08 February 2015
Apa Sebenarnya Masalah Malaysia?
Ugutan, Tangkapan dari pihak pemerintah kepada rakyat melalui sukarelawan SSKM, NGO, dan aktivis politik tempatan akan menyuburkan semangat rakyat Borneo untuk terus lantang bersuara! Apakah solusi sebenarnya yang terbaik untuk diambil oleh pemerintah?
30 January 2015
10:04 AM
Alfred Dent
,
filipina
,
kiram
,
nipuhawang blogspot. awis72
,
overbeck
,
sultan suluk
,
suluk
No comments
SULUK TIADA HAK PEMILIKAN TANAH SABAH!
PERBETULKAN SEJARAH SABAH YANG SALAH
DALAM BUKU TEKS PENDIDIKAN MALAYSIA!
Disusun Oleh: are-wish@hotmail.com
Negeri Sabah adalah jajahan takluk Negara Brunei Darussalam seawal pemerintahan Sultan Brunei yang pertama, Sultan Muhammad Shah (Awang Alak Betatar) (Tahun 1363- 1402 masehi) sehingga ke penghujung abad ke-19 selama 500 tahun.
Semasa Perang Saudara Brunei (1661-1673), Sultan Muhyiddin telah menjanjikan wilayah pesisir pantai timur Sabah kepada sepupu beliau Sultan Suluk jika membantu beliau memerangi Sultan Abdul Hakkul Mubin (yang berkubu di Pulau Chermin di mulut Sungai Brunei pada tahun 1673). Walau bagaimanapun, pihak Suluk tidak menjalankan tugas yang diberikan dengan baik menyebabkan kemurkaan Sultan Muhyiddin yang enggan menyerahkan Sabah kepada Kesultanan Suluk. Sejak itu pihak Kesultanan Suluk hanya menuntut wilayah timur Sabah. Ini terbukti daripada catitan "The History of Java" oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1817 yang mengatakan bahawa "On the north-east of Borneo proper [Brunei] lies a very considerable territory [Sabah], the sovereignty of which has long been claimed by Sulu government". [claimed= menuntut, bukan bererti 'menguasai']
Sehinggalah pada tahun 1865, Sultan Abdul Momin Brunei telah memajakkan wilayah barat Sabah [yang dituntut Suluk] kepada Charles Lee Moses (Moses kemudian menjual haknya kepada W.J. Torrey dan Torrey menjual haknya kepada Baron von Overbeck, Konsul Empire Austro-Hungary di Hong Kong). Baron von Overbeck bersama Alfred Dent (Hong Kong) kemudiannya menubuhkan the Dent Company. Pada tahun 1877, Baron von Overbeck telah ke Brunei untuk membuat perjanjian pajakan baru dengan Sultan Abdul Momin. Sultan Abdul Momin Brunei telah melantik beliau menjadi Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan. Menyedari pihak Suluk juga menuntut wilayah timur Sabah pada masa itu, Baron juga membuat perjanjian dengan Sultan Suluk ke atas wilayah timur Sabah yang dituntut Suluk sebagai jaminan mengelak masalah2 di kemudian hari (dan beliau dilantik oleh pihak Suluk sebagai Raja Sandakan dan Dato Bendahara). Duit pajakan wilayah Sabah yang dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei ialah $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong Brunei, manakala duit yg dibayar kepada Sultan Suluk ialah $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada 1878. Baron von Overbeck kemudian menjual semua haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menyerahkannya kepada Kerajaan British.
