Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

Showing posts with label penghasut. Show all posts
Showing posts with label penghasut. Show all posts

01 November 2014

SSKM AKHIRNYA TERPERANGKAP!

   GELOMBANG KESEDARAN rakyat Borneo semakin kelihatan dan dapat dibuktikan dalam keterlibatan mereka melalui perjuangan Pertubuhan Badan NGO “Sabah Sarawak Union, United Kingdom” (SSU-UK) atau lebih dikenali dengan nama “Sabah Sarawak Keluar Malaysia” (SSKM). SSKM ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011, di mana idea penubuhannya dimulakan oleh rakyat biasa yang tidak berlatar belakangkan politik. Gabungan idea dari rakyat Sarawak & Sabah bermula dengan mengambil nama “Sabah Sarawak Keluar Malaysia” bermula dengan cara merangkak dalam Group komuniti laman sosial Facebook. SSKM belum berpengalaman dalam soal-soal masalah rakyat, tetapi hasrat dan tujuan SSKM adalah untuk memberikan informasi dan data sejarah berfakta yang seharusnya diketahui oleh rakyat Sabah dan Sarawak, di mana hal-hal tersebut “tidak pernah didedahkan” dalam kurikulum Sejarah pendidikan di Malaysia. Banyak fakta sejarah Negara Sabah & Sarawak yang dimanipulasi dan disembunyikan selama 51 tahun oleh pemimpin-pemimpin politik Malaya. 

Kenapa SSKM bertindak berani melakukan ini? 
KERANA kita mempunyai bukti yang kukuh dan sahih dari segi fakta untuk menyuarakan dan mendedahkannya kepada rakyat. Rakyat Sabah & Sarawak yang melihat, membaca dan menilitinya SANGAT TERPERANJAT dengan pendedahan tersebut. Dengan demikian, rakyat yang sedar, telah bertindak menyedarkan yang lain dan seterusnya. Sehingga impaknya juga telah membukakan ‘mata dunia’ dan masyarakat global tertumpu pada Malaysia. 

Pemimpin politik tempatan bukan tidak tahu, mereka lebih arif dalam soal-soal ini. Mereka juga pernah bersuara dan bertindak, tetapi dengan mudah dan penuh bergaya pemimpin-pemimpin politik Malaya mematahkan semua tindakan mereka dan berjaya menghalang serta menutup agar tiada pendedahan dilakukan dari penipuan yang mereka telah lakukan kepada Negara Sabah dan Sarawak selama 51 tahun. 

Sehingga kini, pemimpin-pemimpin politik tempatan membiarkan penipuan ini berlangsung dan mereka hanya putih mata dan terkebil-kebil melihatnya. Kesilapan yang mereka telah lakukan mengakibatkan mereka kehilangan kuasa mutlak untuk menghalang aksi dan tindakan pemimpin-pemimpin Malaya merakus segalanya dari bumi Sabah & Sarawak. Kedua negara ini adalah negara yang mempunyai hasil bumi dan begitu banyak dan selayaknya disebut ‘kaya’. Tetapi KENYATAANNYA, kedua negara ini bergilir-gilir menggondol gelaran tiap-tiap tahun sebagai “Negeri Termiskin Di Malaysia”. 
Walaupun keadaanya berlaku seperti yang sudah dilihat dan dirasai sendiri oleh rakyat Negara Sabah & Sarawak, usaha-usaha tertentu tetap dilakukan oleh golongan politikus baru yang muncul, tetapi impaknya tidaklah sekuat mana yang diharapkan. Kerana nilai “wang ringgit” lebih besar daripada nilai “sebuah kebenaran”. Politikus ini hanya lantang pada kuntau pidatonya semasa pilihanraya, tetapi seperti pelangi sehabis hujan. Pilihanraya selesai maka reda dan sepi semuanya, kemudian menunggu lagi untuk 5 tahun akan datang untuk mencuba nasib. 

Selama 48 tahun Sabah & Sarawak bergumul dengan keadaan ini, tidak dapat memikirkan kaedah dan solusi terbaik sebagai jalan keluar dari masalah yang dihadapi. Tetapi dengan hikmat berfikir yang dimiliki oleh rakyat biasa, maka kesepakatan telah dilakukan untuk memperjuangkan hal ini ke peringkat antarabangsa, iaitu melalui kuasa hak asasi dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan demikian, maka tepatlah bahawa tindakan ini betul dan tepat masanya, kerana ada anak jati Negara Sabah yang duduk bersama di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai anggota rasmi yang mewakili Borneo. 

