Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

Showing posts with label rakyat sabah. Show all posts
Showing posts with label rakyat sabah. Show all posts

11 October 2011

SEJARAH BENDERA SABAH

Sejarah Bendera Negeri Sabah
(http://puadede.com/v1/sejarah-bendera-sabah/#)

Inilah gambar bendera Sabah. Bendera yang setiap pagi perhimpunan sekolah yang akan dinaikkan dan diiringi dengan lagu Sabah Tanah Airku. Kalau dilihat sejarah bendera Sabah yang turut bertukar-tukar sebenarnya boleh dirujuk kepada sejarah negeri ini sendiri yang pernah ditadbir oleh Kesultanan Brunei, Sulu, British, Jepun dan kembali kepada British dan akhirnya merdeka dalam Malaysia 16 September 1963.
Kenapa nama Sabah negeri ini? Merujuk kepada pautan wikipedia, dapatlah diringkaskan asal nama Sabah adalah berasal daripada nama asli penduduk peribumi di negeri ini bagi bahagian tertentu di pantai barat laut. Ini dikuatkan lagi dengan penggunaan nama Sabah pada 1877 sempena penganugerahan gelaran Maharaja Sabah kepada Baron Gustave Von Overbeck (salah seorang pengarah syarikat British North Borneo Company) oleh Sultan Brunei, Abdul Momin (1852-85).
Sejarah pentadbiran Sabah – Kronologi pentadbiran.
  • 1704 : Sultan of Brunei cedes the lands east of Marudu Bay to the Sultanate of Sulu.
  • 1763 – 5 Mar 1775 : Sultan of Sulu cedes Balambangan Islands and the Sabah peninsula to British East India Company; Balambangan is renamed Felicia Island.
  • 1775 – 15 Jul 1946 : Formally under the sovereignty of the Sultan of Sulu(but from 1881 under British rule [see Philippines]).
  • 1803 – Nov 1805 : Second British attempt to settle Balambangan.
  • Nov 1865 – 1866 : Failed American Trading Company settlement named Ellena in North Borneo near the mouth of the Kimanis River.
  • 26 Aug 1881: British North Borneo Charter Company rule.
  • 12 May 1888 : British protectorate (State of North Borneo)
  • 18 Jan 1942 – 10 Sep 1945 : Japanese occupation; part of Boruneo Kita (North Borneo)(Brunei, British North Borneo, Sarawak and Labuan). In May 1942 British Borneo divided into 4 Shu (provinces/states)10 Sep 1945 – Jan 1946 Australian military administration.
  • Jan 1946 – 15 Jul 1946 : British military administration.
  • 15 Jul 1946 : British crown colony (British North Borneo [incl. Labuan]).
  • 16 Sep 1963 : Joins Federation of Malaysia.
Governors of Balambangan
  • 1763 – 1775 Alexander Dalrymple (b. 1737 – d. 1808)
  • 1773 – 5 Mar 1775 John Herbert -Resident
  • 1803 – Nov 1805 Robert Townsend Farquhar (b. 1776 – d. 1830)
Govenors of Ellena
  • Nov 1865 – 1866 Thomas B. Harris (b. 1826? – d. 1866) + Joseph W. Torrey (titled Rajah of Ambong and Marudu)
Maharajah of Sabah and Rajah of Gaya and Sandakan
  • 29 Dec 1877 – 26 Aug 1881 Alfred Dent (b. 1842 – d. ….)
Chairmen of the British North Borneo Provisional Association, Ltd.
  • 26 Aug 1881 – Apr/May 1882 Gustav Freiherr von Overbeck (b. 1831 – d. ….)
+ Alfred Dent (s.a.)
+ Richard Charles Mayne
+ William Henry McLeod Read
Chairmen of the British North Borneo Chartered Company
  • Apr/May 1882 – 1893 Sir Rutherford Alcock (b. 1809 – d. 1897)
  • 1893 – 1903 Richard Biddulph Martin (b. 1838 – d. 1916)
  • 1903 – 1909 Sir Charles James Jessel (b. 1860 – d. 1928)
  • 1909 – 14 Sep 1910 William Clark Cowie (b. 18.. – d. 1910)
Presidents of the British North Borneo Chartered Company
  • 1910 – 1926 Sir Joseph West Ridgeway (b. 1844 – d. 1930)
  • 3 Feb 1926 – 15 Jul 1946 Sir Neill Malcolm (b. 1869 – d. 1953)
Governors
  • 26 Aug 1881 – 1887 William Hood Treacher (b. 1849 – d. 1919)
  • 1887 – 1888 W.M. Crocker
  • 1888 – 1895 Charles Vandelleur Creagh (b. 1842 – d. 1917)
  • 1895 – 1900 Leicester Paul Beaufort (b. 1853 – d. 1926)
  • 1900 – 1901 Hugh Charles Clifford (b. 1866 – d. 1941)
  • 1901 – 1903 Ernest Woodford Birch (b. 1857 – d. 1929)
  • 1904 – 1911 Edward Peregrine Gueritz (b. 1855 – d. 1938)
  • 1911 – 1912 Francis Robert Ellis (b. 1849 – d. 1915)
  • 1912 James Scott Mason (b. 1853 – d. 1912)
  • 1913 – 1915 Cecil William Chase Parr (b. 1871 – d. 1943)
  • 1915 – 1922 Aylmer Cavendish Pearson (1st time)(b. 1876 – d. 1926)
  • 1922 – 1925 Sir William Henry Rycroft (b. 1861 – d. 1925)
  • 1925 – 1926 Aylmer Cavendish Pearson (2nd time)(s.a.)
  • Oct 1926 – 16 Dec 1929 John Lisseter Humphreys (b. 1881 – d. 1929)
  • 1930 – 1933 Arthur Frederick Richards (b. 1885 – d. 1978)
  • 1934 – 1937 Douglas James Jardine (b. 1888 – d. 1946)
  • 1937 – 18 Jan 1942 Charles Robert Smith (1st time) (b. 1887 – d. 1959)
  • (Japanese prisoner 18 Jan 1942 – Aug 1945)
Japanese Military Governors
  • 1941 – 1942 Kiyotake Kawaguchi (b. 1892 – d. 1961)
  • 1942 Yoshitake Tsuda
  • 11 Apr 1942 – 5 Sep 1942 Toshitame Maeda (d. 1942)
  • 5 Sep 1942 – 26 Dec 1944 Masataka Yamawaki (b. 1884 – d. 19..)
  • 26 Dec 1944 – 10 Sep 1945 Masao Baba (d. 1947)
Heads of State (title Yang di-Pertuan Negara; from 1976, Yang di-Pertua Negeri)
  • 16 Sep 1963 – 16 Sep 1965 Tun Mustapha Harun (b. 1918 – d. 1995)
  • 16 Sep 1965 – 16 Sep 1973 Datuk Pangeran Ahmad Rafai (b. 1907)
  • 16 Sep 1973 – 28 Jul 1975 Tun Mohd Fuad Stephens (b. 1920 – d. 1976)
  • 28 Jul 1975 – 12 Oct 1977 Datuk Mohamad Indan Kari (b. 1921) (from 197., Tun Mohd Hamdan)
  • 12 Oct 1977 – 25 Jun 1978 Tun Ahmad Koroh (b. 1925 – d. 1978)
  • 27 Jun 1978 – 31 Dec 1986 Tun Datuk Mohamad Adnan Robert (b. 1917 – d. 2003)
  • 1 Jan 1987 – 31 Dec 1994 Tun Mohamad Said Keruak (b. 1926 – d. 1995
  • 1 Jan 1995 – 31 Dec 2002 Tun Sakaran Dandai (b. 1930)
  • 1 Jan 2003 – now Datuk Ahmadshah Abdullah (b. 1946)
  • Datuk Seri Panglima Juhar bin Mahiruddin
Sumber : Worldstatesmen