Jika dilihat pada dokumen2 pajakan Sabah pada Disember 1877 ada terkandung syarat jika Baron von Overbeck atau pengganti2nya tidak membayar sewa pajakan selama 3 tahun maka Sultan Brunei/ Temenggong Brunei berhak mengambil balik semua wilayah yang dipajakkan itu. Akan tetapi Brunei TIDAK menuntut Sabah. Ini adalah kerana rakyat Sabah telah memilih Malaysia pada 1963, itulah pilihan yang dihormati walaupun terasa pilu di hati sesetengah rakyat Brunei pada masa itu. Dan sehingga kini, hubungan rakyat Brunei dan Sabah (Malaysia) tetap erat bagaikan kerabat, walaupun tidak duduk serumah (senegara) tetap duduk berjiran (bernegara jiran), tetap mesra dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Yang berhak pula TIDAK menuntut, sebaliknya yang tiada berhak (Suluk) yang malar menuntut.
Bersama ini dilampirkan dokumen-dokumen perjanjian pajakan Sabah pada tahun 1877 yang berkaitan iaitu BUKTI-BUKTI SABAH ADALAH DI BAWAH PEMERINTAHAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEHINGGA 29HB DISEMBER 1877 DAN SEBELUM ITU TIDAK PERNAH DISERAHKAN KEPADA MANA-MANA NEGARA/ KERAJAAN (TERMASUK SULUK). Untuk makluman semua, dokumen-dokumen asal ini adalah disimpan di Public Record Office, Londan dan mempunyai bilangan rujukan Colonial Office: 874/2, 874/17, 874/18, 874/19 & 874/20.
Petikan Sejarah dari buku-buku teks
Sumber Daripada: Mr. Milin Biok Jr.
25 January 2015
8:54 AM
6.6.1976
,
666
,
nomad
,
tragedi double six
,
tugu peringatan double six
,
tun fuad stephens
No comments
Di Mana Catatan Peristiwa Itu?
Di Mana Catatan Peristiwa Itu?
Pernah baca tentang riwayat seekor anjing milik Prof. Hidesaburō Ueno? Ia memiliki seekor anjing yang sentiasa bersamanya pagi dan petang untuk melalui hari-hari bersama. Hachiko nama anjing tersebut akan menghantar tuannya ke stesen keretapi dan balik rumah. Petangnya, Hachiko akan bergegas ke stesen dan menunggu Prof. Ueno untuk menjemputnya pulang. Inilah rutin harian mereka. Sehingga pemilik anjing tersebut meninggal di tempat kerjanya, Hachiko terus menunggu beberapa tahun sehingga ia meninggal di tempat penantiannya.
Monumen Hachiko dibina, kerana kesetiaannya kepada tuannya. Dalam kisah ini, riwayat seekor anjing saja dicatat dan dibaca oleh manusia dan mengambil teladannya. Namun apa yang dapat dilihat pada Tugu Peringatan Double Six, samasekali tiada temuan catatan riwayat dan kisah di sebalik kejadian tersebut. MUNCUL beribu pertanyaan, KENAPA? Adakah kisah ini berlaku suatu konspirasi sehingga hal ini disembunyikan? Di manakah "kotak hitam" kapal tersebut?
Tuhan pasti menegakkan keadilan-Nya.
Tuhan pasti menegakkan keadilan-Nya.
08 December 2014
TERSURAT DARI YANG TERSIRAT!
Peribadi yang saya anti dan tak suka dalam arena politik sebelum ini, kerana hanya melihat luarannya. Setelah menilai dengan hati terbuka dan memahami senario yang berlaku, barulah saya tau siapa peribadi ini..! Saya tidak menilai di mana parti politiknya, tetapi memahami apa INTI dari PERJUANGANNYA!
Anda bersetuju atau tidak, rakyat Negara Sabah & Sarawak sudah dan sedang merasakan perjuangannya! Dia bukan sekadar berjuang masa pilihanraya saja, tidak seperti politikus yang lain hanya hebat masa PRU atau hanya menunggu PRU baru menunjukkan kehebatannya.
Dia sekarang sudah bergelar "YANG BERHORMAT", sepatutnya jika hal ini lah yang dia inginkan sebagai tujuan politiknya semata-mata, maka dia sudah boleh duduk goyang kaki dan menikmati percutian di Eropah atau jelajah dunia sambil mendagu dan menonton apakah yang akan berlaku kepada Sabah dan Borneo secara keseluruhan.
