01 November 2015

40% Rakyat Sabah Mahu Keluar Dari Gabungan Persekutuan Malaysia

Benarkah Pilihan Raya Umum Malaysia
Adalah Jalan Penyelesaian Masalah Sabah?

   Ramai rakyat Sabah yang sepintas lalu agak terkilan dan membantah bila melihat peratusan yang dibuat seperti gambarajah di atas. Bantahan ini sudah pasti berlaku pertindihan cara fikir kerana yang pastinya pemikiran rakyat Sabah memang terbahagi kepada golongan-golongan seperti yang disenaraikan. Golongan membantah pastinya berada di dalam golongan 30%, 15% dan 10% kerana mengambil kira kepentingan Malaysia dan memikirkan banyak faktor tentang kemampuan Sabah untuk berdiri sendiri.

   Isu Sabah dan Sarawak mahu keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia bukanlah satu isu yang baru. Hal ini sudah lama berlaku. Sekitar tahun 1962, banyak parti-parti politik tempatan tumbuh bagai cendawan yang mewakili golongan masyarakat tertentu kerana isu yang timbul dan panas pada masa itu adalah 'Pembentukan Persekutuan Malaysia" yang mana akan melibatkan negara Sabah. Parti-parti politik tempatan tersebut muncul kerana ingin membantah pembentukan tersebut dan tidak mahu Sabah terlibat, kerana rakyat Sabah mahukan kemerdekaan di tangan British pada ketika itu.

   Akhirnya pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia berjaya juga dibentuk kerana usaha keras dari Tunku Abdul Rahman memujuk pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak dengan pelbagai cara, termasuklah membawa beberapa pemimpin Sabah memperlihatkan kemajuan di tanah Malaya dan dan Sabah dijanjikan bahawa itu akan berlaku di Sabah. Namun apa yang dapat dilihat pada masa kini, sudah 52 tahun Sabah berada di dalam Persekutuan Malaysia namun keadaan isnfrastruktur Sabah sangat jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri dalam jajahan Tanah Melayu. Walhal Sabah mempunyai banyak sumber kekayaan bumi dan boleh menjadi antara negara terkaya di dunia sekiranya tidak menyertai pembentukan Malaysia akibat tipu daya pemimpin Malaya.

   Saban hari keadaan politik di Malaysia semakin merunsingkan dan Malaysia dipermalukan di mata dunia. Daripada lima orang Perdana Menteri Malaysia yang pernah ada, era kepemimpinan Najib Razak lah yang paling buruk terjadi kepada Malaysia. Di mana rakyat terbellenggu dengan kemerosotan ekonomi
dan kejatuhan nilai ringgit yang amat teruk. Hutang negara semakin hari meningkat. GST diperkenalkan dengan tujuan memungut cukai dipelbagai peringkat yang sebenarnya setiap rakyat membayar tidak kurang RM19.90 setiap hari dan melalui BR1M kadar pemberiannya kepada rakyat kononnya dinaikkan dalam belanjawan 2016, jika diteliti kerajaan hanya memberikan nilai pulangan kepada rakyat hanya dalam beberapa sen sahaja.

  Akibat kemelut dan masalah yang berlaku pada Malaysia, rakyat Sabah dan Sarawak sudah ditahap hilang sabar. Ini ditambah lagi dengan sikap beberapa pemimpin Melayu Umno yang bersikap provokasi, diskriminasi terhadap agama dan bangsa, hanya mementingkan bangsa Melayu dan hampir setiap hari rakyat disodorkan dengan berita-berita yang kelihatannya bodoh seperti kenyataan Ahmad Maslan, Rahman Dahlan, Salleh Said Kuruak termasuk perdana menteri sendiri. Perkara yang jelas terjadi, rakyat yang bersuara tentang hak-asasi, kebenaran dan demokrasi dilabelkan sebagai pengkhianat negara dan akan dikenakan tindakan undang-undang, malah akan dibunuh dengan pelbagai cara. Tetapi menteri-menteri serta kroni-kroni kerajaan yang didapati dengan jelas melakukan kesalahan, kesnya ditangguhkan dengan begitu lama di mahkamah sehinggalah kes tersebut diabaikan atau dilupakan.