13 January 2011

Rakyat Boleh...Pemimpin Politik..???

RAKYAT SABAH SEBENARNYA BOLEH BERSATU
UNTUK MENSTABILKAN POLITIK DAN
MENTERJEMAH 20 PERKARA
DENGAN BAIK...TETAPI PEMIMPIN POLITIK SABAH
YANG  "Tiiiidak Boleh Bersatu" KERANA MASING-MASING
JAGA PERIUK NASI SENDIRI.
"KEUNTUNGAN didahulukan,
TUTUP MULUT DIUTAMAKAN,
rakyat DIBELAKANGKAN






Saya hairan dengan pemimpin2 besar parti politik di Sabah ni...konon dengan lantang mahu memperjuangkan nasib masyarakat KadazanDusunMurut (KDM), tapi dari tindakan peribadi pemimpin dan kuncu-kuncunya lari dari tujuan. Tidak keterlaluan saya katakan, HANYA PBS yang berjaya melakukan hal demikian, tetapi ITU DULU...Bila masuk "Mulut Naga" tidak dapat berbuat apa-apa lagi sebab kepentingan sendiri lebih diutamakan daripada berkorban untuk rakyat.

Rakyat Sabah bukan tidak tahu, bagaimana sejarah dan fakta menceritakan dan bagaimana tertubuhnya beberapa parti seperti AKAR, PBRS, PDS (Upko) yang telah merosakkan kekuatan PBS dulu. Sekarang masing-masing satu meja tetapi masing-masing berpaling muka.

Pemimpin-pemimpin ini bukan main lantang menentang kemasukan Umno di Sabah, tetapi kerana tawaran dan suapan, mereka menggadaikan maruah politik Sabah. Perjuangan yang dilaungkan dahulu hanyalah cita-cita yang terkubur.