Untuk mendapat "keuntungan yang lebih", dia boleh tawarkan 'YB' nya kepada komponen BN, supaya asap cerut yang sebelum ini kecil, akan lebih besar dan semerbak wanginya.
Tapi BUKAN itu tujuannya, dia mempunyai strategi tertentu untuk dapatkan gelar YB itu, sebab parti politik sebelum ini TIDAK MAHU atau TIDAK SANGGUP memikul "agenda Perjuangan yang di bawanya", sebab para pemimpin parti itu bertujuan "politik untuk sara hidup dan keluarga". Rakyat Borneo khususnya, sudah dapat menilai apa sebenarnya yang dia perjuangkan dan bahangnya semakin terasa. Para lawan, pengkritiknya tidak mampu berkata apa lagi, kerana mereka tau cakap tapi tidur lebih!
Dia pernah dipaksa untuk membuat pegajian di Penjara Kemunting tanpa diwisudakan untuk suatu gelar tertentu, dia tetap akur dan berjaya melakukannya. Kendatipun olokkan dan sepak terajang pihak lawan dilancarkan kepadanya, dia tidak habis-habis berjuang dan tidak lari dari asas perjuangannya yang pertama. Ternyata apa kritikan terhadapnya selama ini hanyalah "propaganda politik" semata-mata kerana pihak lawan bukan menentang agenda yang dia perjuangkan, tetapi kerana suatu tujuan politik peribadi.
Melalui perjuangan yang dilakukannya, rakyat sudah mulai sedar, bangun dan bangkit menuntut hak yang telah dipertikai selama 51 tahun. Hal yang tidak pernah didedahkan selama ini telah terbongkar kerana dia dan para nasionalis yang lain telah melakukannya untuk rakyat. Sekarang ini telah muncul suatu gelombang kebangkitan rakyat yang sangat besar dan fenomena ini belum pernah berlaku sebelum ini. Teruskan perjuanganmu!
KAMI RAKYAT SABAH & SARAWAK BERJUANG BERSAMAMU!
Terima kasih YB. Datuk Dr. Jeffrey G Kitingan
4:11 AM
awis72
,
kemerdekaan
,
manipulasi sejarah
,
nipuhawang blogspot
,
putar belit
,
sejarah sabah. north borneo
,
sskm
No comments
FAKTA Sejarah: Untuk rakyat Sabah
SEDAR DARI PENIPUAN DAN PERMAINAN POLITIK!
31hb. Ogos 1957 upacara menurunkan bendera Union Jack, dan menaikkan BENDERA "Persekutuan Tanah Melayu" - BUKAN "Jalur Gemilang", kata Jalur Gemilang hanya muncul pada tahun 1997. Bendera Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu, jalur Merahnya hanya 6, Putih 5, dn pecahan Bintangnya 11. Rekabentuk bendera tersebut dikekalkan dengan menambah bilangan jalurnya dan bintang selepas Pembentukan Malaysia 1963.
Jadi.. jangan keliru, bendera yang dinaikkan pada waktu itu 31.8.1957 adalah bendera Persekutuan Tanah Melayu dan laungan "Merdeka" adalah semangat kemerdekaan bagi 'Bangsa-bangsa Melayu'.
....Salam Merdeka Tanah Semenanjung dn Salam Merdeka rakyat Sabah!
Kibarkan Bendera Sabah dan Jalur Gemilang.
MALAYSIA tidak pernah merdeka. Mengapa? Pernahkah Malaysia dijajah? TIDAK! Apa yang perlu disambut ialah Hari Malaysia (Malaysia Day) pada 16 September setiap tahun.
Bukankah dengan mengatakan Malaysia Merdeka, ia membawa erti seolah-olah Malaysia pernah dijajah oleh kuasa asing? Kalau betul Malaysia dijajah, siapakah yang menjajah Malaysia?