   Satu kumpulan suara rakyat Sabah dan Sarawak dalam laman web sosial Facebook yang dinamakan 'Sabah Sarawak Keluar Malaysia' (SSKM) yang tertubuh sejak 9hb. Ogos 2011 cuba untuk memberikan dan menyebarkan info-info berkaitan Sejarah yang benar bagi Negara Sabah dan Sarawak. Sebab apa yang dipelajari oleh masyarakat Malaysia selama ini dalam pendidikan Malaysia, khususnya mata pelajaran Sejarah semua kandungannya telah dimanipulasi dan
banyak penipuan yang dilakukan. Menyedari hal ini, pihak SSKM gabungan anak-anak muda Sabah dan Sarawak telah berusaha dengan sedaya-upaya memberikan kesedaran kepada rakyat. Sejak tahun 2011 hingga 2012, jumlah ahli kumpulan facebook itu sudah mencapai 20 ribu pengikut. Tetapi kesilapan telah berlaku, di mana akaun kumpulan ini digodam sehinggalah group tersebut ditutup. Dengan tidak berputus asa, sekali lagi kumpulan ini membuat akaun baru dengan nama yang sama dan sehingga pada hari ini 01hb. November 2015 ahli kumpulan SSKM ini berjumlah 22,571 orang.

     Daripada jumlah 22,571 orang ahli, dapat disimpulkan bahawa 85% ahli dalam kumpulan ini sangat bersetuju agar Sabah dan Sarawak keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia. Kumpulan SSKM ini juga membuat satu petisyen online yang mempunyai hubungan dengan perundangan antarabangsa untuk memungut tandatangan rakyat bagi persetujuan agar kedudukan Sabah dan Sarawak disemak semula dan akan mengambil satu kaedah baru melalui Perjanjian Malaysia 1963, samada mahu kekal dalam gabungan Persekutuan Malaysia atau Sabah dan Sarawak akan keluar untuk menjadi sebuah negara yang berdaulat.

   Melalui pungutan suara rakyat mengenai isu Sabah dan Sarawak keluar Malaysia, ada beberapa perkara yang perlu dilihat bagi membuktikan bahawa rakyat Borneo pada masa kini ingin keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia. Jika dalam masa terdekat ini ada peluang atau akan diadakan satu pungutan suara (referendum) untuk menentukan bahawa rakyat mahu Sabah khususnya mahu keluar atau tidak dari gabungan Malaysia, pastinya 65% atau lebih rakyat Sabah akan memilih untuk keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia.

  • Dalam kumpulan facebook SSKM, tidak dapat disangkal lagi bahawa 85% daripada ahlinya yang sehingga kini berjumlah 22,571 orang mahukan Sabah dan Sarawak keluar Malaysia.

  • Satu laman web khusus sebagai tempat mendapatkan info-info yang bernas dan benar mengenai isu Sabah dan Sarawak serta fakta-fakta sejarahnya iaitu http://www.sabahsarawakmerdeka.com  m e m b u a t  satu pungutan undian khas, samada rakyat bersetuju atau tidak agar Sabah dan Sarawak keluar Malaysia, dengan mengambil jumlah 200 orang pengundi yang memberikan respon bagi perkara itu, 89% daripadanya bersetuju bahawa Sabah dan Sarawak keluar dari gabungan Malaysia.

  • Satu lagi laman web rasmi yang dibuat untuk menarik reaksi rakyat tentang perkara ini adalah adalah laman web rasmi 'Sabah Sarawak Union - United Kingdom (SSU-UK)', iaitu pertubuhan NGO yang didaftarkan khas di negara United Kingdom. Keputusan undian menunjukkan bahawa 96% bersetujua agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Lihat: http://www.ssuuk.com menunjukkan bahawa 3 soalan yang diminta; a) Kekal di dalam Malaysia 3%, b) Berpisah dari Malaysia 96%, dan c) Tidak dapat buat kata putus 2%

  • Laman Web Free Malaysia Today (FMT) mengeluarkan satu artikel khas mengenai perkara ini, di mana kajian-kajian dari pihak tertentu menunjukkan bahawa 97% rakyat Sabah dan Sarawak mahu keluar dari gabungan Malaysia. Kenyataan ini menyatakan bahawa ramai rakyat Borneo yang bersetuju negara dari Borneo itu mahu keluar walaupun dinafikan oleh banyak pihak.

