RAKYAT SABAH SEBENARNYA BOLEH BERSATU
UNTUK MENSTABILKAN POLITIK DAN
MENTERJEMAH 20 PERKARA
DENGAN BAIK...TETAPI PEMIMPIN POLITIK SABAH
YANG "Tiiiidak Boleh Bersatu" KERANA MASING-MASING
JAGA PERIUK NASI SENDIRI.
"KEUNTUNGAN didahulukan,
TUTUP MULUT DIUTAMAKAN,
rakyat DIBELAKANGKAN
Saya hairan dengan pemimpin2 besar parti politik di Sabah ni...konon dengan lantang mahu memperjuangkan nasib masyarakat KadazanDusunMurut (KDM), tapi dari tindakan peribadi pemimpin dan kuncu-kuncunya lari dari tujuan. Tidak keterlaluan saya katakan, HANYA PBS yang berjaya melakukan hal demikian, tetapi ITU DULU...Bila masuk "Mulut Naga" tidak dapat berbuat apa-apa lagi sebab kepentingan sendiri lebih diutamakan daripada berkorban untuk rakyat.
Rakyat Sabah bukan tidak tahu, bagaimana sejarah dan fakta menceritakan dan bagaimana tertubuhnya beberapa parti seperti AKAR, PBRS, PDS (Upko) yang telah merosakkan kekuatan PBS dulu. Sekarang masing-masing satu meja tetapi masing-masing berpaling muka.
Pemimpin-pemimpin ini bukan main lantang menentang kemasukan Umno di Sabah, tetapi kerana tawaran dan suapan, mereka menggadaikan maruah politik Sabah. Perjuangan yang dilaungkan dahulu hanyalah cita-cita yang terkubur.
Dalam kehangatan isu pilihan raya ke-13 ini, Pakatan Rakyat (Keadilan, Pas dan DAP) cuba untuk merungkai masalah yang dihadapi. Bukan saja masalah di Sabah tetapi Malaysia secara amnya. Pakatan Rakyat memasuki pintu Sabah dengan izin, berbincang dan menetapkan kata putus dalam menetapkan hala tuju nasib negeri Sabah. Semua perkara ini tercatat dalam Buku Jingga yang telah diteliti untuk menjaga kepentingan negeri masing-masing agar tidak dicerobohi dengan sewenang-wenangnya seperti yang dilakukan oleh Umno. Namun sayangnya, segelintir rakyat Sabah malah menuduh kemasukan Pakatan Rakyat di Sabah sebagai "Penjajah" seperti Umno. Ini disebabkan peribadi-peribadi tertentu malas membaca fakta, kekurangan pengetahuan atau memang buta terhadap kebenaran.
Saya agak bersetuju jika Umno dituduh sebagai "Penceroboh dan Penjajah" negeri, sebab mereka datang dengan perlengkapan senjata kekuasaan dalam bidang kepolisian, kehakiman, pendidikan, dan banyak lagi. Malah sampai sekarang keadaan di Malaysia lebih dasyhat kejahatan yang dilakukan dan disembunyikan kepada rakyat kerana mereka juga menguasai bidang multimedia.
Sekarang ini, dalam kehangatan PRU-13, terdengar rintihan rakyat jelata Sabah yang memerlukan perubahan dan mengubah kembali hala tuju kemajuan negeri Sabah yang telah rosak akibat penipuan pihak Barisan Nasional. Namun apa yang mengelirukan, rakyat Sabah mahu menolak Pakatan Rakyat dengan alasan TUBUH PARTI BARU, biarlah negeri Sabah ditadbir oleh parti tersebut.
Parti apa? Siapa pemimpinya?
