18 October 2010

Cara Penjagaan Laptop Yang Harus Kita Lakukan Selalu

Cara Penjagaan Laptop Yang Harus Kita Lakukan Selalu


Penggunaan komputer riba atau laptop adalah trend masa kini. Mudah dibawa serta menampilkan gaya eksklusif serta menampakkan seseorang itu lebih macho bila berjalan bersama laptop. Biar pun telah lama digunakan dengan penjagaan yang sempurna ia seperti baru dibeli. Penjagaan laptop yang efektif akan memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Sekarang, saya akan mengajar korang cara penjagaan laptop yang harus korang lakukan.


Mengikut eksperimen yang telah saya lakukan, bateri akan mudah rosak jika korang gunakan laptop semasa mengecas. Elakkan daripada penggunaan bateri. Laptop korang akan lebih sejuk tanpa haba dari bateri. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

Laptop keyboard

Letakkan kain khas atau lebih mudah kertas A4 untuk laptop keyboard setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindari dimasuki habuk. Macam yang aku selalu buat, aku akan lap laptop keyboard setiap kali selepas menggunakannya. Jangan lap kasar-kasar pulak, tercabut huruf-huruf di laptop keyboard tu nanti. Kalau korang malas sangat nak lap, aku cadangkan korang vacuum je terus laptop keyboard. Lagi bersih kot. Member saya selalu buat kat laptop dia. Memang bersih!

Screen Laptop

Ini salah satu bahagian laptop yang paling kerap saya jaga. Aku pantang nampak habuk di screen laptop. Ada saja habuk, aku senyap-senyap pinjam kain lap cermin mata akak aku untuk lap screen laptop. Gunakan screen saver untuk nampak lebih cun. Power management pula setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak akan menyusahkan korang untuk untuk pembersihan screen laptop.

System Overload

Jangan overload sistem laptop korang. Kalau boleh, buang segala software yang korang 99% takkan guna. Buang juga perisian yang tidak perlu ada di taskbar laptop. Kalau korang tak online di Yahoo Messenger, exit terus. Dengan cara ini akan dapat menjimatkan ruang RAM laptop. Kalau masih ada icon Yahoo Messenger yang sedang tidur di taskbar korang, itu bermakna RAM laptop masih sedang digunakan.

Uninstall Software

Uninstall software yang walau nampak cantik tetapi sebenarnya merugikan RAM laptop korang. Seperti windows vista transformation for xp, virtual taskbar, Sidebar, fancy bar (ala Mac OSX) dan segala mak nenek yang sebenarnya amat-amat merugikan RAM korang. Kalau orang kata ianya tidak makan RAM dan tidak mengganggu sistem kamu, orang itu buta IT.

Audio dan Video

Install apa yang perlu dan apa yang kamu akan selalu guna saja. Contohnya audio player. Korang tidak perlu install WinAmp, Sonique (ada lagi ke?) atau iTunes sekaligus. Satu perisian cukup. Kalau kamu suka fancy dan suka skin, guna saja WinAmp. Kalau kamu suka teratur dan cool, err... iTunes. Begitu juga dengan pemain video. Bagi aku, VLC sudah memadai. Kalau mahu menonton video realplayer, mungkin boleh install 123 Player.

Antivirus

Antivirus amat penting bagi sesebuah laptop. Jika korang tidak install, berkemungkinan besar laptop korang akan mudah diserang virus. Jangan terkejut kalau ada suatu masa korang nampak penuh lipas berkeliaran di screen laptop korang. Laptop kakak aku pernah kena. Install satu antivirus cukup. Install lebih dari satu antivirus, mereka akan saling salah menyalahkan. Apa tidaknya, virus vault antivirus A akan dikesan sebagai pembawa virus bagi antivirus B. Begitu sebaliknya.

Scanning

Scan... Scan... dan scan! Ni orang paling malas nak buat bila insert pendrive. Pastikan setiap pendrive, floppy disk (masih ada ke kat laptop?) atau external HDD di scan terlebih dahulu oleh antivirus sebelum korang menggunakannya. Jangan terus cucuk masuk dan main guna saja. Itu memang cari nahas. Kamu tidak tahu dari ceruk mana semua benda tersebut tiba. Tak pasal-pasal laptop korang problem nanti ataupun file dalam pendrive tersebut akan rosak.

Cooler

Antara yang perlu ada untuk laptop korang ialah cooler. Kegunaannya sudah tentu untuk sejukkan laptop. Laptop ni amat manja. Suka sejuk sepanjang masa. Bagi sesiapa yang masih tidak ada cooler, sila dapatkan dengan segera. Berlambak-lampak di pasaran. Kat tesco pun ada jual. Paling murah korang boleh dapat bawah RM20. Tak perlu pergi ke Plaza Low Yat semata-mata nak beli cooler. Jangan biarkan laptop korang kepanasan!

0 comments :

Post a Comment

Sila Berikan Komen ATAU Sumbangan Artikel/Bahan Anda:-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...