Hal ini tidak difikirkan oleh ahli-ahli politik yang ada, kerana sudah menjadi tradisi dalam pola fikir politikus - berpolitik untuk nama dan wang ringgit. Mengakibatkan hal-hal yang mendasar dan mustahak sebagai kepentingan rakyat diabaikan. Undi rakyat hanyalah sebagai sandaran kejayaan untuk tujuan peribadi. 

Pemimpin politik Malaya telah merancang segalanya seawal tahun 60an, iaitu penipuan yang “terancang dan teliti”, sehingga kemuncaknya bermula pada tahun 1963, kemudian semakin jelas pada tahun 1976. Di mana bagi negara Sabah, tahun ini adalah “ tahun yang sangat malang kerana 3 peristiwa penting berlaku tanpa sebarang kemampuan dan kuasa pemimpin politik tempatan menghalangnya. 

Tiga peristiwa peristiwa tersebut adalah; i) Pada 06. 06. 1976 Tragedi Nahas Kapal Nomad yang dinaiki oleh pemimpin utama dan kabinet negara Sabah. Hasil forensiknya ada dan masih tersimpan di tangan kerajaan Australia sehingga hari ini. Tetapi kes ini telah sengaja dirahsiakan malah ditutup ketat dengan kanun ‘akta hasutan’ dan I.S.A.
ii) 14. 06. 1976, hasil minyak sebanyak 95% telah diserahkan kepada Petronas dan selebihnya dengan penuh bangga dan bersyukur Sabah/Sarawak menikmatinya. iii) Pada 27. 08. 1976 Negara Sabah telah diturunkan status ”Negaranya” kepada “Negeri”. Maka jadilah kedua negara ini, iaitu Sabah & Sarawak termasuk sama status dan haknya bersama 11 negeri dalam Persekutuan Tanah Malaya. Maka relevanlah “Perlembagaan Persekutuan Tanah Malaya” yang dibuat pada tahun 1957 untuk semua negeri, tanpa ada “Perlembagaan Khas” yang dibuat selepas Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16hb. September 1963. 

KENAPA “Sabah Sarawak KELUAR Malaysia”? 
Jika selama ini pemimpin politik tempatan kita sudah tunggang terbalik memperjuangkan isu “Perkara 18 (Sarawak) & 20 (Sabah)”, “Kembalikan Kuasa Autonomi”, “Borneonisasi”, dan banyak kata-kata yang telah digunakan untuk menarik perhatian dan belas kasihan agar pemimpin politik Malaya mempertimbangkannya. Namun ADAKAH MALAYA membuka mata dan ikhlas mendengarnya? - TIDAK! MALAYA bukan hanya tutup sebelah mata pada perjuangan pemimpin politik tempatan, tetapi langsung menutup kedua belah mata mereka, malah telinga pun turut ditutup. 

TAPI lihatlah, Bila SSKM dengan sengaja menggunakan satu kata-kata yang sangat sensitif, iaitu "Sabah Sarawak KELUAR Malaysia", maka akibatnya sangat menusuk hati para politikus Malaya, malah menggegarkan mereka! Kenapa gunakan perkatan “Keluar Malaysia”? Sabah dan Sarawak BUKAN MASUK Malaysia, tetapi MEMBENTUK Malaysia. Jadi istilah ‘keluar’ itu tidak tepat! Seorang pemimpin negara Sarawak menegaskan, “Kita bukan masuk Malaysia, tetapi kita MEMBENTUK Malaysia, jadi tiada istilah KELUAR kerana tiada yang MASUK. 

Slogan sensitif ”Sabah Sarawak KELUAR Malaysia” sengaja dibuat dan telah berjaya menarik perhatian para pemimpin politik Malaya, malah mereka menggelabah dan dalam keadaan ketakutan kerana penipuan selama 51 tahun semakin terbongkar. Slogan ini juga telah membuatkan beberapa pemimpin politik tersentak berdiri dari posisi goyang kaki mereka di sofa Itali bernilai jutaan ringgit. Degupan jantung menjadi rancak, air liur yang ditelan rasanya pahit dan siang berganti malam sepertinya sangat pantas. Memaksa untuk tidur lena tidaklah boleh jika tidak meneguk ‘Chivas’, “Macallan’, atau ”Glenfarclas”. Cara lain yang difikirkan jimat dan tidak disebut haram adalah menelan ‘ubat tidur & penenang’. 

