyat diabaikan. Undi rakyat hanyalah sebagai sandaran kejayaan untuk tujuan peribadi. 

Pemimpin politik Malaya telah merancang segalanya seawal tahun 60an, iaitu penipuan yang “terancang dan teliti”, sehingga kemuncaknya bermula pada tahun 1963, kemudian semakin jelas pada tahun 1976. Di mana bagi negara Sabah, tahun ini adalah “ tahun yang sangat malang kerana 3 peristiwa penting berlaku tanpa sebarang kemampuan dan kuasa pemimpin politik tempatan menghalangnya. 

Tiga peristiwa peristiwa tersebut adalah; i) Pada 06. 06. 1976 Tragedi Nahas Kapal Nomad yang dinaiki oleh pemimpin utama dan kabinet negara Sabah. Hasil forensiknya ada dan masih tersimpan di tangan kerajaan Australia sehingga hari ini. Tetapi kes ini telah sengaja dirahsiakan malah ditutup ketat dengan kanun ‘akta hasutan’ dan I.S.A.
ii) 14. 06. 1976, hasil minyak sebanyak 95% telah diserahkan kepada Petronas dan selebihnya dengan penuh bangga dan bersyukur Sabah/Sarawak menikmatinya. iii) Pada 27. 08. 1976 Negara Sabah telah diturunkan status ”Negaranya” kepada “Negeri”. Maka jadilah kedua negara ini, iaitu Sabah & Sarawak termasuk sama status dan haknya bersama 11 negeri dalam Persekutuan Tanah Malaya. Maka relevanlah “Perlembagaan Persekutuan Tanah Malaya” yang dibuat pada tahun 1957 untuk semua negeri, tanpa ada “Perlembagaan Khas” yang dibuat selepas Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16hb. September 1963. 

KENAPA “Sabah Sarawak KELUAR Malaysia”? 
Jika selama ini pemimpin politik tempatan kita sudah tunggang terbalik memperjuangkan isu “Perkara 18 (Sarawak) & 20 (Sabah)”, “Kembalikan Kuasa Autonomi”, “Borneonisasi”, dan banyak kata-kata yang telah digunakan untuk menarik perhatian dan belas kasihan agar pemimpin politik Malaya mempertimbangkannya. Namun ADAKAH MALAYA membuka mata dan ikhlas mendengarnya? - TIDAK! MALAYA bukan hanya tutup sebelah mata pada perjuangan pemimpin politik tempatan, tetapi langsung menutup kedua belah mata mereka, malah telinga pun turut ditutup. 

TAPI lihatlah, Bila SSKM dengan sengaja menggunakan satu kata-kata yang sangat sensitif, iaitu "Sabah Sarawak KELUAR Malaysia", maka akibatnya sangat menusuk hati para politikus Malaya, malah menggegarkan mereka! Kenapa gunakan perkatan “Keluar Malaysia”? Sabah dan Sarawak BUKAN MASUK Malaysia, tetapi MEMBENTUK Malaysia. Jadi istilah ‘keluar’ itu tidak tepat! Seorang pemimpin negara Sarawak menegaskan, “Kita bukan masuk Malaysia, tetapi kita MEMBENTUK Malaysia, jadi tiada istilah KELUAR kerana tiada yang MASUK. 

Slogan sensitif ”Sabah Sarawak KELUAR Malaysia” sengaja dibuat dan telah berjaya menarik perhatian para pemimpin politik Malaya, malah mereka menggelabah dan dalam keadaan ketakutan kerana penipuan selama 51 tahun semakin terbongkar. Slogan ini juga telah membuatkan beberapa pemimpin politik tersentak berdiri dari posisi goyang kaki mereka di sofa Itali bernilai jutaan ringgit. Degupan jantung menjadi rancak, air liur yang ditelan rasanya pahit dan siang berganti malam sepertinya sangat pantas. Memaksa untuk tidur lena tidaklah boleh jika tidak meneguk ‘Chivas’, “Macallan’, atau ”Glenfarclas”. Cara lain yang difikirkan jimat dan tidak disebut haram adalah menelan ‘ubat tidur & penenang’. 

KENAPA SITUASI INI BERLAKU kepada mereka? 
1. Penipuan antarabangsa akan terbongkar. 
2. Ketuanan Melayu tergugat. 
3. Kroni2 dalam parti yang mendominasi akan hilang punca kekayaan. 
4. Takut kehilangan sumber keuntungan. 
5. KERANA Rakyat Sabah & Sarawak yang dianggap tinggal di atas pokok dan masih pakai cawat sudah BANGKIT dan BERSUARA menuntut hak-hak sebenar yang dipertikaikan. 