Dahulu, rakyat Sabah berpaut kuat dengan perjuangan Parti Bersatu Sabah, kerana benar-benar dilihat memperjuangkan hak-hak Sabah, mereka berhempas-pulas dan berkorban untuk berjuang, namun sayangnya parti ini tidak boleh mentadbir negeri ini sepenuhnya kerana ADA KERAJAAN PERSEKUTUAN yang dikuasai oleh Umno. Tiada pilihan lain, PBS terpaksa bergabung semula dengan Persekutuan. Rakyat dengan berdebar-debar menantikan kesinambungan perjuangan mereka, namun apa yang diharapkan oleh rakyat ternyata mengecewakan. Pemimpin yang dilihat dan diharapkan menjadi BISU seribu bahasa. Semuanya disebabkan 'tawaran dan suapan' untuk meneruskan kehidupan masing-masing dan membelakangi aspirasi rakyat.
Sekarang suara-suara mengatakan HARUS ADA PARTI BARU, ternyata Datuk Dr.Jeffrey Kitingan menyahut cabaran itu. Maka tertubuhlah sebuah parti tempatan yang kurang jelas identitinya kerana dari gaya bahasanya sahaja sudah terpesong dari identiti masyarakat KDM, parti tersebut adalah "United Borneo Front" (UBF). Benarkah Dr.Jeffrey orang yang tepat untuk diharapkan memperbaiki keadaan. Yang menghairankan kebanyakan daripada peribadi yang bergabung dengan Dr.Jeffrey berasal dari Parti Keadilan. Beberapa di antara mereka telah dikenakan tindakan disiplin kerana isu penubuhan "Parti Cinta Sabah". Oleh kerana masalah perebutan kuasa dan jawatan dalam Parti Keadilan dan mereka tidak terpilih, maka mereka beralasan untuk menubuhkan parti tersebut.
Mampukah UBF untuk memandu negeri Sabah? Adakah Dr.Jeffrey masih mendapat kepercayaan dari presiden parti tempatan Sabah seperti Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitangan (PBS), Datuk Joseph Kurup (PBRS), YB.Bernard G.Dompok (Upko), V.K. Liew (LDP). Datuk Yong Teck Lee (SAPP) dan beberapa pemimpin berpengaruh yang lain. Semua tahu bahawa Dr.Jeffrey pernah memporak-perandakan situasi politik tempatan di Sabah yang melibatkan parti-parti yang disebutkan dan akibatnya fatal.
Sanggupkah semua Presiden parti membubarkan parti masing-masing dan bergabung dalam SATU PARTI BESAR yang baru? Bayangkan perlawanan pilihanraya disetiap kawasan hanya melibatkan 3 calon besar Contohnya, Parti Mandat Rakyat vs Umno vs Bebas kita dapat bayangkan keseronokan tersebut. Namun parti baru tersebut tidak dapat lepas dari perkongsian kuasa dengan Parti Pemerintah Persekutuan "Pakatan Rakyat". Kembalikan pemikiran kita semasa era BERJAYA.
Namun semua ini hanyalah angan-angan rakyat, dan TIDAK PERNAH menjadi ANGAN-ANGAN pemimpin utama politik, sebab takut kehilangan kuasa. Biarlah angan-anagn rakyat ini hanya berkumandang dan memanaskan kerusi di warung-warung kopi dan restoran.
Oleh: are_wish@hotmail.com (awis)
MARILAH MELAKUKAN PERUBAHAN BERSAMA
1 comments :
Ya, betul tu, negeri-negeri lain di Semenanjung semua sudah banyak maju, Sabah???? Itu-itu juga dari dulu...pemimpin politik dia pergi mana???? Masa pilihan raya saya nampak muka mereka. Tolonglah wahai pemimpin Sabah, buat perubahan untuk Sabah..
Rakyat pula, mesti berani buat perubahan. Jangan tidak ambil tahu, mesti pergi mengundi untuk membuat perubahan, kalau kita sebagai rakyat tidak mengambil bahagian, semakin senanglah pemimpin Sabah manipulasi rakyat.
Post a Comment
Sila Berikan Komen ATAU Sumbangan Artikel/Bahan Anda:-