KENAPA SITUASI INI BERLAKU kepada mereka? 
1. Penipuan antarabangsa akan terbongkar. 
2. Ketuanan Melayu tergugat. 
3. Kroni2 dalam parti yang mendominasi akan hilang punca kekayaan. 
4. Takut kehilangan sumber keuntungan. 
5. KERANA Rakyat Sabah & Sarawak yang dianggap tinggal di atas pokok dan masih pakai cawat sudah BANGKIT dan BERSUARA menuntut hak-hak sebenar yang dipertikaikan. 

Rakyat Sabah & Sarawak bukanlah Bodoh, tetapi hanya berdiam diri selama ini. Tapi masanya sudah tiba, sebab "Kalau Bukan Kita, Siapa lagi! Kalau Bukan Sekarang, Bila lagi?"
* Dum Spiro Spero / Pergo Et Perago *


APA PERANAN KITA SEKARANG?
  Sekiranya anda bersetuju Borneo; iaitu Sarawak / Sabah harus BEBAS daripada diduduki secara paksa/keras & ditindas oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia (erti kata lain bebas daripada perhambaan), sila turunkan tandatangan anda pada petisyen SSKM menandakan sokongan kepada perjuangan kami. Ia adalah tanggungjawab kita untuk menuntut hak, kebanggaan, maruah dan keadilan kita.

TURUNKAN TANDATANGAN ANDA DI SINI!
Sign The Petition!
(Kotak dengan tanda * - tanda asterisk - adalah yang paling penting)
DATA SULIT ANDA DIRAHSIAKAN DAN TIDAK TERDEDAH,
Jika anda TIDAK MAHU gunakan nama sebenar, gunakan "Anonymous".
Tandatangan Yang Berjaya HANYA akan kelihatan seperti ini;

http://nipuhawang-awis.blogspot.my/2015/11/semangat-85.html
Oleh: Awis Are-Wish

07 September 2014

REBUPLIC OF SABAH (North Borneo)

ANDAINYA SABAH KEMBALI MENJADI SEBUAH "NEGARA"
Oleh: SSKM

United Nation (UN) sedang memerhati Sabah dan Sarawak. Jangan risau Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak kerana Perjuangan ini adalah untuk membebaskan negara kita daripada cengkaman penjajahan halus malaya.
Negara Sabah dan Negara Sarawak masing-masing sudah mempunyai ahli-ahli Parlimen dan DUN. Apabila perpisahan secara rasmi tercapai, urusan pentadbiran negara kita akan menjadi lebih cekap dan mantap sebab kita tahu apa yan perlu dibangunkan. Pakar-pakar kita daripada seluruh dunia akan balik ke Negara kita masing-masing untuk berkhidmat. Mereka terpaksa berhijrah ke luar negara selama ini kerana mereka tidak mendapat peluang dan jawatan yang sepatutnya.

Kita juga akan menggunakan semula mata wang "Dolar".
Bayangkan;
Tiada istilah bahawa negara luar akan menyerang Negara Sabah dan Negara Sarawak. Ini kerana suatu ketika sebelum terbentuknya Persekutuan Malaysia, North Borneo (kini Sabah) dan juga Sarawak merupakan anggota dalam Commonwealth. Keahlian Negara Sabah dan Negara Sarawak akan diaktifkan semula.

Datuk Gabuh bin Piging (Tambunan)
Peserta Olympik Pertama Negara North Borneo (Borneo Utara) atau kini dikenali sebagai Negara Sabah iaitu Datuk Gabuh bin Piging (The Kangaroo Man) yang berasal daripada daerah Tambunan
(Baca DI SINI)

Anggota keselamatan UN juga akan dihantar ke Negara Sabah dan juga Negara Sarawak sebaik sahaja perpisahan ini terjadi untuk memastikan sistem keselamatan Negara Sabah dan Negara Sarawak berada pada tahap yang mampu berdikari dan menangkis sebarang ancaman. Ia sama seperti Singapura dahulu.

Sistem Kerajaan Sabah adalah berlandaskan kepada Sistem Demokratik. Pemilihan Presiden Negara Sabah dan Negara Sarawak bakal berlangsung untuk memilih Pemimpin Negara masing-masing.

Pada waktu itu, Sabah bakal dikenali sebagai Republic of Sabah (atau North Borneo) dan Sarawak bakal dikenali sebagai Republic of Sarawak.

Ketua Negara bakal dikenali sebagai Gabenor seperti Republic of Singapore.