Setahu saya, hanya North Borneo (Sabah), Sarawak, Singapore dan Malaya sahaja yang dijajah oleh kuasa asing iaitu British. Pada 31 Ogos 1957 adalah hari kemerdekaan Malaya yang bebas daripada kuasa asing manakala Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963.
Maka, jangan keliru akan perkara ini yang telah diputar belitkan oleh kerajaan Malaya kerana 'Malaysia' adalah nama yang dipersetujui oleh empat buah negara yang ingin membentuk negara bersekutu.
Walaupun sebelum itu, Malaya ingin mengunakan nama Melayu Raya dalam persekutuan ini (konsep yang dicuri daripada Indonesia yang berkeinginan untuk mewujudkan negara Indonesia Raya) tetapi tidak diterima oleh 3 buah negara kerana ia lebih mengambarkan Kemelayuan.
Maka, sedarlah akan hal ini. Kibarkan bendera Sabah dan bukan bendera Jalur Gemilang kerana jikalau anda sedari, itu adalah bendera penjajah!
Oleh itu, saya menyeru anda sekalian yang menggelarkan diri mereka 'Anak Sabah', 'Bangsa Sabah', 'Bangsa yang Merdeka dan Berdaulat' dan 'Bangsa yang Berani' untuk bersama-sama kibarkan bendera Sabah sebanyak yang mungkin di halaman rumah, kampung atau sekitar tempat tinggal anda untuk menghidupkan semangat Kemerdekaan yang telah diberikan kepada kita oleh pihak British pada 31 Ogos 1963.
Tarikh inilah yang mesti kita pertahankan walau apa cara sekalipun. Jangan cuba menafikan kenyataan ini kerana ini adalah fakta! Maka, mari kita bersama-sama menyambut hari Kemerdekaan kita. Kemerdekaan Negara Sabah (North Borneo) kerana kita sekali Merdeka, selamanya MERDEKA!
*** Sumber artikel: http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=14482:malaysia-tidak-pernah-merdeka&catid=66:surat-pembaca&Itemid=72
TAMBAHAN
Tanah Malaya mencapai kemerdekaan pada 31.8.1957
Negara Sarawak mencapai kemerdekaan dari pihak British pada 22.7.1963
Negara Sabah mencapai kemerdekaan dari pihak British pada 31.8.1963
Gambar ini membuktikannya.
"PERSEKUTUAN MALAYSIA"
dibentuk bersama pada tahun 16.9.1963
Nama "Jalur Gemilang"
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.
Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Dris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.
Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia)
KRONOLOGI YANG MENJURUS KEPADA PEMBENTUKAN MALAYSIA
27 MEI 1961 - Tunku Abdul Rahman mengungkapkan cadangan Projek Malaysia dalam ucapannya di Singapura.
JUN 1961 - Lawatan Muhibah Tunku Abdul Rahman ke Borneo Utara (Sabah) untuk memberi kefahaman terhadap Projek Malaysia.
9 OGOS 1961 - Borneo Front (Barisan Borneo) diwujudkan dengan diwakili oleh parti-parti politik Borneo seperti SUPP, Parti Rakyat Brunei, UNKO, SNAP, PASOK, Parti Negara Sarawak dan UP. Tujuannya adalah untuk mencabar cadangan Projek Malaysia.
NOVEMBER 1961 - Perundingan dilakukan di London.
JANUARI 1962 - Penubuhan Suruhanjaya Cobbold; Referendum dan syor-syor untuk memastikan hak-hak dan keistimewaan Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak di mana 20-PERKARA untuk Borneo Utara (Sabah) dan 18-PERKARA untuk Sarawak di sediakan untuk tujuan ini.
21 JUN 1962 - Laporan Suruhanjaya Siasatan Cobbold selesai dibukukan dan diserahkan kepada Perdana Menteri British dan Perdana Menteri Tanah Melayu sebagai dokumen sulit.
