Teladan adalah sangat penting bagi semua pemimpin, samada pemimpin negara atau pemimpin keluarga kerana ini menjadi ikutan kepada anak anak dan yang lain ahli keluarga ataupun rakyat jelata bagi mengikuti pemimpin negara. Oleh itu salah satu ciri terpenting bagi pemimpin ialah akhlak yang baik, peribadi yang baik, kelakuan, tindakan yang baik, percakapan atau pertuturan yang lunak dan juga mempunyai prinsip atau etika dalam kehidupan serta mempunyai sifat sifat kasih sayang dan juga seorang yang pemaaf...yang lain tu korang tambah sendiri lerr..
11 January 2011
MANA PEMIMPIN YANG ANAK SAYA PERLU TELADANI..??
Oleh: Awis
INILAH TULISAN dan buah fikiran saya sebelum mengenal siapa sebenarnya YB.Dtk.Jeffrey Kitingan dan lebih menyanjung YB.DSP.Joseph Pairin Kitingan. Ternyata apa yang saya nilai itu salah. Saya menulis artikel ini pada tahun 2011, di mana sebagai bahan untuk lawan dalam PRU. Betapa ceteknya pemikiran seorang jika hanya menggunakan analogi dan asumsi semata-mata.
Teladan adalah sangat penting bagi semua pemimpin, samada pemimpin negara atau pemimpin keluarga kerana ini menjadi ikutan kepada anak anak dan yang lain ahli keluarga ataupun rakyat jelata bagi mengikuti pemimpin negara. Oleh itu salah satu ciri terpenting bagi pemimpin ialah akhlak yang baik, peribadi yang baik, kelakuan, tindakan yang baik, percakapan atau pertuturan yang lunak dan juga mempunyai prinsip atau etika dalam kehidupan serta mempunyai sifat sifat kasih sayang dan juga seorang yang pemaaf...yang lain tu korang tambah sendiri lerr..
Saya bangga dengan pemimpin-pemimpin KDM di Sabah...Namun saya memilih dua tokoh besar ini untuk PERBANDINGAN...di manakah mereka yang benar-benar layak dipanggil sebagai pemimpin dan pejuang hak-hak KDM di Sabah..???
Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (University of Adelaide) mulai aktif berpolitik pada tahun 1975 - Ia menjadi ADUN Tambunan pada 1976 melalui tiket Parti BERJAYA. Namun kerana perjuangannya adalah mempertahankan hak-hak anak watan Sabah (Isu Penjualan Labuan), Pairin tidak sehaluan dengan perjuangan politik Datuk Harris Salleh, Pairin kemudian meninggalkan Parti BERJAYA sekitar tahun 1984. Pairin menjadi calon BEBAS untuk mempertahankan kerusinya semasa Pilihanraya kecil diadakan. Pada Mac 1985, Pairin menubuhkan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan menjadi tonggak utama parti dan kukuh hingga sekarang. Walaupun banyak mengharungi pengalaman pahit dan manis, dikhianati, dipermalukan, sabotaj dan sebagainya, Pairin TETAP UNGGUL DAN BERPENDIRIAN..!! Tindakannya BUKAN "LOMPAT KATAK"...tetapi mempertahankan HAK-HAK SABAH (Isu Labuan)..lalu keluar dari Parti BERJAYA.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan (Universiti Harvard) Ahli politik yang mendapat gelaran awal "ahli politik kontroversi" pernah di tahan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana merancang untuk membawa Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia (Melalui bukunya yang diharamkan bertajuk "Sabah Land below The Wind"). Jeffrey Mendapat jolokan rakyat "perosak parti". Datuk Dr. Jeffrey Kitingan Pernah menyertai PBS dalam keadaan selesa, namun akhirnya ia mengkhianati parti dan bertindak untuk LOMPAATTT...pernah menyertai PBRS..LOMPAAATT, pernah menyertai Parti Angkatan Keadilan Rakyat AKAR.. LOMPAAATTT... pernah menyertai UPKO..LOMPAAATTT, tahun 2003, dia MELAMAR menyertai parti terbesar di Malaysia-UMNO, tetapi KENA "REJECTED"... Ia kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat (akibat 'tidak puas hati')...LOMPAAATTT...
Pada Pilihan Raya umum 2008, Datuk Dr. Jeffrey TEST POWER POLITIKNYA, di mana ia menentang abangnya Datuk Joseph Pairin... tetapi TERNYATA Datuk Dr.Jeffrey benar-benar telah kehilangan 'political power', ia KALAH dalam pilihan raya tersebut.
Sekarang pula, Dr.Jeffrey menubuhkn satu lagi Parti, iaitu "United Borneo Front" (Dari bunyi saja pun dah pakai bahasa penjajah, tiada ciri-ciri KDM.. (Saya cuba membayangkan bagaimana warga tua menyebut dan melaungkan perkataan ini...hee..hee).
Daripada parti-parti yang mewakili KDM (PBS, PBRS, AKAR, dan UPKO) telah rosak akibat penglibatan Dr.Jeffrey..Nasib baiklah PBS diketuai oleh pemimpin Unggul dan berpendirian, parti yang lain tu, lebih suka makan sisa-sisa makanan UMNO (PBS..???)
Jadi jikalau Dr. Jeffrey BERLAKON lagi dalam "UBF"...ntah apa jadi...Barisan pemimpin UBF yang telah dipilih pun, kira2 sembilan daripadanya telahpun digantung dari PKR sebelum ini kerana kesalahan disiplin di atas isu penubuhan Parti Cinta Sabah...Jadi, kotoran dalam PKR dibersihkan.
Jeffrey tidak konsisten dan tidak berintegriti (walaupun berpendidikan sangat tinggi) dalam memperjuangkan masyarakat KDM jika dilihat dari sejarah penglibatannya dalam kanca politik Sabah (Tiada kejayaan POLITIK yang "ANAK-ANAK SABAH BOLEH TELADANI"). Kalau fakta sudah memperjelaskan kegagalannya, maka saya tidak membuang masa untuk berpenat lelah mengikuti perkembangannya sehingga berjaya.
Sabahan Blogger Code
HIASAN
(Ctrl +C to copy & Ctrl+V to paste)
Embed Code:
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
</div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_CkVLw1_-hzhsvMEQt-Qyl4LwPhIJteKC7s_y3U_ODElXO5InLNakTLq0jajoqsfc6GZ2yYVdh7wxZOTAICGsH7XbfuPzbwm3vkcW7H4Dn927M7ObMuYkNoPiVT2PLjHMyAnYGd9ESqY/s1600/Sabahan+Blogger2.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="300" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_CkVLw1_-hzhsvMEQt-Qyl4LwPhIJteKC7s_y3U_ODElXO5InLNakTLq0jajoqsfc6GZ2yYVdh7wxZOTAICGsH7XbfuPzbwm3vkcW7H4Dn927M7ObMuYkNoPiVT2PLjHMyAnYGd9ESqY/s320/Sabahan+Blogger2.jpg" width="150" /></a></div>