APA YANG SUDAH BERLAKU SEKARANG????
Saranan Lord Cobbold 1962


SABAH & SARAWAK BUKAN BERSTATUS 'NEGERI'
TETAPI SEBUAH NEGARA YANG
MERDEKA & BERDAULAT

Dum Spiro Spero / Pergo et Perago

02 September 2014

PENGHASUT DIPANTAU, DIKENALPASTI & DITANGKAP!

"Disorong Sakit, Ditarik Pun Sakit"
Oleh: Are-Wish Awis

  
  "TANGKAPAN" dilakukan bermakna 'membuka pintu' untuk kes ini dibincangkan ke peringkat perundangan. Tindakan "menangkap" kumpulan ini (SSKM) bererti pemimpin Umno/BN Malaya akan masuk "perangkap". Di mana, sebenarnya bagi Malaya, seboleh-bolehnya jangan sampai ke tahap ini, adalah lebih baik 'berdiam' saja. Namun apa yang mereka sangkakan “kumpulan kecil” ini tidak sampai ke mana, ternyata penilaian mereka salah. Hal yang menjadi kemarahan pemimpin Malaya ini adalah kerana tindakan kumpulan ini telah melakukan ‘overlap’ perundangan Malaysia sendiri.

  Bagaimana mungkin pihak SSKM menggunakan sistem kehakiman dan perundangan Malaysia yang dicemari dengan kuasa politik dan mencabul hak asasi rakyat? Pihak SSKM memilih untuk bawa kes ini ke Mahkamah yang lebih adil agar pelaksanaannya lebih efektif. SSKM sudah bergerak sejak tahun 2011, namun pihak kerajaan yang dipimpin oleh Umno/BN hanya bertindak menutup sebelah mata dan tersengih mengejek. Mereka berfikir bahawa rakyat Sabah dan Sarawak yang bersuara ini adalah rakyat yang “masih tinggal di atas pokok dengan memakai cawat”, (anggapan ramai orang Malaya terhadap orang-orang Borneo). Tetapi tanpa disangka, kumpulan yang dianggap hanyalah ‘nyamuk kecil’ sekadar mengganggu tidur dengan bunyian di luar kelambu, rupanya bunyian kumpulan 'nyamuk' tersebut boleh dan telah menghentikan dengkuran lena tidur mereka.

  Jika kes di facebook tersiar  gambar “Seorang Makan Babi Dengan Ucapan Selamat Berpuasa”, pada jam 8.00 pagi, maka, tidak lebih dari dua atau tiga jam, orang itu sudah ditangkap! dan memang patut pun ditangkap kerana bertindak biadab dengan menghina dan tidak menghormati agama lain. Tetapi, kes seperti Perkasa, Ibrahim Ali, Ridhuan Tee, sampai hari ini tiada suatu tindakan pun diambil, yang mana sangat jelas sebagai ‘penjenayah perpaduan rakyat’. Kita tidak tahu, apakah sebenarnya kedudukan Ibrahim Ali dan Ridhuan Tee dalam tabir lakonan Umno, dan berapa jumlah habuan yang mereka terima untuk melakonkan aksi-aksi ngeri dalam siri-siri lakonan mereka selama ini.

  Senario yang berlaku di Sabah dan Sarawak tidak pernah berlaku selama ini. Jika di era tahun 60an dan 90an pernah tercetus di Sabah fenomena seumpama ini, di mana beberapa pemimpin politik ‘membawa rakyat’ untuk Keluar dari gabungan Malaysia, dengan harapan rakyat akan menerimanya. Namun tidak sempatpun meresapi seluruh rakyat, tindakan pemimpin politik itu dengan mudah dan penuh bergaya digagalkan oleh pemimpin Malaya yang berlagak cerdik melalui berbagai cara, tanpa mengira halal dan haram.

  Setelah kedua era itu berlalu, pada tahun 2011 hingga 2014, perkara ini berulang lagi di Sabah, malah bersama-sama dengan Sarawak. Seolah-olah “baton” telah sampai kepada pelari seterusnya untuk menamatkan larian tersebut. Situasi kali ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku sebelum ini. Dahulunya, pemimpin politik yang cuba untuk membawa rakyat kepada tujuan mereka, namun gagal. Pada kali ini, RAKYAT bangkit sendiri, kerana kesedaran dan disedarkan oleh sesama rakyat biasa tanpa berlatarbelakangkan politik. Rakyat ini bangkit dengan suatu gelombang kesedaran yang sangat dasyhat biasnya. Malah, rakyat Sabah dan Sarawak lebih diperkuatkan dengan nasihat dan dorongan oleh satu-satunya pemimpin politik yang dianggap ‘sampah’ oleh lawannya. Pemimpin politik ini sudah berjuang sejak kemunculannya di bidang politik dan tanpa jemu-jemu menyebut, menulis, menyebarkan hal-hal autonomi dan borneonisasi. Pemimpin politik ini adalah lulusan dari salah satu penjara bertaraf lima bintang di Malaysia.

