27 November 2013

Software Songsmith 1.01

MySong: Automatic Accompaniment for Vocal Melodies

     Sekiranya anda minat muzik dan suka mencipta lagu tetapi tidak tahu bermain alat muzik atau boleh bermain gitar namun tidak faham meletakkan kod-kod pada lagu, di sini ada jawaban bagi persoalan tersebut. Satu Software dari Microsoft yang dinamakan "Songsmith" telah dicipta, di mana ianya mampu mengiringi nada lagu anda dan kemudian kod-kod lagu tercipta secara automatik.

Caranya;
     Gunakan komputer 'laptop' yang sudah sedia ada mikrofon atau 'desktop' yang disambungkan dengan mikrofon. Setelah anda selesai menginstall software ini, maka ikuti arahan-arahan yang diberikan. Banyak menu yang dipaparkan dan pilihlah yang bersesuaian dengan kehendak hati.


     Jika anda pernah mendengar software "Band-in-a-Box", maka Songsmith sangat berkait-rapat dengannya kerana ada tools tertentu yang digabungkan. 

     Dengan software Songsmith ini, anda hanya menyanyikan lagu-lagu yang sudah dicatat atau bersiul atau bernyanyi hanya dengan nada, maka software ini secara automatik akan memenuhi keperluan lagu anda.

     Jika anda memang tahu kod-kod lagu, itu lebih membantu, sebab jika sekiranya software ini keliru dengan nada yang anda nyanyikan dan tidak bertepatan dengan kehendak anda, maka anda boleh mengubah kod tersebut dengan mudah sekali.

     Menu pilihan rentak dipaparkan, samada anda mahukan rentak Ballad, Rock, Jazz, Dance, Funk dan sebagainya maka itu adalah citarasa anda untuk membuat pilihan. Sebaik saja pilihan dibuat, maka rentak drum automatik akan berbunyi sebagai panduan tempo (bunyi drum tersebut tidak dirakam setelah komputer memprosesnya), dan anda sudah boleh mula menyanyi sehingga siap dan tekan tombol 'stop'. Maka proses akan berlangsung. Di bawah adalah gambar contoh rakaman yang telah dibuat;


     Selepas proses dibuat oleh komputer, anda masih boleh mengubah stylenya mengikut kehendak dan kesesuaian lagu anda, di mana pada mulanya anda memilih Country Ballad, tetapi bila anda  menekan rentak Blues dan anda dapati lebih baik, maka ianya dapat diubah dengan mudah.

Kod-kod disetiap bahagian lagu anda dibubuh secara automatik, tetapi ianya masih boleh diubah mengikut nada yang sesuai bagi anda dan juga boleh menekan 'suggestion' dari Songsmith untuk kod yang hampir tepat pada nada tersebut.


     Selain daripada itu, instrument / alat muzik anda boleh mengubahnya secara manual mengikut kehendak anda. Anda boleh merakam ulang suara bahagian tertentu untuk memperbaiki bahagian yang dimaksudkan. Selepas semuanya selesai, maka anda boleh menyimpan lagu tersebut dalam fail berformat WMA, WAV, atau MIDI

     Perkara ini memerlukan kemahiran, kesabaran, kreativiti dan minat. Oleh itu saya sarankan agar anda perlu banyak melakukan latihan, melihat tutorial dalam internet seperti laman Youtube dan bacaan yang lain supaya anda akan dapat hasil yang lebih baik.


Anda bersedia mencubanya?


Selamat berkarya! Dari saya;

0 comments :

Post a Comment

Sila Berikan Komen ATAU Sumbangan Artikel/Bahan Anda:-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...