Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

17 August 2011

TELEMOVIE ROHANI KRISTIAN TEMPATAN

SEBUAH TELEMOVIE ROHANI KRISTIAN TEMPATAN YANG MENGGUNAKAN BAHASA DAERAH
(SUKU DUSUN-RANAU)
DENGAN SARIKATA BAHASA MALAYSIA
     Telemovie ini dibuat dengan tujuan suatu kaedah partisipasi gereja bagi adaptasi pemberitaan Injil mengikut keperluan masa kini. Gereja-gereja terpencil yang tidak berkesempatan atau berpeluang untuk melibatkan diri dalam kegiatan seumpama ini, kini mendapat sun tikan semangat untuk melayani secara global.

     Walaupun telemovie ini dalam bahasa daerah, namun ia mempunyai sarikata dalam bahasa Malaysia. Ini dilakukan sebagai tindakan pertama untuk jangkauan tempat tertentu, dan tidak mustahil suatu masa akan diterjemahkan dalam bahasa-bahasa lain.

     Telemovie ini mengisahkan perjalanan dan pengalaman seorang Penginjil yang diutus untuk memasuki suatu perkampungan. Ia menyesuaikan diri dengan keadaan tempat tersebut dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan, di mana masyarakat kampung tersebut masih mengamalkan animisme dan kepercayaan nenek moyang.

     "Tinggorudon" adalah nama peribadi, di mana kata ini juga membawa makna dalam bahasa Dusun "petir". Tinggorudon adalah pengamal ilmu sihir dan menjadi sandaran orang-orang kampung untuk kehidupan sehari-hari mereka. Akhirnya Tinggprudon mengalami musibah dan Tuhan menunjukkan belas kasihan-Nya kepadanya dan dia bertaubat. Pihak lawannya masih memburu Tinggorudon walaupun dia sudah menjadi baik.

     Dalam Tinggorudon II (akan datang) seorang yang tidak dikenali datang untuk mencari Tinggorudon kerana ia telah melanggar sumpah pertapaan dan persilatan nenek moyang.

Dalam penggambaran ini (sebagai percubaan dan untuk latihan), hanya mengambil  masa dua hari pembikinannya dan proses suntingan mengambil masa 4 hari. Dari sudut-sudut tertentu sangat banyak kelemahan dari segi teknikal penggambaran, namun suatu hal yang jelas, maksud dan inti cerita jelas dan mencapai tujuannya.

Kos keseluruhan penggambaran ini hanya memakan belanja di bawah RM1000, kemudian cetakan VCD dikeluarkan berjumlah 200 unit dengan jualan RM15.00 (Dijual hanya untuk orang-orang Kristian sahaja). Hasil jualan sangat membantu gereja dalam tujuan-tujuan tertentu bagi suatu pelayanan.

Pelayanan Media ini adalah kelolaan "Creative Studio", yang menjadi peneraju dan perintis telemovie rohani Kristian tempatan. Seorang krew daripada pelayanan ini berpengalaman dalam kemahiran sebagai videographer dan penyunting video. Antara hasil kerja yang pernah dilakukannya sendiri adalah telemovie bertajuk "Pertaubatan", "Puralan", "Nipuhawang", manakala untuk audio video (video klip lagu-lagu rohani) Kumpulan Sayap Anugerah "Royohon Tuhan", "Indah Di Dalam Dia" (Penyanyi: Dinsalee Singa), "Karya-Mu" (Penyanyi: Jusli Dalosin), "Piuludan-1" (Penyanyi: Team Unit I.T & Pelayanan Kreatif SIB kwsn. Perancangan).

Creative Studio sedang dalam rangka penggambaran untuk telemovie kedua bertajuk "Mesusupu" (juga mengisahkan pengalaman dan perjalanan pelayanan seorang penginjil) selepas "Tinggorudon". Selepas "Mesususpu" ini selesai, maka persiapan unutk penggambaran "Tinggorudon II" akan dirancang.

Melalui pelayanan media ini, diharapkan gereja-gereja dapat terlibat sama untuk menciptakan suatu kaedah pelayanan yang selama ini belum dicuba. Kesan pelayanan seumpama ini memberikan impak yang sangat besar untuk generasi muda, terutama anak-anak muda lepasan IPT dan belum mempunyai pekerjaan. Mereka terdedah dengan teknologi komputer, sudah tentu mereka dapat membantu gereja untuk menghasilkan pelayanan yang lebih efektif dalam cara seumpama ini.

Creative Studio akan memberikan ceramah khas atau bengkel khas proses pembikinan telemovie ini dan mengajar teknik-teknik pembuatan cerita serta menjadi seorang pengarah telemovie rohani dan kreatif. Nota-nota khas disediakan. Jika anda berminat boleh emailkan pertanyaan anda melalui email berikut:
are-wish@hotmail.com
nipuhawang@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...