  • Berikutnya adalah laman web tulisan daripada blogger Malaya yang memberikan ulasan mengenai kaji selidik rakyat Sabah dan Sarawak tentang isu bagi keluar dari gabungan Malaysia. Menurut tulisan dan rumusan yang dibuat oleh blogger ini bahawa 70% rakyat di Borneo ini mahu menuntut kemerdekaan dan seterusnya keluar dari gabungan Malaysia. (http://gajahmenta.blogspot.my/2014/08/malaysia-timur-akan-keluar-malaysia.html)

  • Laman web 'The Malaysia Insider' juga membuat kenyataan bahawa 72% rakyat Sabah dan Sarawak mahu keluar dari gabungan Malaysia bagi menyelesaikan ketidakpuashatian rakyat di kedua tempat ini
   Banyak lagi artikel yang berkaitan tentang undian atau mengambil kata putus dari rakyat samada Sabah dan Sarawak mahu keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia, rata-rata rakyat mengatakan bersetuju atau jika ada peluang semuanya menjawab 'YA SETUJU'. Terdapat juga posting-posting di dalam laman Facebook atau Tweeter mengenai perkara ini dan secara bergurau atau serius membuat pertanyaan "Siapa setuju Sabah dan Sarawak Keluar dari gabungan Malaysia, sila jawab A atau B". Melalui tanya jawab ini saja pun menunjukkan bahawa daripada jawaban yang diperolehi hampir 90% rakyat menjawab 'A'.

  Satu petisyen yang dibuat dan sedang rancak berjalan pada masa kini (2015), ialah "GoPetition - Changing The World" (Call for Sabah Sarawak Rights), di mana satu ruang untuk rakyat Sabah dan Sarawak serta masyarakat global menurunkan tandatangan secara online dengan bersetuju bahawa Sabah menuntut hak-hak yang dimanipulasi dan menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyamar dan berselindung dengan nama "MALAYSIA" sebenarnya telah menjajah Sabah dan Sarawak. Dalam petisyen ini setakat bulan November 2015, sebanyak 62890 jumlah tandatangan yang diperolehi dan dapat diambil satu rumusan bahawa 80% daripada mereka yang telah menurunkan tandatangan mereka di sini adalah bersetuju bahawa Sabah dan Sarawak mahu keluar dari Gabungan Persekutuan Malaysia.

   Melalui peratusan gambarajah di atas menunjukkan bahawa peratusan ini hampir tepat untuk menunjukkan bahawa 40% rakyat Sabah khususnya, mahu keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia atau dengan kata lain rakyat Sabah mahu keluar dari bellenggu penjajahan kuasa Malaya yang telah mencengkam Sabah selama 52 tahun. Kesedaran rakyat semakin hari semakin meningkat mengenai penipuan pemimpin-pemimpin Malaya sejak tahun 1963 melalui buku-buku teks, risalah-risalah pemerintah, media massa dan semua saluran rasmi untuk memanipulasi semua perkara berkaitan Sabah dan Sarawak.

   Golongan rakyat Sabah bagi 30%, 15% dan 10% adalah mahu kekal di dalam Malaysia tetapi semua perkara diselesaikan melalui politik, iaitu dengan cara Pilihan Raya Umum Malaysia. Golongan ini kebanyakkannya adalah ahli fikir yang mempertimbangkan banyak perkara. Bagi ahli-ahli politik pro parti Malaya, mereka tentunya mahu bertahan kerana suatu peluang yang diperolehi melalui
cara politik. Ahli-ahli politik pro parti tempatan pula yang mahu kekal di dalam Malaysia adalah mereka yang mahu memperjuangkan pelaksanaan kuasa autonomi penuh kepada Sabah yang sepatutnya sudah dilaksanakan sejak tahun 1963. Bagi golongan 5%, iaitu rakyat yang tidak suka dengan gaya berpolitik individu yang sentiasa korup, menipu dan mementingkan diri sendiri. Oleh itu mereka malas untuk mengambil tahu dan terlibat dengan apa-apa juga yang berkaitan dengan politik.