Rakyat Sabah & Sarawak bukanlah Bodoh, tetapi hanya berdiam diri selama ini. Tapi masanya sudah tiba, sebab "Kalau Bukan Kita, Siapa lagi! Kalau Bukan Sekarang, Bila lagi?"
* Dum Spiro Spero / Pergo Et Perago *


APA PERANAN KITA SEKARANG?
  Sekiranya anda bersetuju Borneo; iaitu Sarawak / Sabah harus BEBAS daripada diduduki secara paksa/keras & ditindas oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia (erti kata lain bebas daripada perhambaan), sila turunkan tandatangan anda pada petisyen SSKM menandakan sokongan kepada perjuangan kami. Ia adalah tanggungjawab kita untuk menuntut hak, kebanggaan, maruah dan keadilan kita.

TURUNKAN TANDATANGAN ANDA DI SINI!
Sign The Petition!
(Kotak dengan tanda * - tanda asterisk - adalah yang paling penting)
DATA SULIT ANDA DIRAHSIAKAN DAN TIDAK TERDEDAH,
Jika anda TIDAK MAHU gunakan nama sebenar, gunakan "Anonymous".
Tandatangan Yang Berjaya HANYA akan kelihatan seperti ini;

http://nipuhawang-awis.blogspot.my/2015/11/semangat-85.html
Oleh: Awis Are-Wish

07 September 2014

REBUPLIC OF SABAH (North Borneo)

ANDAINYA SABAH KEMBALI MENJADI SEBUAH "NEGARA"
Oleh: SSKM

United Nation (UN) sedang memerhati Sabah dan Sarawak. Jangan risau Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak kerana Perjuangan ini adalah untuk membebaskan negara kita daripada cengkaman penjajahan halus malaya.
Negara Sabah dan Negara Sarawak masing-masing sudah mempunyai ahli-ahli Parlimen dan DUN. Apabila perpisahan secara rasmi tercapai, urusan pentadbiran negara kita akan menjadi lebih cekap dan mantap sebab kita tahu apa yan perlu dibangunkan. Pakar-pakar kita daripada seluruh dunia akan balik ke Negara kita masing-masing untuk berkhidmat. Mereka terpaksa berhijrah ke luar negara selama ini kerana mereka tidak mendapat peluang dan jawatan yang sepatutnya.

Kita juga akan menggunakan semula mata wang "Dolar".
Bayangkan;
Tiada istilah bahawa negara luar akan menyerang Negara Sabah dan Negara Sarawak. Ini kerana suatu ketika sebelum terbentuknya Persekutuan Malaysia, North Borneo (kini Sabah) dan juga Sarawak merupakan anggota dalam Commonwealth. Keahlian Negara Sabah dan Negara Sarawak akan diaktifkan semula.

Datuk Gabuh bin Piging (Tambunan)
Peserta Olympik Pertama Negara North Borneo (Borneo Utara) atau kini dikenali sebagai Negara Sabah iaitu Datuk Gabuh bin Piging (The Kangaroo Man) yang berasal daripada daerah Tambunan
(Baca DI SINI)

Anggota keselamatan UN juga akan dihantar ke Negara Sabah dan juga Negara Sarawak sebaik sahaja perpisahan ini terjadi untuk memastikan sistem keselamatan Negara Sabah dan Negara Sarawak berada pada tahap yang mampu berdikari dan menangkis sebarang ancaman. Ia sama seperti Singapura dahulu.

Sistem Kerajaan Sabah adalah berlandaskan kepada Sistem Demokratik. Pemilihan Presiden Negara Sabah dan Negara Sarawak bakal berlangsung untuk memilih Pemimpin Negara masing-masing.

Pada waktu itu, Sabah bakal dikenali sebagai Republic of Sabah (atau North Borneo) dan Sarawak bakal dikenali sebagai Republic of Sarawak.

Ketua Negara bakal dikenali sebagai Gabenor seperti Republic of Singapore.

APA YANG SUDAH BERLAKU SEKARANG????
Saranan Lord Cobbold 1962


SABAH & SARAWAK BUKAN BERSTATUS 'NEGERI'
TETAPI SEBUAH NEGARA YANG
MERDEKA & BERDAULAT

Dum Spiro Spero / Pergo et Perago
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...