23 JULAI 1962 -Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) dibentuk dengan diketuai oleh Donald Stephens bertujuan mengumpul maklumat, memberi penjelasan dan menyediakan mekanisme galakan dan menyediakan memorandum.
31 JULAI 1962 - Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dipersetujui dibentuk untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Cobbold.
13 & 14 JULAI 1962 - Donald Stephens memanggil wakil-wakil parti politik Borneo Utara untuk menggariskan perkara-perkara yang menjadi tuntutan MEMASTIKAN HAK DAN KEISTIMEWAAN ANAK NEGERI BORNEO UTARA TERJAMIN dalam cadangan pembentukan Malaysia; 14-PERKARA telah dikenal pasti dan seterusnya menjadi 20-PERKARA.
29 OGOS 1962 - 20-PERKARA telah dipersetujui dan ditandatangani di Singapura oleh wakil lima parti politik Borneo Utara (Sabah) iaitu UNKO, USNO, Pasok Momogun, Democratic Part (DP) dan United Party (UP).
12 & 26 SEPTEMBER 1962 - Majlis Perundangan Borneo Utara dan Sarawak bersetuju bergabung membentuk Malaysia DENGAN SYARAT 20-PERKARA DAN 18-PERKARA DITERIMA DAN DIHORMATI.
8 MAC 1963 - Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) diterima oleh Majlis Negeri Sarawak.
18 MAC 1963 - Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) diterima oleh Kerajaan Borneo Utara (Sabah) dan seterusnya diterima dalam Parlimen Tanah Melayu.
9 JULAI 1963 - Perjanjian Malaysia ditandatangani di London ( Brunei telah memilih untuk tidak menyertai dalam Pembentukan Malaysia ).
22 JULAI 1963 - SARAWAK DIBERI KEMERDEKAAN OLEH KERAJAAN BRITISH.
31 OGOS 1963 - BORNEO UTARA (SABAH) DIBERI KEMERDEKAAN OLEH KERAJAAN BRITISH.
27 November 2014
10:40 PM
awis72
,
definisi politik
,
nipuhawang blogspot
,
politik
,
sabah sarawak keluar malaysia
,
sskm
No comments
SIAPA KATA SSKM BUKAN bercakap mengenai "Politik"?
SIAPA KATA SSKM BUKAN bercakap mengenai "Politik"??
Bila kita bercakap dan melibatkan interaksi antara pemerintah dan masyarakat dalam rangka proses pembuatan dan pelaksanaan keputusan yang mengikat tentang kebaikan bersama masyarakat yang tinggal dalam suatu wilayah tertentu, itu adalah bercakap 'pasal politik'.
Politik merupakan salah satu sarana interaksi atau komunikasi antara pemerintah dengan masyarakat sehingga apapun program yang akan dilaksanakan oleh pemerintah sesuai dengan keinginan-keinginan masyarakat di mana tujuan yang dicita-citakan dapat dicapai dengan baik.
"Politik ialah salah satu perjuangan untuk memperoleh kekuasaan atau sebagai teknik menjalankan kekuasaan-kekuasaan” (F.Isjwara, (1995:42). Ini memberikan maksud bahawa politik merupakan sebuah sarana memperjuangankan kekuasaan serta mempertahankan kekuasaan itu demi tujuan yang ingin dicapai.
"Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain." (Wikipedia)
Kembali kepada tujuan, di mana kita (SSKM) menafikan bahawa kita "bukan cakap mengenai hal politik". Jika bertahan dengan ideologi ini, maka golongan cerdik pandai akan senyum sinis kepada kita dan mereka melabelkan kita kepada suatu tahap tertentu dan berkait rapat dengan daya fikir, perkataan dan tindakan kita. Tanggapan tersebut sudah pastinya sesuatu hal yang negatif bagi mereka.