  Pemimpin Malaya mulai membuka mata setelah 4 tahun pergerakan ini dibiarkan. Mereka mulai cemas, sebab yang BERGERAK ini adalah RAKYAT, dan RAKYAT inilah "PENGUNDI" yang berkuasa menentukan pemerintah yang tepat pada masa akan datang. Mereka menemui jalan buntu, kertakan gigi kedengaran nada ketakutan. Bingung memilih ‘bertindak’ atau terus ‘berdiam diri’, namun sekarang sudah tahun 2014, esok-esok 2015 isyarat lampu kuning sudah mewarnai hal ini, dan jangan sampai kuning bertukar merah.

 Setelah berfikir panjang, berbincang melalui ‘sms’ peribadi ke peribadi, bertemu di luar negara dan dalam negara, menyediakan kalkulator untuk perbincangan ‘untung rugi’, maka satu keputusan telah diambil. Manipulasikan kuasa yang ada selagi berkuasa! UGUT!... UGUT!... UGUT!... “Penghasut Harus Ditangkap!” slogan tajam menakutkan rakyat.

  Permainan ‘psikologi’ bermula, siapa berani dan siapa takut. Maka itulah penilaiannya dalam perkara yang dibuat secara terdesak. Dalam hal ini istilah ‘fikir panjang’ diketepikan, tetapi ungkapan “jangan mencabar ketuanan kami”, inilah senjata yang ampuh bagi mereka di Malaysia, sebagai tanah dan lingkup kekuasaan mereka. Harus bertindak! Tanpa mengira dalam keadaan waras atau tidak. Sebab berdiam diri pun mengundang masalah, bertindak pun menjadi masalah besar. Hal ini samalah dengan pepatah yang berbunyi “disorong sakit, ditarik pun sakit”.

  Seorang aktivis sejarah dan nasionalis Negara Sabah, Doris Jones (SSKM) dalam blognya berkata;

“Informasi sejarah berfakta dan dokumen yang direkodkan didedahkan kepada semua orang khususnya kepada ahli-ahli dalam kumpulan SSKM. Kepincangan dan salahlaku pemimpin-pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak khususnya malaya didedahkan untuk Generasi Muda Borneo melihat, memahami dan membuat renungan sama ada mahu mengulangi sejarah yang salah atau memperbetulkan keadaan lalu dengan membuat satu Kebangkitan Nasionalisme secara menyeluruh di kedua-dua Negara ini iaitu di Negara Sabah dan Negara Sarawak yang tidak bermotifkan politik. Dalam erti kata yang lain, ia adalah Kebangkitan Semangat untuk berjuang mengembalikan Hak-hak mutlak yang selama ini telah dikhianati, dilanggari oleh pemimpin-pemimpin Malaya khususnya dan kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) amnya.”

“Kami, SSKM berjuang berlandaskan kepada Kebenaran Fakta serta memliki dokumen-dokumen yang sah untuk menyokong perjuangan ini. Kami juga berjuang berlandaskan kepada undang-undang tanpa menimbulkan sebarang ancaman fizikal tetapi adalah dalam bentuk kesedaran sejati melalui pendedahan kebenaran sejarah. Dan jikalau tindakan yang dilakukan oleh pihak kami ini salah dimata pihak kerajaan persekutuan, itu adalah masalah anda dan bukan kami.

Kami juga percaya bahawa ancaman ugutan yang kini kian dimainkan oleh pihak media kerajaan sebenarnya sedang memperkukuhkan lagi kekuatan rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk berdepan secara bersemuka di Makhamah dan berhujah berlandaskan kepada fakta yang sahih agar suara jati Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak didengari secara rasmi sama ada dalam persekutuan malaysia mahupun diperingkat antarabangsa. Hakikatnya, seluruh kerajaan di dunia kini sedang memerhatikan kerajaan malaysia tentang perkara ketidakadilan yang telah dilakukan terhadap
Kerajaan dan Rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...