Dalam kehangatan isu pilihan raya ke-13 ini, Pakatan Rakyat (Keadilan, Pas dan DAP) cuba untuk merungkai masalah yang dihadapi. Bukan saja masalah di Sabah tetapi Malaysia secara amnya. Pakatan Rakyat memasuki pintu Sabah dengan izin, berbincang dan menetapkan kata putus dalam menetapkan hala tuju nasib negeri Sabah. Semua perkara ini tercatat dalam Buku Jingga yang telah diteliti untuk menjaga kepentingan negeri masing-masing agar tidak dicerobohi dengan sewenang-wenangnya seperti yang dilakukan oleh Umno. Namun sayangnya, segelintir rakyat Sabah malah menuduh kemasukan Pakatan Rakyat di Sabah sebagai "Penjajah" seperti Umno. Ini disebabkan peribadi-peribadi tertentu malas membaca fakta, kekurangan pengetahuan atau memang buta terhadap kebenaran.

Saya agak bersetuju jika Umno dituduh sebagai "Penceroboh dan Penjajah" negeri, sebab mereka datang dengan perlengkapan senjata kekuasaan dalam bidang kepolisian, kehakiman, pendidikan, dan banyak lagi. Malah sampai sekarang keadaan di Malaysia lebih dasyhat kejahatan yang dilakukan dan disembunyikan kepada rakyat kerana mereka juga menguasai bidang multimedia.

Sekarang ini, dalam kehangatan PRU-13, terdengar rintihan rakyat jelata Sabah yang memerlukan perubahan dan mengubah kembali hala tuju kemajuan negeri Sabah yang telah rosak akibat penipuan pihak Barisan Nasional. Namun apa yang mengelirukan, rakyat Sabah mahu menolak Pakatan Rakyat dengan alasan TUBUH PARTI BARU, biarlah negeri Sabah ditadbir oleh parti tersebut.

Parti apa? Siapa pemimpinya? 

Dahulu, rakyat Sabah berpaut kuat dengan perjuangan Parti Bersatu Sabah, kerana benar-benar dilihat memperjuangkan hak-hak Sabah, mereka berhempas-pulas dan berkorban untuk berjuang, namun sayangnya parti ini tidak boleh mentadbir negeri ini sepenuhnya kerana ADA KERAJAAN PERSEKUTUAN yang dikuasai oleh Umno. Tiada pilihan lain, PBS terpaksa bergabung semula dengan Persekutuan. Rakyat dengan berdebar-debar menantikan kesinambungan perjuangan mereka, namun apa yang diharapkan oleh rakyat ternyata mengecewakan. Pemimpin yang dilihat dan diharapkan menjadi BISU seribu bahasa. Semuanya disebabkan 'tawaran dan suapan' untuk meneruskan kehidupan masing-masing dan membelakangi aspirasi rakyat.

Sekarang suara-suara mengatakan HARUS ADA PARTI BARU, ternyata Datuk Dr.Jeffrey Kitingan menyahut cabaran itu. Maka tertubuhlah sebuah parti tempatan yang kurang jelas identitinya kerana dari gaya bahasanya sahaja sudah terpesong dari identiti masyarakat KDM, parti tersebut adalah "United Borneo Front" (UBF). Benarkah Dr.Jeffrey orang yang tepat untuk diharapkan memperbaiki keadaan. Yang menghairankan kebanyakan daripada peribadi yang bergabung dengan Dr.Jeffrey berasal dari Parti Keadilan. Beberapa di antara mereka telah dikenakan tindakan disiplin kerana isu penubuhan "Parti Cinta Sabah". Oleh kerana masalah perebutan kuasa dan jawatan dalam Parti Keadilan dan mereka tidak terpilih, maka mereka beralasan untuk menubuhkan parti tersebut.

Mampukah UBF untuk memandu negeri Sabah? Adakah Dr.Jeffrey masih mendapat kepercayaan dari presiden parti tempatan Sabah seperti Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitangan (PBS), Datuk Joseph Kurup (PBRS), YB.Bernard G.Dompok (Upko), V.K. Liew (LDP). Datuk Yong Teck Lee (SAPP) dan beberapa pemimpin berpengaruh yang lain. Semua tahu bahawa Dr.Jeffrey pernah memporak-perandakan situasi politik tempatan di Sabah yang melibatkan parti-parti yang disebutkan dan akibatnya fatal.

Sanggupkah semua Presiden parti membubarkan parti masing-masing dan bergabung dalam SATU PARTI BESAR yang baru? Bayangkan perlawanan pilihanraya disetiap kawasan hanya melibatkan 3 calon besar Contohnya, Parti Mandat Rakyat vs Umno vs Bebas kita dapat bayangkan keseronokan tersebut. Namun parti baru tersebut tidak dapat lepas dari perkongsian kuasa dengan Parti Pemerintah Persekutuan "Pakatan Rakyat". Kembalikan pemikiran kita semasa era BERJAYA.

Namun semua ini hanyalah angan-angan rakyat, dan TIDAK PERNAH menjadi ANGAN-ANGAN pemimpin utama politik, sebab takut kehilangan kuasa. Biarlah angan-anagn rakyat ini hanya berkumandang dan memanaskan kerusi di warung-warung kopi dan restoran.

Oleh:  are_wish@hotmail.com (awis)

MARILAH MELAKUKAN PERUBAHAN BERSAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...