Kenapa Sabah & Sarawak boleh tertipu selama 51 tahun dan tidak pernah bangkit berbanding 4 tahun sebelum ini? Kerana rakyat Borneo mempunyai suatu pola fikir bahawa "Politik ini adalah kotor, jijik dan sumber dosa". Sehingga rakyat Borneo yang mempunyai kerukunan yang tinggi tidak akan mencampuri 'politik' yang dimaksudkan kerana pastinya akan merosak persafahaman antara sesama.
Dengan makna 'politik' yang dibawa sehingga ke hari ini, maka rakyat Borneo banyak ketinggalan dengan hal-hal perubahan, perkembangan dan masalah dalaman negara. Walaupun lahirnya golongan cerdik pandai di kalangan rakyat Borneo, tetapi budaya berfikir itu masih terbawa-bawa dengan pengertian 'politik' yang diwarisi, di mana "politik" adalah suatu yang kotor. Faktor-faktor pengertian ini juga sedikit sebanyak dibuktikan praktiknya di kalangan para politikus Borneo yang dijangkiti budaya politik Malaya, di mana "berpolitik bertujuan menghalalkan segala sesuatu, menindas, penting diri sendiri, memperalatkan rakyat dan sanggup menjual maruah diri". Dengan keadaan yang ada selama berpuluh tahun di kalangan politikus Borneo, maka rakyat fobia dengan hal 'politik' tersebut kerana gambaran dari kehidupan para pemimpin yang ada.
'Politik' sebenarnya suatu yang baik dan sangat bermanfaat kepada semua golongan masyarakat. Jatuh bangunnya sesebuah negara atau kelompok tertentu adalah didasarkan pada suatu pembawaan dan pemahaman politik tersebut.
Apa yang SSKM maksudkan mengenai hal ini, bahawa SSKM wujud bukanlah mewakili, menyokong mana-mana parti tempatan dan tidak mencanangkan ideologi serta agenda politik parti-parti tempatan yang ada, apa lagi parti penjajah. Sebab SSKM memahami kecenderungan masyarakat Borneo mengenai hal politik. SSKM wujud dengan suatu harapan yang tinggi untuk mendidik generasi baru dan masyarakat Borneo untuk kembali kepada makna politik yang sebenarnya.
Bila kita bercakap mengenai politik, pengertian kita adalah "Politik merupakan salah satu sarana interaksi atau komunikasi antara pemerintah dengan masyarakat sehingga apapun program yang akan dilaksanakan oleh pemerintah sesuai dengan keinginan-keinginan masyarakat di mana tujuan yang dicita-citakan dapat dicapai dengan baik." Generasi masa kini, khususnya rakyat Borneo sudah disedarkan, balok di mata pun sudah dileraikan dari pemandangan fantasi pemerintah kepada suatu hal yang nyata dan jujur yang berlaku kepada Borneo.
Generasi muda, bercakap politik bukan semestinya kita akan menyertai sesebuah parti politik tempatan dan mengikut budaya politik yang ada. Tetapi kitalah nadi politik yang benar di abad ini untuk memperbetulkan keadaan, menyatakan apa yang salah dan menegakkan yang benar. Jangan berfikir bahawa jika kita melakukan dan bercakap mengenai politik yang benar, maka kita akan seluruhnya menyelesaikan kemelut secara keseluruhannya. Mungkin kita hanya merintis dan ada generasi seterusnya meneruskan apa yang baik kita telah lakukan. Generasi SSKM bukanlah generasi yang cetek, tetapi terdapat ramai yang mampu berdiri dan berfikir bersama, malah mungkin lebih daripada mereka yang kini bergelar Datuk dan Yang Berhormat, cuma peluang bukan miliknya. Sekali lagi, tegakkan politik yang benar dan baik seturut dengan aspirasi rakyat.
* Dum Spiro Spero / Pergo et Perago












.svg.png)
.svg.png)






