Isu yang SSKM perjuangkan dan para nasionalis Borneo, ialah “PERKARA 1 - Agama” di dalam perkara yang ada dalam Perjanjian Malaysia 1963. Kenapa perkara ini menjadi perkara nombor satu? Kerana hal ini sangat penting untuk diperhatikan.
Perkara 1 ini harus dibincangkan, kerana apa yang kita lihat senario berlaku di Sabah khususnya banyak perkara yang melanggari “Kedaulatan Undang-Undang” melalui rukun negara. Kita tidak membantah bahawa agama Islam itu sebagai agama kebangsaan Persekutuan Malaysia. Tetapi lakukanlah dengan cara yang betul dan dapat diterima akal. Kita bukan membicarakan soal Islam adalah benar dan Kristian adalah benar. Agama hanyalah agama, dan tidak menjamin keselamatan akhirat kepada manusia. Tetapi manusia secara peribadi di dalam agama itulah saja yang dapat menentukannya. Agama boleh dipermainkan di mata manusia, jangan hairan jika sebahagian mereka yang bergelar Pope, Paderi, Rahib, Katekis, Pastor, Evangelis, Penatua dan sebagainya hanya berdiri di balik gelar tersebut sedangkan hidupnya jauh dari jalan kebenaran? Begitu juga dengan Islam, di mana kelihatan bersongkok, bertudung, bersolat tiap hari malah bergelar Imam, Haji, Ustaz, Ustazah, Kiyai, dan sebagainya tetapi tiap hari mengeluarkan kata-kata hasutan, memaki, menghina dan melakukan hal-hal yang jahat?
Point yang dibicarakan oleh SSKM mengenai agama, bukan soal keselamatan, etika dan martabat agama tersebut. TETAPI di mana praktikknya “Kedaulatan Undang-Undang”, di mana praktikknya “Keluhuran Perlembagaan”, di mana praktikknya “Kesopanan dan Kesusilaan” antara sesama manusia? Kenapa melaksanakan hal beragama menimbulkan sakit hati antara sesama dan tidak dapat diterima dengan akal sihat? SEBABNYA, Kerana kehilangan rasa hormat antara sesama manusia, hidup tidak bersusila dan tidak sopan.
APA SEBENARNYA YANG SENSITIF? untuk dibincangkan, dalam kontek Malaya, Sabah dan Sarawak? Jika kita melihat gambar seperti di bawah ini, di mana sebenarnya yang SENSITIF? Berdaulatkah undang-undang yang dipraktikkan di Malaysia?
Pengislaman dengan cara TIDAK BERETIKA dan melanggar tatasusila beragama
dan mencabul kedaulatan undang-undang
Apa sebenarnya yang perlu kita lihat sebagai isu sensitif? Sekali lagi, hak untuk memilih mana-mana agama untuk dianuti adalah BEBAS di Sabah/Sarawak. Walaupun agama Islam adalah agama yang telah ditetapkan sebagai agama kebangsaan, TETAPI ‘budaya beragama’ di Malaya tidak boleh diserapkan di kalangan rakyat Borneo.