   Setakat ini, belum ada suatu kajian yang rasional menunjukkan bahawa rakyat Sabah khususnya membantah dengan peratusan tinggi 70%-100% bahawa Sabah akan bertahan di dalam gabungan Persekutuan Malaysia. Yang pasti semakin hari rakyat Sabah mulai sedar dan bangkit bahawa akan tiba masanya Sabah akan berdiri sebagai sebuah Negara berdaulat dan secara perlahan-lahan peluang dicari untuk merealisasikan impian seluruh rakyat Sabah.

   Sabah sepatutnya dan sangat wajar lebih maju daripada Kuala Lumpur, bandar Selangor, bandar Johor dan negeri-negeri lain kerana memiliki aset kekayaan yang sangat banyak. Tetapi sebaliknya, sehingga kini Sabah adalah negeri yang diiktiraf dalam Malaysia sebagai "Negeri yang termiskin". Siapa pun anda yang telah membaca artikel ini, pendedahan info sejarah dan manipulasi kebenaran mengenai Negara Sabah jelas dan boleh diperolehi. Jika anda seorang rakyat Sabah, anda mungkin akan membantah Sabah keluar dari Malaysia kerana; 1) Anda mempunyai agenda peribadi dalam politik bagi suatu keuntungan dan peluang, 2) Anda tidak pernah mengambil tahu atau membaca fakta-fakta yang didedahkan, 3) Anda berada di dalam golongan 5% dalam graf di atas. Sudah tiba masanya kita memberikan peluang kepada rakyat Sabah sendiri mentadbir dan memajukan Negara Sabah dan akan berdiri sebagai sebuah negara di antara yang terkaya di dunia.
YB.Dtk Dr. Jeffrey Kitingan satu-satunya pemimpin yang memegang prinsip perjuangannya, iaitu memperjuangkan Borneonisasi. Walaupun mengalami pelbagai serangan dari musuh-musuh politiknya, ia tetap meneruskan agenda perjuangannya sehingga kini.
 Pengakuan fakta sejarah mengenai Sabah dan Sarawak oleh pemimpin Malaya yang telus dalam arena politik.
Reactions:

1 comments :

telasmosquiteira-sp.com.br

telas mosquiteira
telas mosquiteiro

As telas mosquiteira sp , telas mosquiteiro sp garantem ar puro por toda casa livrando-a completamente dos mosquitos e insetos indesejáveis. As telas mosquiteira garantem um sono tranquilo a toda família, livrando e protegendo-nas dos mais diversos insetos. Muitos destes insetos são transmissores de doenças e a tela mosquiteira é indispensável no combate a mosquitos transmissores de doenças.

A dengue, por exemplo, já matou centenas de pessoas só na capital de São Paulo e um pequeno investimento em nossas telas mosquiteiras podem salvar vidas. As telas mosquiteiras também impedem a entrada de insetos peçonhentos como as aranhas e os escorpiões, estes insetos também oferecem risco, pois seu veneno em poucos minutos podem levar uma criança a morte.
telas mosquiteira jundiai
telas mosquiteiro jundiai
telas mosquiteira aplhaville
telas mosquiteiro alphaville
telas mosquiteira granja viana
telas mosquiteiro granja vinana
telas mosquiteira cotia
telas mosquiteiro cotia
telas mosquiteira tambore
telas mosquiteiro tambore

A chegada da temporada Primavera/Verão traz consigo a elevação da temperatura e a maior ocorrência de chuvas. Mas não é só isso. As estações mais quentes do ano causam muita dor de cabeça e muitos zumbidos indesejáveis em função das pragas urbanas – pernilongos, baratas, cupins e outros insetos -, que afetam todas as regiões brasileiras.

Nossa missão é oferecer telas mosquiteiras de qualidade a um preço acessível, fazendo com que as telas mosquiteiras sejam uma opção viável para muitas pessoas.

telas mosquiteiras Jundiaí
telas mosquiteiro Jundiai
telas mosquiteiras jundiai
telas mosquiteiro industria
telas mosquiteira restaurante
telas mosquiteiro restaurante
telas mosquiteira empresa
telas mosquiteiro empresa

Post a Comment

Sila Berikan Komen ATAU Sumbangan Artikel/Bahan Anda:-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...